Pelajaran ke empat puluh enam: Riya’ ( Menunjuk-nunjuk )
Riya' merupakan salah satu akhlak yang buruk dan merupakan tempat kematian yang sangat besar bagi seseorang. Dalam begitu banyak kitab, ayat-ayat, sunnah dan riwayat terdapat begitu banyak celaan untuk sifat yang satu ini.
Dalam sebuah hadis Nabi Saw dikatakan bahawa sifat yang paling dekat dengan riya' adalah syirik . Dalam riwayat lain beliau Saw bersabda bahawa pelaku riya' pada hari kiamat akan diseru dengan tiga panggilan: wahai kafir, wahai fajir (yang bermoral bejat), wahai ghadir (pengkhianat), wahai khasir (yang merugi), amalanmu rusak dan pahalamu batal. Hari ini kamu tidak mempunyai ganjaran lagi di sisi Kami, karena itu ambillah pahalamu dari orang-orang di mana kamu melakukan amalan ibadah tersebut untuk dipuji oleh mereka, hai penipu.
Dalam hadist lain disebutkan bahawa surga akan berbicara dan mengatakan bahwa "sesungguhnya aku diharamkan untuk orang-orang yang bakhil dan riya'".
Hadis yang mencela perbuatan riya' ini begitu banyak, dan cukuplah dalam keburukannya bahawa dalam segala amalan yang dimasukinya berdasarkan fatwa para fuqaha, amal tersebut akan menjadi batal dan akan jatuh dari derajat keterkabulannya.
Pelajaran ke empat puluh tujuh: Panjang angan-angan
Pada salah satu hadis mulia, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata: "Ada dua hal yang aku takutkan atas diri kalian, pertama: mengikuti hawa nafsu dan kedua: ber angan-angan panjang"
Yang dimaksud dengan panjang angan-angan adalah banyak berangan-angan, berkeinginan terlampau jauh serta terlalu berharap pada kehidupan dunia.
Penyebab hal tersebut adalah dua hal, iaitu: Pertama: Jahil dan angkuh. Orang yang jahil sentiasa menyakini kemudaan dan kesehatan tubuhnya, ia tidak merasa yakin bahawa sebenarnya kematian itu bisa menjemputnya pada masa muda dan dalam keadaan sehat. Ketahuilah bahawa orang seperti ini telah lalai terhadap kematian kanak-kanak serta para remaja yang tak terhitung banyaknya, serta lalai dengan adanya berbagai macam penyakit yang muncul secara mendadak dan menimbulkan kematian yang tiba-tiba.
Kedua: Cinta dunia. Cinta kepada dunia dan kebendaan itu dekat kepada kenikmatan dan kelazatan yang fana. Ketika manusia telah terjebak dalam kecintaan dan kedekatan seperti ini, maka perpisahan dengannya akan menjadi sesuatu yang mahal harganya, sehingga kerana hal ini dia tidak pernah berfikir lagi tentang kematian. Dan terkadang, apabila fikirannya secara selintas menuju ke arah kematian, maka dia akan segera mengalihkan perhatiannya pada hal-hal yang lainnya. Apabila sekali waktu ingatannya terpaku pada kehidupan akhirat, maka syaitan dan nafsu amarahnya akan menjanjikan sesuatu yang palsu kepadanya dengan mengatakan bahawa sekarang kamu masih berada pada awal umurmu.
Oleh karena itu pergunakanlah hal ini untuk bersuka ria, berpoya-poya dan sibukkanlah dirimu dengan mengumpulkan perlengkapan duniamu, ketika telah besar nanti, bertaubatlah serta persiapkanlah amalan-amalan untuk akhiratmu. Ketika telah menginjak usia dewasa, dia akan mengatakan: usiamu masih cukup muda, kamu masih mempunyai banyak waktu untuk sampai ke masa tuamu.
Kemudian masa tua pun tiba. Kali ini dia akan mengatakan: insya-Allah aku akan memperbaiki lahan ini terlebih dahulu atau mengatakan aku akan persiapkan anak gadisku ini untuk mengumpulkan peralatan rumah tangganya, atau aku akan memperindah rumahku, setelah itu baru aku akan melupakan dunia ini. Dengan demikian aku akan bisa dengan bebas mengepakkan sayap dan menyibukkan diri dengan beribadah.
