Wahai saudaraku yang mulia, sentiasa bersungguh-sungguhlah dalam memenuhi dan membantu kebutuhan serta hajat para muslim, dan berusahalah untuk memberikan hal-hal yang lebih penting bagi mereka.
Ketahuilah, bahawa keutamaan para muqarrab adalah kerana usaha mereka yang serius untuk memenuhi keperluan orang-orang yang butuh.
Hadhrat Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata dalam salah satu hadisnya kepada Kumail bin Ziyad: "Wahai Kumail, perintahkanlah kepada keluargamu untuk berusaha meraih kemuliaan dengan berupaya memenuhi kebutuhan orang-orang yang memerlukan ".
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )
No comments:
Post a Comment