Tuesday, August 16, 2011

Pelajaran ke dua puluh dua: Menghindari harta haram

Wahai saudaraku yang budiman, hindar dan jauhkanlah dirimu dari harta yang haram, kerana hal itu akan menimbulkan bahaya yang teramat besar, dan merupakan penghalang terbesar dalam memperoleh kebahagiaan. Ketahuilah, bahawa sebahagian besar manusia yang tidak memiliki harapan lagi untuk memperoleh kurnia dan berkah Ilahi, sebabnya adalah kerana mereka tidak mahu menjauhkan diri dari harta yang haram. Dan sesungguhnya hati yang tumbuh dari suapan makanan haram, akan berada di suatu tempat yang tidak lagi layak untuk menerima kurnia dari Yang Maha Suci.

Oleh kerana itu wahai saudaraku, ingatlah, jika engkau ingin mencari keselamatan, engkau harus mencari sesuatu yang halal dan harus menahan tangan serta perutmu dari memakan setiap makanan yang ada. Hindarilah berbuat zalim, keras kepala, berkhianat dalam amanat, menipu, licik, marah, mencuri, mengurangi timbangan, melakukan riba dan sebagainya. Wahai saudaraku, sebaliknya kenakanlah baju taqwa dan wara' di atas tubuhmu kerana sesungguhnya: " Pakaian takwa itulah yang paling baik".


( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

No comments:

Post a Comment