Wednesday, August 17, 2011

Pelajaran ke 46 - 50

Pelajaran ke empat puluh enam: Riya’ ( Menunjuk-nunjuk )

Riya' merupakan salah satu akhlak yang buruk dan merupakan tempat kematian yang sangat besar bagi seseorang. Dalam begitu banyak kitab, ayat-ayat, sunnah dan riwayat terdapat begitu banyak celaan untuk sifat yang satu ini.
Dalam sebuah hadis  Nabi Saw dikatakan bahawa sifat yang paling dekat dengan riya' adalah syirik . Dalam riwayat lain beliau Saw bersabda bahawa pelaku riya' pada hari kiamat akan diseru dengan tiga panggilan: wahai kafir, wahai fajir (yang bermoral bejat), wahai ghadir (pengkhianat), wahai khasir (yang merugi), amalanmu rusak dan pahalamu batal. Hari ini kamu tidak mempunyai ganjaran lagi di sisi Kami, karena itu ambillah pahalamu dari orang-orang di mana kamu melakukan amalan ibadah tersebut untuk dipuji oleh mereka, hai penipu.
Dalam hadist lain disebutkan bahawa surga akan berbicara dan mengatakan bahwa "sesungguhnya aku diharamkan untuk orang-orang yang bakhil dan riya'".

Hadis yang mencela perbuatan riya' ini begitu banyak, dan cukuplah dalam keburukannya bahawa dalam segala amalan yang dimasukinya berdasarkan fatwa para fuqaha, amal tersebut akan menjadi batal dan akan jatuh dari derajat keterkabulannya.

Pelajaran ke empat puluh tujuh: Panjang angan-angan

Pada salah satu hadis mulia, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata: "Ada dua hal yang aku takutkan atas diri kalian, pertama: mengikuti hawa nafsu dan kedua: ber angan-angan panjang"

Yang dimaksud dengan panjang angan-angan adalah banyak berangan-angan, berkeinginan terlampau jauh serta terlalu berharap pada kehidupan dunia.
Penyebab hal tersebut adalah dua hal, iaitu:  Pertama: Jahil dan angkuh. Orang yang jahil sentiasa menyakini kemudaan dan kesehatan tubuhnya, ia tidak merasa yakin bahawa sebenarnya kematian itu bisa menjemputnya pada masa muda dan dalam keadaan sehat. Ketahuilah bahawa orang seperti ini telah lalai terhadap kematian kanak-kanak serta para remaja yang tak terhitung banyaknya, serta lalai dengan adanya berbagai macam penyakit yang muncul secara mendadak dan menimbulkan kematian yang tiba-tiba.

Kedua: Cinta dunia. Cinta kepada dunia dan kebendaan  itu dekat kepada kenikmatan dan kelazatan yang fana. Ketika manusia telah terjebak dalam kecintaan dan kedekatan seperti ini, maka perpisahan dengannya akan menjadi sesuatu yang mahal harganya, sehingga kerana hal ini dia tidak pernah berfikir lagi tentang kematian. Dan terkadang, apabila fikirannya secara selintas menuju ke arah kematian, maka dia akan segera mengalihkan perhatiannya pada hal-hal yang lainnya. Apabila sekali waktu ingatannya terpaku pada kehidupan akhirat, maka syaitan dan nafsu amarahnya akan menjanjikan sesuatu yang palsu kepadanya dengan mengatakan bahawa sekarang kamu masih berada pada awal umurmu.
Oleh karena itu pergunakanlah hal ini untuk bersuka ria, berpoya-poya dan sibukkanlah dirimu dengan mengumpulkan perlengkapan duniamu, ketika telah besar nanti, bertaubatlah serta persiapkanlah amalan-amalan untuk akhiratmu. Ketika telah menginjak usia dewasa, dia akan mengatakan: usiamu masih cukup muda, kamu masih mempunyai banyak waktu untuk sampai ke masa tuamu.
Kemudian masa tua pun tiba. Kali ini dia akan mengatakan: insya-Allah aku akan memperbaiki lahan ini terlebih dahulu atau mengatakan aku akan persiapkan anak gadisku ini untuk mengumpulkan peralatan rumah tangganya, atau aku akan memperindah rumahku, setelah itu baru aku akan melupakan dunia ini. Dengan demikian aku akan bisa dengan bebas mengepakkan sayap dan menyibukkan diri dengan beribadah.
Tetapi setiap kali pekerjaannya yang satu selesai, maka dengan segera dia akan menemukan pekerjaan yang baru. Dia hanya terhenti pada perkataan hari ini dan esok, hingga secara tiba-tiba sebuah seruan datang menghampirinya. Tuan fulan yang malang ini telah lalai bahwa janji yang akan diberikan untuk keesokan harinya tetap bersamanya dan apa yang dinamakan dengan terbebas dan mendapatkan waktu luang dari segala khayalan dan aktifitas dunia, tidak akan pernah ada hasilnya.

