Dikatakan bahawa tujuan yang dimaksud dengan ibadah berpuasa ialah
mengalahkan syaitan musuh Allah saw dengan jalan mematahkan senjatanya yang
ampuh, ialah hawa nafsu dan syahwat. Cara satu-satunya untuk melemahkan hawa
nafsu dan syahwat ialah dengan mengurangi makan dan minum.
Diriwayatkan sehubungan dengan kewajiban berpuasa, bahawa tatkala Allah swt
mencipta akal dan setelah diperintahnya untuk datang dan pergi, ditanya: Siapakah engkau?. Akal menjawab: Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hambaMu
yang lemah. Lalu berfirmanlah Allah: Hai
akal, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih mulia dari engkau.
Kemudian Allah swt menciptakan hawa nafsu yang enggan melaksanakan perintah
sebagaimana diperintahkan kepada akal, bahkan sewaktu ditanya oleh Allah: Siapakah engkau dan siapakah Aku? Ia
menjawab: Engkau adalah Engkau dan aku
adalah aku, lalu diazablah si hawa nafsu dengan api neraka sepanjang
seratus tahun. Setelah menjalani hukuman Tuhan sepanjang seratus tahun,
dikeluarkanlah hawa nafsu dari Jahanam dan ditanya kembali seperti semula yang
dijawabnya pula seperti jawabannya semula, maka diazablah ia dengan kelaparan
sepanjang seratus tahun lagi. Dalam kesempatan ketiga setelah selesai masa
hukumannya yang kedua, mengakulah hawa nafsu dan menjawab pertanyaan Tuhan
dengan kata-kata: Engkaulah Tuhanku dan
aku adalah hambaMu. Maka diwajibkanlah ia berpuasa.
Wallahu ’alam
H.Salim Bahreisy
Bekal Juru Da’wah Jilid 1
Surabaya, 1977
No comments:
Post a Comment