Tuesday, July 29, 2014

Memohon & merintih keampunan dari Ya Afuww, Ya Ghafur Ya Tauwab (4)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kami sedar kebaikan dan kebajikan kami terlalu sedikit untuk melayakkan kami ke syurgaMu. Namun Ya Allah Ya Muntaqim, yang Maha Keras SeksaNya, sesungguhnya kami tidak akan mampu menanggung seksa azab nerakaMu yang tidak terperi.
 
Yang mana azab paling ringan adalah dipakaikan selipar neraka, maka menggelegaklah otak manusia. Ya Allah. Ampunilah, ampunilah, ampunilah kami Ya Allah Ya Ghafur, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Ya Rahman Ya Rahim. Berilah kami rahmat dan kasih sayangMu dan izinkanlah kami berjumpa dengan Mu di surgaMu.

Ya Allah kerana itulah saat-saat paling bahagia yang dikurniakan kepada seorang hamba apabila kami dapat dipertemukan dengan Engkau. Ya Allah Ya Majid Tuhan yang Maha Mulia. Ya Malik, yang Maha Berkuasa, Ya Hafiz yang Maha Pelindung, Ya Rahman Ya Rahim. Engkau yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Engkau Ya Ghafur yang Maha Pengampun.

Aameen.

Dr Wan Masri
Asmaul Husna atas namaMu aku merintih

No comments:

Post a Comment