Saudaraku yang mulia, jauhkanlah dirimu sebisa mungkin dari sikap keras dalam perkataan dan perbuatan, kerana hal itu merupakan sifat yang buruk yang dijauhkan oleh setiap orang. Keras itu termasuk sifat yang tercela dan apabila engkau menyandangnya, maka orang-orang akan lari darimu dan akan merusak segala urusan hidupmu.
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah SWT memberikan petunjukNya kepada RasulNya Saw dengan firmanNya: "Apabila engkau berlaku dan bersifat keras hati maka mereka akan lari meninggalkanmu "
Dan kebalikannya adalah sifat rifq yaitu lemah lembut dalam ucapan dan perbuatan dan hal itu sangat terpuji di dalam berbagai keadaan dan suasana.
Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya lemah lembut itu tidak diletakkan di atas sesuatu melainkan ia lebih berat "
Diriwayatkan dari Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Thalib As. :
" Hendaklah engkau bersifat lemah lembut kerana hal itu merupakan kunci kebenaran dan sifat mulia bagi orang-orang yang mempunyai akal yang sihat ".
Dalam hadis lain dikatakan:
"Lemah lembut itu separoh dari kehidupan"
"Barang siapa yang diberikan bahagian dari sifat lemah lembut maka dia akan diberikan bahagian dari kehidupan dunia dan akhirat"

( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )
No comments:
Post a Comment