Yang dimaksud dengan pemilik waktu luang adalah orang yang sekaligus dalam satu waktu meninggalkan kesemua hal tersebut. Oleh karena itu, orang yang usianya telah sampai sekitar empat puluh tahun, apabila mereka masih berfikir tentang dunia, maka hal ini merupakan kelalaiannya dan merupakan tipuan syaitan, kerana sebenarnya hari-hari penuh keindahan dan masa mudanya telah lewat dan hari-hari bahagia dan sukarianya telah terlampaui. Sedangkan sekarang, setiap hari satu persatu anggota badannya mengalami kelumpuhan. Tetapi si malang ini masih saja lalai terhadap semuanya dan menyibukkan diri dalam fikiran-fikiran yang batil. "Wahai generasi yang telah mencapai usia empat puluh tahun, berhati-hatilah kalian, kerana sesungguhnya ladang telah dekat pada masa menuainya" .

Tak ada obat penyembuh dari panjang angan-angan ini selain dari kematian. Kerana membayangkan kematian, akan menyebabkan seseorang merasa sedih terhadap dunia dan akan membuat hati merasa kenyang terhadapnya.
Oleh karena itulah Hadhrat Rasul Saw bersabda: "Perbanyaklah dalam mengingat pencabut kelazatan" . Pada riwayat yang lain beliau bersabda bahawa tidak ada sebuah keluarga pun kecuali malaikat maut sebanyak lima kali dalam sehari semalam memeriksa waktu-waktu solat mereka .

Oleh karena itu wahai saudaraku yang mulia, pergilah sejenak ke perkuburan serta makam para sahabat, dan ambillah pelajaran serta ibrah pada apa yang dihamparkan di perkuburan. Dan berfikirlah tentang peristiwa dan perbincangan apa yang tengah terjadi di bawah tanah yang hanya berjarak dua jengkal dari kakimu.

Setelah itu berfikirlah sejenak tentang keadaan dirimu, kerana bagaimanapun juga engkau pun pasti akan seperti mereka. Umurmu pun pasti akan habis dan masa kematian akan mendatangimu dari arah mana pun, sementara para tabib tidak sanggup lagi menyembuhkanmu. Anggota badanmu akan berhenti dari aktivitinya, keringat kematian akan muncul di dahimu dan malaikat maut dengan perintah dari Tuhan telah datang, mahu ataupun tidak mahu, cengkeraman kematian akan menancap pada tubuhmu yang telah lemah, lalu membuat jarak antara jasad dengan ruhmu.
 Setelah itu sahabat-sahabat serta saudara- saudaramu akan membuat teriakan sesal dan kesedihan, sehingga tangisan para saudara dan teman-temanmu pun dimulai. Tak lama setelah itu, mereka akan menaikkanmu pada sebuah keranda serta memenjarakanmu pada sebuah lobang dan meninggalkanmu di sana sendirian tanpa teman dengan segala kengerian.
Pada saat itulah engkau akan menyesali hari-hari kehidupanmu, kemudaan dan kesehatan serta waktu luangmu di dunia, kerana apa yang telah engkau peroleh, kini telah hilang dari tanganmu dan engkau tidak menyimpannya sedikit pun untuk akhiratmu.

Pelajaran ke empat puluh lapan : Redha ( rela )

Yang dimaksud dengan redha dan rela adalah meninggalkan kecaman dan tidak memprotes takdir Ilahi, baik secara lahir mahu pun batin, secara lisan mahu pun perbuatan. Orang yang telah mencapai peringkat ini akan sentiasa bahagia, nikmat, mulia dan tenang.
Baginya tidak ada perbezaan sama sekali antara fakir dan kaya, senang ataupun susah, mulia ataupun hina dan sehat ataupun sakit. Kerana dia mengetahui bahawa segala sesuatunya berasal dari Allah SWT. Dan dengan kecintaan dan kasih sayangNya yang telah tercerap dalam hatinya telah menyebabkannya begitu mencintai segala perbuatanNya, dan dia merasa senang dengan segala apa yang sampai padanya sebagaimana kehendakNya.

