Wahai saudaraku yang budiman, ketahuilah bahawa mempunyai sifat kekeluargaan atau famili serta damai dengan masyarakat, merupakan sebuah sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia. Sehubungan dengan masalah ini terdapat begitu banyak hadis yang mengungkapkan tentang keutamaan melakukan ziarah kepada para mukmin, mengucapkan salam, bersalaman dengan mereka, menjenguk mereka yang sakit, mengiringi jenazah dan mengucapkan tasliyat kepada orang-orang yang terkena musibah dan yang semisalnya.
Wahai saudaraku, apabila engkau perhatikan dengan baik hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah ini, maka engkau akan mengetahui betapa besarnya perhatian Allah SWT terhadap persoalan rasa kekeluargaan di antara seluruh makhluknya, dan betapa banyaknya sunnah-sunnah yang telah Dia tetapkan untuk mempertahankan sifat ini. Tetapi sayang dan ironis sekali, ternyata pada zaman kita sekarang ini, sebahagian besar dari sunnah-sunnah tersebut telah ditinggalkan, tidak ada yang tertinggal dari nubuwwah melainkan formalitasnya dan tidak ada yang tertinggal dari syari'at kecuali namanya.
Syaitan dengan berbagai usahanya telah berhasil menyebarkan berbagai rencana busuknya. Sehingga umat ini jatuh dan tejerumus ke dalam perbuatan nifak dan perpecahan di antara mereka. Bahkan umat ini, kini telah berani membelakangi segala sesuatu, padahal Allah telah memberikan perhatiannya begitu besar. Mereka tidak menjenguk sesamanya, kecuali kerana riya atau untuk menampakkan dan menyebarkan keburukan.
Mereka menganggap bahawa memberikan salam merupakan satu perbuatan yang tercela, tetapi mereka sentiasa mengharap agar orang lain memberikan salam kepadanya. Dan mereka pun menganggap bahawa bersalaman merupakan sebuah kebiasaan yang dungu.
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )
No comments:
Post a Comment