Tetapi setiap kali pekerjaannya yang satu selesai, maka dengan segera dia akan menemukan pekerjaan yang baru. Dia hanya terhenti pada perkataan hari ini dan esok, hingga secara tiba-tiba sebuah seruan datang menghampirinya. Tuan fulan yang malang ini telah lalai bahwa janji yang akan diberikan untuk keesokan harinya tetap bersamanya dan apa yang dinamakan dengan terbebas dan mendapatkan waktu luang dari segala khayalan dan aktifitas dunia, tidak akan pernah ada hasilnya.
Yang dimaksud dengan pemilik waktu luang adalah orang yang sekaligus dalam satu waktu meninggalkan kesemua hal tersebut. Oleh karena itu, orang yang usianya telah sampai sekitar empat puluh tahun, apabila mereka masih berfikir tentang dunia, maka hal ini merupakan kelalaiannya dan merupakan tipuan syaitan, kerana sebenarnya hari-hari penuh keindahan dan masa mudanya telah lewat dan hari-hari bahagia dan sukarianya telah terlampaui. Sedangkan sekarang, setiap hari satu persatu anggota badannya mengalami kelumpuhan. Tetapi si malang ini masih saja lalai terhadap semuanya dan menyibukkan diri dalam fikiran-fikiran yang batil. "Wahai generasi yang telah mencapai usia empat puluh tahun, berhati-hatilah kalian, kerana sesungguhnya ladang telah dekat pada masa menuainya" .
Tak ada obat penyembuh dari panjang angan-angan ini selain dari kematian. Kerana membayangkan kematian, akan menyebabkan seseorang merasa sedih terhadap dunia dan akan membuat hati merasa kenyang terhadapnya.
Oleh karena itulah Hadhrat Rasul Saw bersabda: "Perbanyaklah dalam mengingat pencabut kelazatan" . Pada riwayat yang lain beliau bersabda bahawa tidak ada sebuah keluarga pun kecuali malaikat maut sebanyak lima kali dalam sehari semalam memeriksa waktu-waktu solat mereka .
Oleh karena itu wahai saudaraku yang mulia, pergilah sejenak ke perkuburan serta makam para sahabat, dan ambillah pelajaran serta ibrah pada apa yang dihamparkan di perkuburan. Dan berfikirlah tentang peristiwa dan perbincangan apa yang tengah terjadi di bawah tanah yang hanya berjarak dua jengkal dari kakimu.
Setelah itu berfikirlah sejenak tentang keadaan dirimu, kerana bagaimanapun juga engkau pun pasti akan seperti mereka. Umurmu pun pasti akan habis dan masa kematian akan mendatangimu dari arah mana pun, sementara para tabib tidak sanggup lagi menyembuhkanmu. Anggota badanmu akan berhenti dari aktivitinya, keringat kematian akan muncul di dahimu dan malaikat maut dengan perintah dari Tuhan telah datang, mahu ataupun tidak mahu, cengkeraman kematian akan menancap pada tubuhmu yang telah lemah, lalu membuat jarak antara jasad dengan ruhmu.
Setelah itu sahabat-sahabat serta saudara- saudaramu akan membuat teriakan sesal dan kesedihan, sehingga tangisan para saudara dan teman-temanmu pun dimulai. Tak lama setelah itu, mereka akan menaikkanmu pada sebuah keranda serta memenjarakanmu pada sebuah lobang dan meninggalkanmu di sana sendirian tanpa teman dengan segala kengerian.
Pada saat itulah engkau akan menyesali hari-hari kehidupanmu, kemudaan dan kesehatan serta waktu luangmu di dunia, kerana apa yang telah engkau peroleh, kini telah hilang dari tanganmu dan engkau tidak menyimpannya sedikit pun untuk akhiratmu.
Pelajaran ke empat puluh lapan : Redha ( rela )
Yang dimaksud dengan redha dan rela adalah meninggalkan kecaman dan tidak memprotes takdir Ilahi, baik secara lahir mahu pun batin, secara lisan mahu pun perbuatan. Orang yang telah mencapai peringkat ini akan sentiasa bahagia, nikmat, mulia dan tenang.
Baginya tidak ada perbezaan sama sekali antara fakir dan kaya, senang ataupun susah, mulia ataupun hina dan sehat ataupun sakit. Kerana dia mengetahui bahawa segala sesuatunya berasal dari Allah SWT. Dan dengan kecintaan dan kasih sayangNya yang telah tercerap dalam hatinya telah menyebabkannya begitu mencintai segala perbuatanNya, dan dia merasa senang dengan segala apa yang sampai padanya sebagaimana kehendakNya.
Ketahuilah bahawa sabar dan redha merupakan pemimpin semua ketaatan.
Ketahuilah bahawa sabar dan redha merupakan pemimpin semua ketaatan.
