Saturday, August 6, 2011

Muda dengan.........

...seringkali senyum walaupun masalah tidak pernah hilang. Selain itu sentiasa berpandangan positif terhadap kawan-kawan dan masyarakat di sekeliling. Walaupun ada di antara mereka pandang serong atau tidak suka, tak kisah. Yang penting mahu berbuat baik dengan mereka. Itu saja. Berusaha mengelakkan diri daripada terjatuh ke lembah bermasalah seperti terlibat dengan hutang atau tekanan kerja juga harus dijauhi.

Juga elakkan  menghabiskan masa di warung dan melepak tidak tentu arah kerana ia ada rangsangan dipengaruhi gejala tidak sihat dan elakkan berkawan dengan insan yang tiada prinsip hidup kerana kumpulan ini banyak idea dan perancangan yang akan memerangkap kelemahan orang lain.

Rapat dengan institusi ibadat , masjid, surau dan tempat pengajian agama serta jangan lupakan Kaabah, perbetulkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Insya-Allah kita tidak akan banyak masalah dan semestinya akan sentiasa tampak muda seperti baru berusia belasan tahun.

Lagi satu, bila berinteraksi dengan sesiapa, anggap ia orang penting yang perlu dihormati. Jika berhadapan dengan orang yang perlu ditolong .anggap ia satu rahmat bukan membebankan. Allah akan merahmati.

Wallahu’alam.

( Datuk Ustaz Md Daud Che Ngah, Sinar Harian )

No comments:

Post a Comment