a) Kategori Individu Sekolah Prasekolah
Johan: Abdul Ghani b Abdul Hamid
SK Tambun Tulang, 02600 Arau Perlis
Tajuk : Huruf mengikut gaya badan
Sinopsis: Bahan inovasi adalah untuk memperkenalkan dan memberi pemahaman konsep
bentuk huruf besar (A-Z) dengan cara melakukan gerakan anggota badan.
Pengajaran menggunakan bahan ini telah disusun secara berperingkat iaitu
bermula daripada pengenalan huruf yang mudah kepada yang susah seperti:
- Huruf I,T,Y,X dan P
– membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan sambil menyanyi.
- Huruf F,E,J,L dan U
- membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara meniru aksi
robot
- Huruf A,B,H,R dan K
- membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui permainan
kuiz
- Huruf D,C,G,O dan Q
- membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara senamrobik.
- Huruf N,M,W.V,S dan
Z - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui cerita.
Naib Johan: Azlina bt Aziz
SK Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang
Tajuk: Kad Bacaan Manja Maju
Sinopsis:. Kad Bacaan Manja Maju merupakan bahan bacaan untuk murid prasekolah.
Bahan inovasi ini terdiri daripada gabungan 6 dalam satu iaitu gabungan
beberapa kad iaitu:
1) Kad gambar
2) Kad abjad awal
3) Kad suku kata (kv/kvk)
4) Kad perkataan
5) Kad frasa
6) Kad cerita
Kesemua elemen dalam kad ini telah digabungkan
menjadi bahan bacaan bergambar dengan berpandukan siri nombor. Bahan ini juga
mengikut tema dan dilampirkan bersama kad penilaian bagi menilai tahap
kebolehan murid.
Ketiga: Samsul b A. Wahab
Peti Surat 4, Bandar Penawar 81907 Kota Tinggi
Johor
Tajuk: Kaedah Serindit
Sinopsis: Kaedah Serindit adalah satu pendekatan menggunakan ICT dalam membantu
murid untuk mengenal huruf, membaca suku kata dan perkataan. Kaedah ini
berdasarkan pengajaran bertema serta membantu murid dalam proses menghafal dan
mengingat. Secara ringkasnya kaedah ini terdiri daripada:
1) Mengenal huruf
2) Membaca suku kata
3) Membaca perkataan
4) Pengajaran bertema
5) Menghafal dan mengingat
Pangisian kaedah ini diprogramkan di dalam
Microsoft Power Point. Kaedah
menggunakan ICT ini boleh diajar secara kelas, kumpulan dan individu. Di
samping murid seronok dalam pembelajaran, guru pula boleh mengubahsuai dan
menambah kandungan pengisian berdasarkan kemahiran murid.
b) Kategori Individu Sekolah Rendah
Johan: Razali bin Yahya
SK Batu Tiga,25150 Kuantan Pahang
Tajuk : Aplikasi MAS BBD (sebagai pemangkin
penjanaan idea penulisan efektif)
Sinopsis: MAS BBD merupakan akronim kata tanya Mengapa,
Apa, Siapa, Bila, Bagaimana dan Di Mana. Sungguh pun akronim tidak asing
bagi pengajaran dan pembelajaran penulisan (karangan) guru ini telah dapat
mencipta satu cara sistematik untuk mengaplikasikan akronim tersebut bagi
menjana idea penulisan dengan cepat, tepat dan padat. Aplikasi ini dibahagikan
kepada tiga tahap utama. Tahap pertama merujuk teknik penjanaan idea utama
berasaskan sama ada sasaran isi yang umum atau sasaran isi yang khusus. Tahap
kedua merujuk teknik penjanaan idea sokongan
berasaskan isi yang khusus. Tahap ketiga pula menjurus teknik penjanaan
idea sokongan berasaskan sasaran isi
yang khusus. Buku latihan penulisan untuk murid Tahap dua dicipta khas untuk
mengaplikasikan teknik ini. Buku latihan tersebut mengandungi panduan yang membantu
murid memahami soalan karangan, membuat pelan karangan dan menulis karangan.