Telah dinukilkan dari Hadhrat Shadiq As. Beliau berkata: "Aku hairan terhadap apa yang dilakukan oleh seorang muslim, kerana esungguhnya Allah tidak akan mentakdirkan sebuah persoalan pun baginya melainkan untuk kebaikannya (apabila badannya telah terpotong-potong kerana penyakit yang dideritanya, hal inipun adalah untuk kebaikannya dan) apabila malaikat barat dan timur telah diberikan keadaannya, ini pun untuk kebaikannya".
Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman: "Akulah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Ku. Barang siapa yang tidak sabar dengan musibahKu dan tidak redha dengan qada Ku serta tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat Ku, maka silakan mencari tuhan yang sepertiKu".
Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman: "Akulah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Ku. Barang siapa yang tidak sabar dengan musibahKu dan tidak redha dengan qada Ku serta tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat Ku, maka silakan mencari tuhan yang sepertiKu".
Ketahuilah bahawa buah dari redha adalah kecintaan dan kasih sayang. Hal itu dapat diperoleh dengan berusaha meraih kecintaan dan kasih sayang Allah, sentiasa berfikir, berzikir dan melakukan segala sesuatu yang menyebabkan tercurahnya kasih sayang Ilahi.
Selain dari itu, hendaklah dia memikirkan apa yang akan terjadi dengan ketidakredhaannya dan apa manfaat dari ketidaksukaan serta kemarahannya. Kerana sesungguhnya hal semacam ini tidak akan pernah mengubah qada dan takdir untuknya. Di samping itu tidak akan terjadi perubahan atas apa yang telah terjadi dengan alasan untuk kebahagiaan hatinya. Ketidaktenangannya tidak akan pernah memberikan manfaat yang lain selain akan melemahkan dan menghancurkan kehidupannya dan mengambil berkahnya waktu.
Para pencari derajat redha itu sentiasa memperhatikan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berada dalam ketinggian maqam para pemilik bencana. Ketahuilah bahawa segala kesulitan pada masa lalu merupakan harta karun untuk masa kini, dan setiap kesedihan merupakan ketenangan untuk masa selanjutnya.
Oleh kerana itu wahai saudaraku yang budiman, berharaplah dengan pahala dari Allah SWT, kerana kesejatian seorang lelaki itu dengan menapaki perjalanan musibah dan bencana dengan langkah ketenangan dan kesabaran sehingga kesulitan yang didapatkan pada perjalanan ini akan menjadi mudah dan ringan baginya.
Sebagaimana orang yang sakit mampu menahan sakitnya ketika dilakukan hijamat (bekam) dan rasa pahit obat. Hendaklah diketahui bahawa tidak terdapat pertelingkahan antara redha dengan do'a, karena kita telah diperintahkan untuk berdo'a oleh syari'at. Sedangkan Allah Yang Maha Tahu menghendaki do'a dari kita dan Dia membuatnya menjadi sebuah kunci kebahagiaan dan hajat.
Pelajaran ke empat puluh sembilan: Sabar
Sabar ialah tidak panik dalam menghadapi petaka dan musibah. Kebalikan dari keadaan ini adalah tidak mempunyai kesabaran dalam menghadapi musibah. Dengan ungkapan lain: melepaskan diri dari tali kekang musibah dan petaka yang menimpanya dengan berteriak, mengeluh, meratap, merobek pakaian, memukul-mukul diri bahkan dengan berburuk muka dan seterusnya yang kesemuanya ini akan menjadi penyebab bagi lemahnya jiwa.
Sabar terdiri dari beberapa bahagian seperti sabar dalam perang yang muncul dari orang-orang pemberani, sabar dalam kemarahan yang hal ini merupakan hilm, sabar menghadapi sulitnya ketaatan, sabar atas tuntutan syahwat dan selainnya. Pada hakikatnya kebanyakan dari akhlak yang mulia sentiasa berada dalam ujian kesabaran.
Posisi sabar berada dalam derajat yang tinggi. Allah SWT akan memberikan kebaikan lebih banyak kepada orang-orang yang sabar, dan kebanyakan dari derajat-derajat surga berkaitan dengan mereka.
Posisi sabar berada dalam derajat yang tinggi. Allah SWT akan memberikan kebaikan lebih banyak kepada orang-orang yang sabar, dan kebanyakan dari derajat-derajat surga berkaitan dengan mereka.
Lebih dari tujuh puluh pembahasan telah disebutkan dan telah dibuktikan tentang begitu banyaknya sifat-sifat para sabirin di mana telah diletakkan bagi mereka selawat, rahmat dan hidayat serta pahala yang besar itu telah sampai kepada mereka.