Ketahuilah bahawa sabar dan redha merupakan pemimpin semua ketaatan.
Telah dinukilkan dari Hadhrat Shadiq As. Beliau berkata:  "Aku hairan terhadap apa yang dilakukan oleh seorang muslim, kerana esungguhnya Allah tidak akan mentakdirkan sebuah persoalan pun baginya melainkan untuk kebaikannya (apabila badannya telah terpotong-potong kerana penyakit yang dideritanya, hal inipun adalah untuk kebaikannya dan) apabila malaikat barat dan timur telah diberikan keadaannya, ini pun untuk kebaikannya".

Dalam sebuah hadis qudsi Allah SWT berfirman:  "Akulah Tuhan yang tidak ada Tuhan selain Ku. Barang siapa yang tidak sabar dengan musibahKu dan tidak redha dengan qada Ku serta tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat Ku, maka silakan mencari tuhan yang sepertiKu".

Ketahuilah bahawa buah dari redha adalah kecintaan dan kasih sayang. Hal itu dapat diperoleh dengan berusaha meraih kecintaan dan kasih sayang Allah, sentiasa berfikir, berzikir dan melakukan segala sesuatu yang menyebabkan tercurahnya kasih sayang Ilahi.
Selain dari itu, hendaklah dia memikirkan apa yang akan terjadi dengan ketidakredhaannya dan apa manfaat dari ketidaksukaan serta kemarahannya. Kerana sesungguhnya hal semacam ini tidak akan pernah mengubah qada dan takdir untuknya. Di samping itu tidak akan terjadi perubahan atas apa yang telah terjadi dengan alasan untuk kebahagiaan hatinya. Ketidaktenangannya tidak akan pernah memberikan manfaat yang lain selain akan melemahkan dan menghancurkan kehidupannya dan mengambil berkahnya waktu.

Para pencari derajat redha itu sentiasa memperhatikan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berada dalam ketinggian maqam para pemilik bencana. Ketahuilah bahawa segala kesulitan pada masa lalu merupakan harta karun untuk masa kini, dan setiap kesedihan merupakan ketenangan untuk masa selanjutnya.
Oleh kerana itu wahai saudaraku yang budiman, berharaplah dengan pahala dari Allah SWT, kerana kesejatian seorang lelaki itu dengan menapaki perjalanan musibah dan bencana dengan langkah ketenangan dan kesabaran sehingga kesulitan yang didapatkan pada perjalanan ini akan menjadi mudah dan ringan baginya.
Sebagaimana orang yang sakit mampu menahan sakitnya ketika dilakukan hijamat (bekam) dan rasa pahit obat. Hendaklah diketahui bahawa tidak terdapat  pertelingkahan antara redha dengan do'a, karena kita telah diperintahkan untuk berdo'a oleh syari'at. Sedangkan Allah Yang Maha Tahu menghendaki do'a dari kita dan Dia membuatnya menjadi sebuah kunci kebahagiaan dan hajat.

Pelajaran ke empat puluh sembilan: Sabar

Sabar ialah tidak panik dalam menghadapi petaka dan musibah. Kebalikan dari keadaan ini adalah tidak mempunyai kesabaran dalam menghadapi musibah. Dengan ungkapan lain: melepaskan diri dari tali kekang musibah dan petaka yang menimpanya dengan berteriak, mengeluh, meratap, merobek pakaian, memukul-mukul diri bahkan dengan berburuk muka dan seterusnya yang kesemuanya ini akan menjadi penyebab bagi lemahnya jiwa.

Sabar terdiri dari beberapa bahagian seperti sabar dalam perang yang muncul dari orang-orang pemberani, sabar dalam kemarahan yang hal ini merupakan hilm, sabar menghadapi sulitnya ketaatan, sabar atas tuntutan syahwat dan selainnya. Pada hakikatnya kebanyakan dari akhlak yang mulia sentiasa berada dalam ujian kesabaran.
Posisi sabar berada dalam derajat yang tinggi. Allah SWT akan memberikan kebaikan lebih banyak kepada orang-orang yang sabar, dan kebanyakan dari derajat-derajat surga berkaitan dengan mereka.

Lebih dari tujuh puluh pembahasan telah disebutkan dan telah dibuktikan tentang begitu banyaknya sifat-sifat para sabirin di mana telah diletakkan bagi mereka selawat, rahmat dan hidayat serta pahala yang besar itu telah sampai kepada mereka.

Telah disentuh di dalam hadis-hadis tentang begitu banyaknya keutamaan bagi orang-orang yang sabar. Telah diriwayatkan bahawa posisi sabar di dalam iman seseorang itu sebagaimana posisi kepala terhadap badan manusia. Seseorang yang tidak mempunyai kepala pasti tidak mempunyai badan. Demikian juga orang yang tidak memiliki kesabaran, berarti dia tidak mempunyai iman.

