Tuesday, August 16, 2011

Pelajaran ke dua puluh empat: Hasad ( Iri hati )

Wahai saudaraku yang mulia, hindarkan dan jauhkanlah dirimu dari sifat iri hati sekuat kemampuanmu, kerana orang yang iri hati akan merasa tersiksa dengan azab yang berat, baik di dunia maupun di akhirat dan tidak akan pernah terlepas dari kesedihan dan kesusahan.

Apabila engkau perhatikan orang yang terjangkiti penyakit ini dengan baik, maka engkau akan mendapatkan bahawa dia memiliki watak keras kepala dan bersifat keras terhadap orang lain, bahkan menganggap Allah SWT (wal 'iyaadzu billah) adalah jahil, atau dia menganggap dirinya lebih mengetahui kemaslahatan dan keburukan hamba Allah. Ketahuilah, bahwa kedua-duanya ini merupakan kekufuran dan juhud (pengingkaran), sehingga dia akan menyandang julukan si hasad yang malang.

Maka wahai saudaraku, jadilah mahsud (orang yang dijadikan objek untuk iri hati-pen ) dan janganlah menjadi haasid ( pelaku hasad ), kerana sesungguhnya mizan kebaikan para haasid senantiasa akan menjadi ringan, kerana kebaikannya itu dipindahkan ke mizan para mahsud.

Hadhrat Rasulullah Saw dalam sebuah hadis bersabda: "Sedikit sekali manusia hasad yang bisa merasakan kenikmatan".

Dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata: "Sifat hasad tidak akan membawa keberuntungan".

Terdapat perumpamaan masyhur yang mengatakan: "Telah cukup bagi para penghasud dengan hasadnya".

Apabila engkau ingin mengetahui kemalangan yang akan dibawa oleh para penghasad, maka perhatikanlah baik-baik, bahawa sebenarnya -di dalam kehidupan dunia yang hanya beberapa hari saja- tidak pantas sama sekali untuk iri hati kepada hamba Allah yang lain.

 
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Kerana dalam waktu yang hanya sekejap mata, si haasid dengan maksud akan segera terkubur di dalam tanah, dan nama mereka akan terhapus dari lembaran masa.

No comments:

Post a Comment