Aplikasi ini berupaya membantu murid menjana idea karangan dengan tersusun dan
memastikan isi karangan tidak terpesong daripada kehendak soalan. Aplikasi ini
telah disebarkan secara luas kepada guru-guru Bahasa Melayu di negeri Pahang
dan di beberapa negeri lain. Walaupun ia dicipta khas untuk peringkat sekolah
rendah, aplikasi ini juga dapat membantu pengajaran dan pembelajaran penulisan
sekolah menengah
Naib Johan: Ngo Boi Hung
SJK Taman Rajang, Jalan Simpoh Peti Surat 1112
96008 Sibu Sarawak
Tajuk: Line of Five
Sinopsis:. Line of Five adalah set permainan matematik yang menggabungkan idea
pengajaran dan permainan. Konsep Line of Line menjurus garis lurus yang
mengandungi lima nombor yang disusun berturutan secara mendatar, menegak atau
melintang. Ia berguna untuk pengajaran dan
Ketiga: Khatijah bt Noordin
SK Sentul 1, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala
Lumpur
Tajuk: Time Ruler
Sinopsis: Time Ruler merupakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan
pembelajaran topik Masa dan Waktu dalam Matematik. Pakej Time Ruler terdiri
daripada beberapa komponen seperti dua set 12-hour, Time Ruler, dua set 24-hour
Time Ruler, satu set Minutes Plate, tujuh keping kad Days of the Week, dua
belas keping kad Months of the Year, empat keping kad Week of the Month dan
tiga puluh satu keping kad Daily Cards. Bahan ini dapat membantu murid membuat
pengiraan berkaitan tempoh masa yang abstrak secara kongkrit. Ia dapat membantu
pemahaman murid tentang peredaran masa dan waktu dalam tempoh sehari atau
beberapa hari.
c)
Kategori Individu Sekolah Menengah
Johan: Norazamudin b Umar
SMK Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota
Kinabalu Sabah
Tajuk : e-Tuition in Arabic
Sinopsis: Perisian pengajaran ini dibangunkan untuk membantu murid mempelajari
Bahasa Arab dengan lebih verkesan dan seronok. Tiga komponen utama dalam projek
ini ialah Kamus Bergambar dan Animasi, Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi.
Murid mempelajari perkataan Bahasa Arab melalui Kamus dan cara menulis ayat
melalui Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi. Bagi murid yang menghadapi
peperiksaan PMR murid dibimbing menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan
latihan yang disediakan dalam Modul Latihtubi. Setelah pelaksanaan prokek
didapati motivasi murid semasa belajar Bahasa Arab sangat tinggi dan kualiti
prestasi murid dalam peperiksaan PMR telah meningkat. Di samping itu guru telah
meletakkan bahan pengajaran beliau dalam laman web www.e-tuitioninarabic.net dan
menjalankan program OUTREACH di
masjid tertentu di Kota Kinabalu. Bahan pengajaran projek ini boleh diakses
oleh semua pihak yang berminat belajar Bahasa Arab.
Naib Johan: Sia Peng Yee
SMJK Seg Hwa, Jalan Tahang Rimau, 85000 Segamat
Johor
Tajuk: Keelekromagnetan – Dari konsep ke aplikasi
Sinopsis: Satu pakej bahan bantu mengajar telah disediakan daripada bahan gunapakai
untuk membantu murid mempelajari konsep Keelekromagnetan dan aplikasinya di
makmal sains melalui eksperimen. Di setiap stesen mereka akan belajar sesuatu
konsep atau satu contoh penggunaan Keelektromagnetan setelah menjalankan satu
eksperiman dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menjawab soalan yang
ditanya dalam lembaran kerja. Pakej ini terdiri daripada satu model statik
untuk mengajar konsep berhubung dengan medan kemagnetan di sekeliling solenoid,
satu pasangan solenoid (aktif) untuk mengajar kesan arus elektrik dan bilangan
gulung ke atas kekuatan daya kemagnetan, model-model untuk kren, pembesar suara
dan geganti elektrik. Setelah mengendalikan eksperimen yang disediakan murid
menunjukkan mereka telah memahami konsep Keelektromagnetan dengan lebih
mendalam dan mereka dapat menjawab soalan yang lebih sukar seperti soalan
peperiksaan SPM.
