Ya Allah Ya Muqtadiru, kami juga
sedar akan ketentuan qada dan qadarMu. Sesungguhnya apa sahaja yang Engkau
takdirkan kepada kami adalah baik untuk kami. Jadikanlah kami hamba yang
bilamana Engkau Ya Wahhab member nikmat kepada kami, kami menjadi hambaMu yang
bersyukur dan bilamana Engkau Ya Muntaqim memberi kesakitan, kesusahan,
kemiskinan, kegagalan dan keperitan hidup, kami menjadi hambaMu yang reda di
atas segala ketetapanMu yang mempunyai seribu hikmat dan kebaikan itu.
Jauhkan kami dari menjadi orang
yang lupa diri dengan kekayaan hidup dan menyesal dengan kesulitan dan dugaan
hidup ini Ya Allah. Kami sedar segala kemewahan dan kebaikan yang Engkau
berikan adalah amanah yang perlu kami berikan dan sampaikan kepada orang lain.
Manakala kesusahan, kegagalan dan dugaan hidup yang Engkau berikan agar kami
sentiasa dekat kepadaMu, memohon bantuan dan kasih sayangMu.
Ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa
kami Ya Afuww, Ya Ghafur Ya Tauwab. Sekiranya selama ini kami lupa diri atas
nikmatMu, kami mengeluh kesah dan kecewa atas ujian kesusahan dariMu Ya Allah.
Kau jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur, reda dan sentiasa merendah
diri sujud kepadaMu Ya Allah serta merendahkan diri sesama manusia.
Aameen.
Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih
No comments:
Post a Comment