Wahai saudaraku yang budiman, janganlah engkau menganggap ringan pelaksanaan amr ma'ruf dan nahi mungkar, kerana melalaikan masalah ini dapat mengakibatkan bahaya yang sangat fatal. Dan bahaya yang ditimbulkan oleh hal ini bersifat universal, dan kerusakan yang akan terjadipun bersifat global dan memenuhi segala segmen.
Dari Hadhrat Baqir al Ulum As telah diriwayatkan, beliau berkata bahawa Haq Ta'ala telah mengirimkan wahyu kepada Nabi Syu'aib As dengan berfirman bahawa "Aku akan menurunkan azab kepada seratus ribu orang dari kaummu, empat puluh ribu darinya berasal dari golongan yang buruk dan enam puluh ribu lainnya dari golongan yang baik".
Nabi Syu'aib bertanya: "Tetapi mengapa golongan yang baik-baik pun mendapatkan azab?", Lalu beliau mendengar jawapan bahawa "Hal itu terjadi karena mereka menjilat dan menganggap remeh para pembuat maksiat, dan mereka tidak memarahi dengan kemarahan-Ku".
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )
No comments:
Post a Comment