Ketiga: Pang Sin Nan
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Lorong
Siol Kandis 1, Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak
Tajuk: Penghasilan
Klip Video dan Foto Yang Asli Secara Spontan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Yang Efektif dan Afektif
Sinopsis: Satu kaedah pengajaran yang melibatkan penghasilan klip video secara
spontan telah diperkenalkan untuk mengajar tajuk yang rumit difahami dalam
pengajaran Fizik seperti keseimbangan daya. Murid dilibatkan secara aktifnya
dalam proses pengajaran dan tindakan mereka dirakam dalam kamera digital dan
dimainkan semula untuk mencetuskan perbincangan. Melalui kaedah ini murid dapat
memahami konsep dengan lebih jelas serta memahami konsep yang sukar
dikonsepsikan. Oleh kerana kaedah memerlukan penglibatan pelajar dengan
aktifnya mereka merasa seronok dan puas dalam pelajaran Fizik.Untuk menggunakan
kaedah ini dalam pengajaran, guru-guru perlu mempunyai kemahiran yang cekap
dalam penggunaan kamera digital dan peralatan elektronik yang berkaitan seperti
komputer riba dan projektor LCD. Kaedah pengajaran ini berpotensi digunakan
dalam pengajaran mata pelajaran yang lain juga.
d)
Kategori Kumpulan
Johan: Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui
Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk : MyCard
Sinopsis: MyCard adalah satu permainan kad yang dihasilkan khusus untuk membantu
murid sederhana dan lemah menguasai dan menghafal fakta-fakta penting dalam
mata pelajaran seperti Sains (Tingkatan 5), Ekonomi Asas (Tingkatan 4) dan
Ekonomi (Tingkatan 6). Bahan ini digunakan dalam minggu ulangkaji antara bulan
Julai hingga Oktober setelah sukatan pelajaran siap diajar. MyCard menerapkan
ciri-ciri Pembelajaran Kendiri, Kecerdasan Pelbagai dan Pembelajaran Koperatif
bagi memastikan penglibatan kapasiti belajar dan kepuasan murid dimaksimumkan
semasa aktiviti ulangkaji dijalankan. Lembaran kerja, Buku Modul serta CD
pembelajaran juga disertakan bagi memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai. Inovasi ini juga disebarkan melalui laman we di alamat
http://mycardstmary.blogspot.com
Naib Johan Sri Ram A/L Bilangwaty & Mohamed Ayub b
Ghose Mohamed
SMKA Al Mashoor (L) Jalan Air Itam, 10460 Pulau
Pinang
Tajuk: Kit
Aslie
Sinopsis: Bahan inovatif ini bukan sahaja
membantu murid untuk menguasai tajuk Aset, Liabiliti, Hasil, Belanja dan Ekuiti
tetapi juga tajuk lain iaitu imbangan Duga, Penyata Kewangan dan Komuter
(Excel) dalam mata pelajaran Perakaunan. Ia merupakan penggeak dan pelengkap
kepada murid menguasai tajuk-tajuk penting dalam Perakaunan dan seterusnya
menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Hasil
keputusan peperiksaan SPM 2003,2004 dan 2005 menunjukkan sekolah mencatat
keputusan yang baik dalam mata pelajaran Perakaunan. Kit ini boleh digunakan
sebagai modul latihan sendiri secara manual atau secara interaktif dengan
komputer.
Ketiga: Wong Siew Chai
SJKC Kwan Chien Sarikei, Jalan Kubu 96100 Sarikei
Sarawak
Tajuk: Pakej
Fleksi Permainan Pengajaran dan Pembelajaran Sains 3R
Sinopsis: Inovasi ini merupakan satu
permainan yang telah dibangunkan unrtuk menimbulkan minat dan motivasi
murid-murid tahun 3 untuk mempelajari mata pelajaran sains. React,Refresh dan
Reflect merupakan 3 aspek yang diutamakan dalam permainan ini. React merujuk
kepada rangsangan atau reaksi kepada grafik-grafik atau masalah-masalah yang
ditujukan kepada murid. Refresh pula menekankan pengalaman yang sedia ada dan
konsep-konsep yang perlu diingat kembali bagi menyelesaikan masalah yang
ditujukan. Reflect adalah lebih kepada kesimpulan atau konsep yang diperolehi
daripada pengalaman yang diingat kembali. Permainan ini telah memudahkan murid
mempelajari danh mengingati topik-topik sains dan juga membantu mereka
menguasai Bahasa Inggeris.
Pemenang
Keseluruhan:
Johan: Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui
Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk : MyCard
Wallahu ’’alam
Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013
KPM, 2013 ms 33-39