Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinanMu sehingga memungkinkan kami menghadiri dalam kursus ini. Kesyukuran jua Ya Allah kepadaMu kerana kami dapat menyelesaikan kursus ini dengan jayanya.
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, ibubapa, keluarga dan anak-anak, guru-guru, anak-anak didik serta sahabat-sahabat seperjuangan kami.
Saat ini kami menadah tangan kehambaan dengan penuh pengharapan agar Engkau ampunkan segala dosa dan kesilapan kami selama ini. Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian maka kuatkanlah kami dalam amal jamai’e dan kolektif. Kurniakanlah kami kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi ulul-’azmi. Didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana kekasihMu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian.
Satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu membantu dalam menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.....ameen.
No comments:
Post a Comment