Telah disentuh di dalam hadis-hadis tentang begitu banyaknya keutamaan bagi orang-orang yang sabar. Telah diriwayatkan bahawa posisi sabar di dalam iman seseorang itu sebagaimana posisi kepala terhadap badan manusia. Seseorang yang tidak mempunyai kepala pasti tidak mempunyai badan. Demikian juga orang yang tidak memiliki kesabaran, berarti dia tidak mempunyai iman.
Metode untuk memperoleh jenjang-jenjang kesabaran adalah dengan memperhatikan beberapa persoalan di bawah ini:
Pertama: Perbanyaklah mempelajari hadis-hadis yang membahas tentang keutamaan-keutamaan bala dan musibah dunia, dan perhatikanlah bahawa berhadapan dengan setiap musibah akan menaikkan derajat atau menghilangkan kejahatan dalam diri seseorang. Yakinlah bahawa tidak akan ada kebaikan pada seseorang yang mendapatkan musibah tanpa adanya kesusahan.
Kedua: Berfikirlah bahawa masa musibah sangatlah pendek, hanya sekejap dan segera setelah itu akan terbebas, lalu kembali ke rumah yang damai untuk beristirehat.
Ketiga: Berfikirlah terhadap manfaat dari ketidaksabaran dan panik, meski apa pun yang menjadi takdir akhirnya akan terjadi. Ketahuilah bahawa ketidaksabaran tidak akan memberikan keuntungan sama sekali, dan apa yang telah terjadi tidak akan bisa diubah meskipun mereka telah menentukannya. Bahkan, ketahuilah bahawa ketidaksabaran dan panik justru akan menghancurkan pahala seseorang dan akan menjatuhkan sifat kesabaran yang dimilikinya.
Keempat: Perhatikanlah keadaan orang-orang yang telah tertimpa bala dan musibah yang lebih berat dan lebih pahit dari dirimu.
Kelima: Ketahuilah bahawa bala dan musibah merupakan dalil dari keutamaan dan kebahagiaan seseorang.
Keenam: Ketahuilah bahawa orang-orang yang redha terhadap musibah akan mendapatkan kesempurnaan.
Ketujuh: Berfikirlah bahawa musibah yang terjadi itu berasal dari Haq Ta'ala dimana Dia merupakan paling dekatnya sahabat yang tidak menginginkan sesuatu dari engkau selain kebaikan dan kebenaranmu.
Kelapan: Ikutilah perilaku para muqarrabin dan perhatikanlah musibah yang menimpa mereka serta lihatlah kesabaran mereka dalam menghadapi musibah tersebut, sehingga hal ini akan memunculkan kesabaran dan potensi ruh dalam dirimu.
Dan ketahuilah bahawa yang dimaksud dengan sabar adalah sebagaimana yang telah disebutkan pada awal pembahasan. Tetapi sedihnya hati serta keluarnya air mata merupakan tuntutan insan, dan hal ini tidak akan mengeluarkannya dari batas kesabaran. Contoh dari hal ini adalah orang yang sakit rela untuk di-hijamat (dibekam ), tetapi dia tetap terpengaruh oleh rasa sakit yang ditimbulkan oleh hijamat tersebut.
Pelajaran ke lima puluh: Syukur
Syukur atas nikmat ialah mengenali si mun'im (pemberi nikmat)-nya, dan merasa bahagia terhadap nikmat tersebut serta menggunakannya dalam hal-hal yang diredhai oleh mun'imnya.
Posisi syukur lebih mulia dari posisi orang-orang yang beruntung, dan merupakan faktor pemberangus musibah serta akan menyebabkan bertambahnya kenikmatan. Oleh kerana itulah syukur merupakan suatu hal yang diperintahkan dan sangat ditekankan.
Allah SWT. berfirman: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".
Dari ayat ini dan dari hadis-hadis yang muktabar diketahui bahawa para pengingkar nikmat yang menolak untuk bersyukur akan menyebabkan mereka mendapatkan kemalangan pada hari pembalasan dan akan menyebabkan tidak tercurahnya rezki serta akan menjadikan kelambatan turunnya nikmat di dunia.
Makna syukur adalah menggunakan nikmat di mana dalam menggunakannya terdapat keredhaan Mun'im. Oleh kerananya, merupakan hal yang mustahak bagi para pensyukur nikmat untuk mengenali segala sesuatu dimana keredhaan Ilahi terdapat di dalamnya serta terdapatnya pengetahuan terhadap persoalan-persoalan yang makruh dan melanggar keredhaan Ilahi, sehingga dengan hal ini mereka mampu untuk mensyukuri serta meninggalkan pengingkaran terhadapanya.
