Thursday, July 31, 2014

Memantapkan iman dengan merasai kehadiran Ya Hayyu dan Ya Qayyum ( 2 )

Ya Allah kami sedar rasulullah saw, iaitu kekasihMu banyak berkorban untuk memastikan kami menikmati Islam dan iman pada hari ini. Tanpa pengorbanan rasulullah saw yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah serta sanggup berkorban nyawa, tentulah kami tidak mengenalMu Ya Allah.

Ya Allah, Engkau izinkanlah kami untuk mendapat safaat baginda di hari pembalasan nanti kerana harta dan kekayaan dunia ini sesungguhnya tidak mampu menyelamatkan kami Ya Allah, hatta ibu bapa kami juga tidak mampu menyelamatkan kami Ya Allah, hanya dengan syafaat nabiMu dan rahmat serta belas ihsanMu Ya Allah yang mampu menyelamatkan kami dari azabMu Ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami menjadikan rasulullah saw, kekasihMu sebagai idola dan contoh tauladan hidup kami Ya Allah. Sifat penyayang baginda, sifat prihatin baginda, sifat bijaksana baginda, sifat hormat menghormati baginda, sifat pengorbanan dan kesabaran, sifat jujur dan bertanggungjawab baginda sesungguhnya melayakkan baginda menjadi kekasihMu dan kekasih hamba-hambaMu ya Allah. Oleh itu Ya Allah, himpunkanlah kami bersama-sama para nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment