Pada waktu subuh, langit berada dalam spektrum cahaya berwarna biru muda.
Frekuensi warna ini sama dengan frekuensi kelenjar tiroid kita dan persamaan
ini boleh mempengaruhi sistem metabolisme tubuh. Jadi, warna biru muda atau
warna subuh ini mempunyai rahsia berkaitan penawar, rezeki dan komunikasi.
Selain itu mereka yang bangun awal subuh mampu menyerap lebih tenaga kerana
pada waktu itu tenaga langit berda pada tahap yang optimum. Semakin banyak
tenaga yang mampu diserap jika ada manusia yang menunaikan solat Subuh. Hal ini
terbukti kerana tenaga terserap banyak melalui konsep resonans ketika kita
sujud dan rukuk.
Waktu isyak pula mempunyai peranan yang berbeza. Pada waktu isyak, langit
akan berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa warna gelap. Warna
ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian. Hal ini kerana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Langit pada waktu itu berada di fasa warna gelap. Sebetulnya inilah waktu
tidur bagi umat Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta kerana pada
ketika itu keseluruhan sistem tubuh badan berada dalam suasana rehat.
Tiba waktu tengah malam, langit mula bersinar dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu. Warna-warna
ini sama dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamas dan hipotalamus.
Tubuh manusia digalakkan untuk bangkit semula pada waktu itu dan Islam
memanggil waktu ini sebagai waktu qiamullail.
Subhanallah! Hebatnya Allah swt menyusun warna langit sesuai dengan
peredaran waktu-waktu di bumi. Memang selayaknya kita tunduk dan patuh hanya
padaNya.
Wallahu ’alam.
Ajwad Amal
Sahaja aku mencintaiMu
2013
No comments:
Post a Comment