Jangan jadi seorang pesara yang asyik bercakap dan berleter sehingga orang lain dan anak cucu akan lari.
32. Jangan ’dominate ’.
Jangan cuba menguasai sesuatu dalam keluarga dan lingkaran sahabat.
33. Jangan jadi pesara ’ meddle ’
Jangan campurtangan .tak tentu pasal.
34. Jangan jadi ‘ self hating individual ‘
Jangan jadi seorang pesara yang sentiasa melemaskan diri sendiri dan menyalahkan diri sendiri bagi nasib buruknya.
35. Jangan jadi ‘time rocking chair individual ‘
Jangan jadi pesara yang banyak bergantung kepada orang lain dan sentiasa ambil jalan mudah.
36. Jangan jadi ‘ the angry individual ‘
37. Jadilah pesara ‘ matured and armoured ‘
Jadilah pesara yang dapat menyesuaikan diri, realistic dan mempunyai pandangan yang membina mengenai persaraan serta berusaha menuju ke arah matlamat yang dicita-citakannya. Juga yakin, kuat semangat dan mahu menjadi seorang yang aktif dan bebas.
38. Baca Yasin dan al-Quran
Bacalah Yasin dan al-Quran setiap hari. Lakukan solat sunat yang dahulunya terlepas (isyak, dhuha, tahajjud, awabbin, taubat, tasbih, witir dan sebagainya ). Pergilah dan dengar Tuk Guru membaca kitab-kitab agama. Banyakkan wirid dan zikir.
39. You do what you like to do and you like what you do
Lakukan apa sahaja kerja yang disukai dan pesara turut menyukai apa yang dilakukan itu.
40. Ziarah sahabat Allahyarham
Apabila ada masa kelapangan, ziarahlah sahabat-sahabat kepada Allahyarham ibu dan bapa pesara. Juga sahabat-sahabat pesara sendiri terutama yang lama tidak bersua muka dan tidak bertegur sapa..
( Dunia Pesara, Abd Halim Hj Hassan )
Ya Allah, Ya Tuhanku panjangkanlah umurku sehingga ke usia persaraan paksa andainya itu yang terlebih baik pada sisiMu......sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. dan hanya padaMu diri ini memohon...ameen.
No comments:
Post a Comment