Metode yang bisa dipergunakan untuk menemukan rangkaian dari segala yang dicintai oleh Allah, dan segala yang dimakruhkanNya adalah dengan mengenal agama yang muqaddas, dimana segala sesuatu yang menyebabkan keredhaanNya atau yang melanggar keredhaanNya terangkum secara keseluruhan di dalamnya. Posisi pertama adalah hal-hal yang wajib dan mustahab dan pada posisi kedua adalah hal-hal yang makruh dan haram. Oleh kerana itu barang siapa yang tidak mempunyai informasi terhadap serangkaian hukum-hukum syari'at suci ini di dalam amalan dan perbuatan-perbuatannya, bererti dia tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan hak syukur kepada Allah SWT.
Ketahuilah bahawa cara untuk bersyukur kepada Allah terpaku pada beberapa hal:
Pertama: Melihat kepada yang lebih rendah darinya dalam persoalan-persoalan yang berhubungan dengan keduniaan, dan melihat kepada yang lebih tinggi dalam persoalan-persoalan agama.
Pertama: Melihat kepada yang lebih rendah darinya dalam persoalan-persoalan yang berhubungan dengan keduniaan, dan melihat kepada yang lebih tinggi dalam persoalan-persoalan agama.
Kedua: Memperhatikan keadaan orang-orang yang telah meninggal, serta berfikir bahawa akhir yang sesuai buat mereka adalah dikembalikannya mereka ke dunia ini sehingga mereka bisa melakukan amal yang baik di dunia. Oleh kerana itu, misalkanlah dirimu pada posisi mereka dan berimajinasilah bahawa hal ini bisa terjadi dan bisa kembali lagi ke dunia.
Ketiga: Ingatlah apa yang telah terjadi pada dirimu dengan melihat musibah-musibah dan penyakit-penyakit yang mematikan yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh. Oleh kerana itu, hargailah sebaik mungkin terbebasnya dari kesemua itu.
Keempat: Syukurilah segala musibah yang terjadi pada dirimu, kerana sebenarnya engkau tidak mengalami musibah yang lebih berat dari itu, atau bersyukurlah kerana musibah tidak sampai pada agamamu.
Kelima: Perdalamlah pengenalan terhadap Tuhanmu, dan bertafakkurlah dalam ciptaan Ilahi serta segala keragaman nikmat lahir mahu pun batin dimana kesemuanya itu lebih banyak dari apa yang telah engkau dapatkan. Allah SWT berfirman: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, maka tidaklah kamu dapat menghitungnya".
PENUTUP.
Ketahuilah bahawa untuk mensucikan jiwa dari sifat-sifat yang rendah dan tercela serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang indah serta terpuji, terdapat beberapa hal penting yang perlu untuk dilakukan:
Pertama: Sentiasa mempertahankan serta mengaplikasikan diri dengan amalan-amalan yang merupakan pengaruh dari sifat-sifat terpuji, dan mahu tidak mahu memacu jiwa kepada aktiviti-aktiviti yang melahirkan sebuah sifat yang merupakan tuntutan edukasinya atau berada dalam intensi keabadian dan penjagaan terhadapnya.
Kedua: Sentiasa melakukan perenungan terhadap kondisi dan memberikan atensi terhadap amalan serta aktiviti diri. Pada setiap amalan yang hendak dilakukan, terlebih dahulu harus merenungkannya sehingga tidak akan ada kontradiksi dengan urgensi penempatan kebaikan, dan tidak lalai dari keadaan dirinya dalam segala kondisi. Bahkan setiap hari dan malam hendaknya membuka buku amalannya serta melakukan perhitungan dari kepala hingga kakinya dan meneliti serta mengamati apa yang telah muncul dan telah dia lakukan. Apabila merupakan suatu amalan yang baik dan terpuji, maka hendaklah bersyukur. Dan apabila merupakan amalan yang berada dalam keburukan, maka hendaknya bertaubat serta melakukan kontemplasi tentangnya.
Ketiga: Menghindarkan hal-hal yang membuat semakin bangkitnya potensi syahwat atau kemarahan, misalnya: menghindarkan mata, telinga dan hati dari melihat, mendengar dan membayangkan segala sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan kemarahannya. Berusahalah untuk semakin banyak menjaga hati dari khayalan terhadapnya.
Keempat: Jangan tertipu dengan nafsu sendiri, dan sama sekali janganlah menganggap apa yang dilakukannya itu benar, dan berusahalah untuk semakin banyak mencari aib dan cacat diri, serta berusahalah dengan pandangan yang cermat untuk mencari keburukan diri yang tersembunyi. Ketika berhadapan dengan sesuatu darinya, maka berusahalah untuk menghilangkannya.
Ketahuilah bahawa setiap nafsu dan jiwa adalah pencinta dari sifat dan aktifitasnya sendiri. Oleh kerana itu amalan serta aktifitasnya senantiasa benar dalam pandangannya. Orang semacam ini tidak akan pernah bangkit tanpa terlebih dahulu berfikir dan meneliti kekurangan dirinya. Dan sebaiknya meminta bantuan dari orang-orang yang bisa dipercaya dan para sahabatnya untuk meneliti kekurangan dan aib dirinya. Hendaknya sentiasa menunggu apa yang ditampakkan oleh para musuh serta lawannya dalam mengungkap kekurangannya. Setelah itu berusaha untuk meredam dan menghilangkannya.
Dan sebaiknya menjadikan apa yang dikatakan oleh orang lain sebagai refleksi dari penampakan aib dirinya. Oleh kerana itu, hendaklah berfikir positif terhadap apa yang keluar dari mereka serta menganggap buruk amalnya tersebut. Dan ketika berhadapan dengan keburukan segala sesuatu, dia tetap mengetahui meskipun amalan tersebut keluar darinya, amalan tersebut tetap merupakan amalan yang buruk. Dan ketika berhadapan dengan kebaikan di mana amalan tersebut pun berasal darinya, maka tetap pula menganggapnya sebagai sebuah amalan kebaikan. Oleh karena itu berusahalah untuk memberanguskan keburukan diri dan bertekadlah untuk mencari etika yang hasanah.
Kelima: Menganggap penting untuk menghindarkan diri dari percakapan-percakapan yang buruk serta jahat. Dan menganggap bahawa menjauhkan diri dari teman sebangku yang berakhlak buruk adalah sebagai suatu kewajiban, dan sebaliknya hendaklah sentiasa melakukan percakapan dengan para orang-orang yang memiliki akhlak terpuji serta para petinggi agama, kerana majlis serta percakapan dengan setiap orang akan memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap dirinya. Sebagaimana karakter seorang pencuri yang sentiasa mengambil secara paksa apa saja yang dia lihat dari orang lain.
Dalam sebuah sya'ir dikatakan:
Kerana duduk dengan orang-orang tercela,
Putera Nuh telah kehilangan keturunan nubuwwahnya.
Tetapi, kerana hanya beberapa hari bersama orang-orang mulia,
anjing Ashabul Kahfi telah berubah menjadi manusia.
Kerana duduk dengan orang-orang tercela,
Putera Nuh telah kehilangan keturunan nubuwwahnya.
Tetapi, kerana hanya beberapa hari bersama orang-orang mulia,
anjing Ashabul Kahfi telah berubah menjadi manusia.
Selain itu, barang siapa yang berkumpul dengan para pelaku maksiat, bererti dia telah bersama dalam azab mereka dan terbakar bersama api mereka. Allah Swt. berfirman:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka".
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka".
Untuk menegaskan betapa besarnya pengaruh yang akan ditimbulkan oleh berkumpul dengan para pelaku maksiat, kami akan menukilkan sebuah hadis mulia yang di dalamnya terangkum serangkaian manfaat agung, dan dengan ini pula kami akan menutup risalah ini.
Syeikh Kulainy ra telah meriwayatkan sebuah hadist dari Imam Shadiq As, beliau As bersabda: "Suatu hari Hadhrat Isa Al Masih As melewati sebuah perkampungan di mana penghuninya, burung-burung dan haiwan-haiwan, seluruhnya telah mati. Hadhrat Isa melihat pemandangan semacam ini bersabda kepada para khawariyyun: "Lihatlah, penghuni perkampungan ini telah mati karena azab Allah SWT. Seadainya mereka mati pada waktu yang berbeda pasti di antara mereka akan saling menguburkan yang lainnya"
Khawariyyun yang merupakan sahabat-sahabat khusus Hadzrat Isa As bertanya kepada beliau: "Wahai Ruhullah, mintalah kepada Allah SWT agar Dia menghidupkan mereka kembali, supaya mereka memberitahukan kepada kami amalan seperti apakah yang telah menyebabkan mereka mendapatkan azab seperti ini, sehingga kami bisa menghindari perbuatan tersebut".
Memenuhi permohonan mereka, Hadhrat Isa As berdo'a dan memohon kepadaNya. Tidak lama kemudian muncullah suara yang mengatakan untuk memanggil penghuni perkampungan tersebut.
Pada malam harinya Hadhrat Isa As pergi menuju ke tempat yang tinggi dan bersabda: "Wahai penghuni kampung!", lalu salah seorang penghuni kampung menjawab: "Labbaika, ya Ruhullah". Kemudain Isa Kalimatullah bersabda: "Katakan, apakah yang telah kalian lakukan di dunia?"
Dia berkata: "Kami beribadah kepada thaghut, bersahabat dengan dunia tanpa rasa takut kecuali sedikit, mempunyai harapan yang panjang dan lalai serta sibuk dengan berpoya-poya"
Dia berkata: "Kami beribadah kepada thaghut, bersahabat dengan dunia tanpa rasa takut kecuali sedikit, mempunyai harapan yang panjang dan lalai serta sibuk dengan berpoya-poya"
Isa As bersabda: "Hingga seberapakah kecintaan kalian kepada dunia?".
Dia berkata: "Kecintaan kami kepada dunia sebagaimana kecintaan seorang anak kepada ibunya. Setiap kali mereka menghampiri kami, maka kami sangat gembira menyambutnya, dan setiap kali mereka membelakangi kami, maka kami menangis dan bersedih hati".
Dia berkata: "Kecintaan kami kepada dunia sebagaimana kecintaan seorang anak kepada ibunya. Setiap kali mereka menghampiri kami, maka kami sangat gembira menyambutnya, dan setiap kali mereka membelakangi kami, maka kami menangis dan bersedih hati".
Al-Masih As bersabda: "Bagaimanakah ibadah kalian kepada thaghut?".
Dia menjawab: "Kami mentaati para pelaku maksiat, iaitu dalam semua persoalan batil, dan setiap kali kami ditugaskan untuk itu, kami sentiasa mentaatinya".
Isa As bersabda: "Lalu apakah yang kalian peroleh dari penugasan tersebut?".
Dia berkata: "Malam hari kami dapat tidur dengan nyenyak dan lelap, tetapi pada keesokan harinya kami melihat diri kami berada di dalam neraka".
Dia menjawab: "Kami mentaati para pelaku maksiat, iaitu dalam semua persoalan batil, dan setiap kali kami ditugaskan untuk itu, kami sentiasa mentaatinya".
Isa As bersabda: "Lalu apakah yang kalian peroleh dari penugasan tersebut?".
Dia berkata: "Malam hari kami dapat tidur dengan nyenyak dan lelap, tetapi pada keesokan harinya kami melihat diri kami berada di dalam neraka".
Isa As bersabda: "Apakah neraka itu".Dia menjawab: "Adalah sijjin".
Isa As bersabda: "Lalu apakah sijjin itu?"
Dia menjawab: "Adalah gunung-gunung yang berasal dari api yang sentiasa akan tertumpahkan apinya kepada kami hingga hari kiamat".
Isa As bersabda: "Lalu apakah sijjin itu?"
Dia menjawab: "Adalah gunung-gunung yang berasal dari api yang sentiasa akan tertumpahkan apinya kepada kami hingga hari kiamat".
Isa bersabda: "Lalu apa yang kalian katakan dan apa jawaban yang diberikan kepada kalian".
Dia menjawab: "Kami berkata bahwa kembalikanlah kami ke dunia hingga kami hidup dengan zuhud dan sederhana, dan jawaban atas kami adalah kalian adalah pembohong".
Dia menjawab: "Kami berkata bahwa kembalikanlah kami ke dunia hingga kami hidup dengan zuhud dan sederhana, dan jawaban atas kami adalah kalian adalah pembohong".
Isa As bersabda: "Apa sebabnya kok hanya kamu yang dapat bercakap-cakap denganku di antara mereka yang ada?".
Dia berkata: "Ya Ruhullah, sebabnya adalah: mulut mereka telah ditutupi oleh tali kekang api, dimana tali kekang tersebut dipegang oleh tangan para malaikat dengan kuat dan kencang sehingga menjadikannya sebagai wakil mereka. Sebenarnya aku ini tidak termasuk golongan mereka. Namun kerana aku berada di antara mereka, maka begitu azab ini terjadi atas mereka, akupun menjadi terseret ke dalamnya. Oleh kerana itulah aku bergelantungan pada sehelai rambut di samping jahannam. Aku tidak tahu apakah akhirnya akan jatuh ke dalamnya ataukah akan terselamatkan".
Dia berkata: "Ya Ruhullah, sebabnya adalah: mulut mereka telah ditutupi oleh tali kekang api, dimana tali kekang tersebut dipegang oleh tangan para malaikat dengan kuat dan kencang sehingga menjadikannya sebagai wakil mereka. Sebenarnya aku ini tidak termasuk golongan mereka. Namun kerana aku berada di antara mereka, maka begitu azab ini terjadi atas mereka, akupun menjadi terseret ke dalamnya. Oleh kerana itulah aku bergelantungan pada sehelai rambut di samping jahannam. Aku tidak tahu apakah akhirnya akan jatuh ke dalamnya ataukah akan terselamatkan".
Setelah mendengar jawaban ini Hadhrat Isa As menghadap kepada khawariyyun dan bersabda: "Wahai para sahabatku, sesungguhnya memakan roti kasar dengan garam dan tidur di atas sampah, tetapi tetap mendapatkan keselamatan di dunia dan akhirat, merupakan sebuah kebaikan yang sangat besar, dan kalian harus menyedari dan menghargai kenikmatan ini".
Tidak terelakkan lagi bahwa apa yang dikatakan oleh laki-laki ini dengan keadaan perkampungannya tersebut kepada Hadhrat Isa As, persis sebagaimana keadaan kita dan keadaan para manusia pada zaman kita sekarang ini. Banyak dari kita yang bahkan tidak memiliki rasa takut hatta sedikitpun, sementara mereka memilikinya. Dan tentang kecintaan kita kepada dunia, panjangnya angan-angan kita, kelalaian serta sifat berpoya-poya kita, merupakan sebuah kondisi yang sangat jelas dan kita saksikan sendiri. Setiap orang yang melihat keadaan dirinya dan keadaan para penghuni zamannya, maka hal-hal di atas menjadi sangat jelas buat dirinya sendiri.
Betapa indahnya perumpamaan yang dikisahkan oleh para hukama bahawa keadaan kita, kelalaian, keangkuhan kita di dunia ini, sebenarnya persis seperti keadaan seorang lelaki yang berada di tengah sahara. Tiba-tiba ia melihat seekor harimau buas di belakangnya. Dengan segera laki-laki ini bersembunyi di samping sebuah sumur. Lelaki malang ini memiliki sebuah tali yang ia ikatkan di pinggang nya.
Lalu tali tersebut dia ikatkan pada sebatang ranting yang terletak di samping sumur sehingga dengan tali tersebut tubuhnya bisa menggelantung di tengah-tengah lobang sumur. Kemudian pada saat tubuhnya bergelantungan, dia menengok ke arah bawah sumur dan dia melihat seekor ular besar yang tengah membuka mulutnya. Ular itu menunggunya, dan ketika pada saatnya nanti dia jatuh dari tali tersebut, dengan segera ia menyantapnya.
Dalam kondisi seperti ini diapun mendapatkan dua ekor tikus yang berwarna hitam dan putih yang mulai menggerogoti tali yang terlilit di pinggangnya. Sementara pada saat yang bersamaan matanya tertuju pada sarang madu yang bercampur tanah yang terletak di samping sumur dengan begitu banyak lebah yang berkumpul di sekitarnya. Lelaki malang ini sejenak lupa dengan keberadaan tikus yang tengah menggerogoti tali pinggangnya tersebut. Bahkan diapun lengah dengan dirinya yang sebentar lagi akan jatuh ke dalam mulut ular. Pada kondisi seperti itu dia malah menyibukkan diri dengan memakan madu bercampur tanah tersebut dan bertengkar dengan lebah-lebah.
Siapa pun yang mendengar hikayat ini, pasti akan berkomentar bahawa betapa dungu dan tololnya lelaki tersebut. Bagaimana mungkin dalam kondisi seperti itu dia bisa lalai, dan bagaimana pula dia bisa menikmati madu tersebut, padahal seharusnya dia lebih mementingkan untuk mencari jalan keselamatan.
Sebenarnya, hikayat ini persis seperti keadaan kita, dimana dunia ini berada dalam posisi sumur. Ular naga yang sedang membuka mulutnya adalah ajal dan kematian serta kubur kita. Dua tikus yang berwarna hitam dan putih adalah malam dan siang yang sentiasa akan menggerogoti umur kita serta memutuskannya. Sementara madu yang bercampur tanah itu merupakan kelezatan duniawi yang termanifestasikan dalam kesulitan yang begitu banyak. Sedangkan lebah merupakan anak-anak dunia, dimana kita sentiasa bermusuhan dengan mereka kerana persoalan-persoalan dunia.
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )
No comments:
Post a Comment