Ya Allah Ya Sami’ Ya Basir,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Melihat, dengarlah Ya Sami’
rintihan, bicara hari kami menandakan keinsafan kami. Hari ini kami benar-benar
insaf dan sedar siapa diri kami, kenapa kami berada di sini dan ke mana
akhirnya kehidupan ini.
Lihatlah kami ini Ya Basir yang
Maha Melihat. Lihatlah keadaan kami ini Ya Allah, sekiranya Engkau Ya
Basir tidak melihat kami, tentulah kami termasuk orang-orang yang rugi.
Oleh itu Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk kembali
melaksanakan ketaatan kepadaMu dan menjadi hamba yang sejati serta melaksanakan
perintahMu sebagai wanita yang soleh, lelaki yang soleh serta menghormati suami
mahupun isteri kami, ibu bapa kami, mengasihi anak-anak kami, saudara mara
kami, rakan-rakan kami dan masyarakat kami.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment