Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
sesungguhnya kasih sayangMu terlalu banyak terhadap kami. Tidak mampu kami
hitung pemberianMu yang tidak bertepi dan tidak pernah terhenti ini. Kami mengucapkan
syukur setinggi-tingginya di atas segala pemberianMu.
Ya Wahhab yang Maha Memberi. Ya
Afuww, Ya Ghafur, Ya Tauwab. Engkau yang Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima
Taubat. Kami sering kali melakukan kesalahan, kemungkaran kerana kejahilan dan
keingkaran kami. Kami sering tertipu dengan helah syaitan yang sering menipu
kami dan sering kali juga kami mengikut hawa nafsu. Maafkan, ampunkan dan
terimalah taubat kami
Ya Afuww, Ya Ghafur Ya Tauwab,
sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu walaupun sebanyak buih di
lautan. Ya Khalik, Tuhan yang menciptakan kami. Sesungguhnya kami berkumpul di
sini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaMu.
Ya Allah, kami sedar sesungguhnya
kami dahulunya tiada dan Engkaulah yang menciptakan kami dengan penuh
kesempurnaan dan mengajar kami sesuatu yang kami tidak ketahui. Engkau Ya
Razzak yang memberikan kami segala jenis punca rezeki yang kami sendiri tidak
mampu mengadakannya untuk kami gunakan di dunia ini sebagai pengabdian kepadaMu
dan menjalankan amanah khalifah di muka bumi ini.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment