Tuesday, August 16, 2011

Pelajaran ke dua puluh satu: As - Sakho' ( Murah hati )

Wahai saudaraku yang budiman, sesungguhnya kebalikan dari sifat bakhil adalah sakho' atau murah hati. Sakho' adalah sebuah sifat yang merupakan akhlak tinggi dan mulia di mana pemiliknya sentiasa akan diterima oleh para penghuni ufuk. Keutamaan dari sifat ini begitu jelas dan terang, kerana orang yang memiliki sifat ini akan menjadi orang yang dicintai dan dipuji di sisi Khaliq dan di sisi makhluk. Orang yang pemurah akan dicintai oleh para penghuni langit dan penghuni bumi, dan namanya akan senantiasa terukir dalam kebaikan.
Sang Aqil berkata: "Beruntung adalah memakan dan memanen, sedangkan malang adalah mati dan tenggelam".

Wahai saudaraku yang mulia, ketahuilah bahawa kekayaan merupakan perantara untuk memudahkan kehidupan. Dan kehidupan ini bukan merupakan sarana untuk mengumpulkan kekayaan. Seorang 'Aqil ( orang yang berakal sehat ) pernah ditanya: "Siapakah yang dimaksud dengan orang yang beruntung, dan apakah yang dimaksud dengan kemalangan?"
Dengarlah baik-baik nasihat Hadhrat Musa As kepada Qarun, beliau berkata: "Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, wahai Qarun engkau tidak mendengarkannya dan akibatnya engkau melihat keburukannya dan apa yang engkau capai ".
 
Para cerdik pandai berkata: "telah meninggal dunia dua orang dan keduanya menyesal, kerana yang satu mempunyai tetapi tidak memakannya dan yang satunya lagi mengetahui tetapi tidak mengamalkannya".

Wahai saudaraku, kerana engkau telah mengetahui keutamaan sifat murah hati, maka ketahuilah bahwa sifat ini terbagi menjadi dua bahagian iaitu pemberian dan infak.

Pertama: adalah infak-infak wajib  seperti: zakat, khumus, nafkah keluarga dan sepertinya. Kedua: adalah pemberian-pemberian mustajab seperti sedekah, hadiah, mengundang tamu, memberikan hak ma'lum dan hak hashad , memberikan pinjaman, membantu para muslim, membangun masjid, madrasah, jembatan, istal kuda, membangun kanal-kanal, mencetak buku-buku agama dan lain sebagainya, yang kesemuanya ini merupakan sedekah jariyah (yang akan selalu mengalir pahalanya-pen) dan merupakan baqiyatus-shalihaat (peninggalan amal soleh).


( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

No comments:

Post a Comment