....meraikan Aidil fitri bukan saatnya untuk kita
bermegah dengan pencapaian keduniaan dan kebendaan. Kerana pencapaian kebendaan
semata-mata dengan tidak diasaskan kepada takwa tidak akan memberikan sebarang
jaminan keselamatan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Sangat penting untuk kita mengambil iktibar daripada
peristiwa kejatuhan Baghdad di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah.
Bagaimana pada tahun berkenaan, umat Islam telah berada di kemuncak kelalaian
dan kecuaian terhadap perintah Allah swt. Bahkan pada tahun berkenaan juga umat
Islam di Baghdad terlupa untuk
menunaikan solat sunat Aidil fitri lantas mengqadha’nya selepas Maghrib.
Maka wajar di saat itu Allah timpakan kebinasaan kepada
mereka walaupun pada saat itu Baghdad adalah qiblat tamaddun dan ilmu
pengentahuan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pengajaran bagi
mereka yang mahu menggunakan akal.
Wallahu ’alam.
Abu Bakar b
Yang
Madrasah ramadhan
: pengajaran dari pelbagai dimensi
Ikim, 2013
Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik usia kami adalah penghujungnya dan jadikanlah sebaik-baik amal kami adalah penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hari-hari kami adalah hari di mana kami bertemu denganMu kelak tidak dalam kesedihan, tidak juga dalam kesesatan. Aameen.

No comments:
Post a Comment