Metode untuk memperoleh jenjang-jenjang kesabaran adalah dengan memperhatikan beberapa persoalan di bawah ini:

Pertama: Perbanyaklah mempelajari hadis-hadis yang membahas tentang keutamaan-keutamaan bala dan musibah dunia, dan perhatikanlah bahawa berhadapan dengan setiap musibah akan menaikkan derajat atau menghilangkan kejahatan dalam diri seseorang. Yakinlah bahawa tidak akan ada kebaikan pada seseorang yang mendapatkan musibah tanpa adanya kesusahan.

Kedua: Berfikirlah bahawa masa musibah sangatlah pendek, hanya sekejap dan segera setelah itu akan terbebas, lalu kembali ke rumah yang damai untuk beristirehat.

Ketiga: Berfikirlah terhadap manfaat dari ketidaksabaran dan panik, meski apa pun yang menjadi takdir akhirnya akan terjadi. Ketahuilah bahawa ketidaksabaran tidak akan memberikan keuntungan sama sekali, dan apa yang telah terjadi tidak akan bisa diubah meskipun mereka telah menentukannya. Bahkan, ketahuilah bahawa ketidaksabaran dan panik justru akan menghancurkan pahala seseorang dan akan menjatuhkan sifat kesabaran yang dimilikinya.

Keempat: Perhatikanlah keadaan orang-orang yang telah tertimpa bala dan musibah yang lebih berat dan lebih pahit dari dirimu.

Kelima: Ketahuilah bahawa bala dan musibah merupakan dalil dari keutamaan dan kebahagiaan seseorang.

Keenam: Ketahuilah bahawa orang-orang yang redha terhadap musibah akan mendapatkan kesempurnaan.

Ketujuh: Berfikirlah bahawa musibah yang terjadi itu berasal dari Haq Ta'ala dimana Dia merupakan paling dekatnya sahabat yang tidak menginginkan sesuatu dari engkau selain kebaikan dan kebenaranmu.

Kelapan: Ikutilah perilaku para muqarrabin dan perhatikanlah musibah yang menimpa mereka serta lihatlah kesabaran mereka dalam menghadapi musibah tersebut, sehingga hal ini akan memunculkan kesabaran dan potensi ruh dalam dirimu.

Dan ketahuilah bahawa yang dimaksud dengan sabar adalah sebagaimana yang telah disebutkan pada awal pembahasan. Tetapi sedihnya hati serta keluarnya air mata merupakan tuntutan insan, dan hal ini tidak akan mengeluarkannya dari batas kesabaran. Contoh dari hal ini adalah orang yang sakit rela untuk di-hijamat (dibekam ), tetapi dia tetap terpengaruh oleh rasa sakit yang ditimbulkan oleh hijamat tersebut.

Pelajaran ke lima puluh: Syukur

Syukur atas nikmat ialah mengenali si mun'im (pemberi nikmat)-nya, dan merasa bahagia terhadap nikmat tersebut serta menggunakannya dalam hal-hal yang diredhai oleh mun'imnya.
Posisi syukur lebih mulia dari posisi orang-orang yang beruntung, dan merupakan faktor pemberangus musibah serta akan menyebabkan bertambahnya kenikmatan. Oleh kerana itulah syukur merupakan suatu hal yang diperintahkan dan sangat ditekankan.
Allah SWT. berfirman: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih".
Dari ayat ini dan dari hadis-hadis yang muktabar diketahui bahawa para pengingkar nikmat yang menolak untuk bersyukur akan menyebabkan mereka mendapatkan kemalangan pada hari pembalasan dan akan menyebabkan tidak tercurahnya rezki serta akan menjadikan kelambatan turunnya nikmat di dunia.
Makna syukur adalah menggunakan nikmat di mana dalam menggunakannya terdapat keredhaan Mun'im. Oleh kerananya, merupakan hal yang mustahak bagi para pensyukur nikmat untuk mengenali segala sesuatu dimana keredhaan Ilahi terdapat di dalamnya serta terdapatnya pengetahuan terhadap persoalan-persoalan yang makruh dan melanggar keredhaan Ilahi, sehingga dengan hal ini mereka mampu untuk mensyukuri serta meninggalkan pengingkaran terhadapanya.
Metode yang bisa dipergunakan untuk menemukan rangkaian dari segala yang dicintai oleh Allah, dan segala yang dimakruhkanNya adalah dengan mengenal agama yang muqaddas, dimana segala sesuatu yang menyebabkan keredhaanNya atau yang melanggar keredhaanNya terangkum secara keseluruhan di dalamnya. Posisi pertama adalah hal-hal yang wajib dan mustahab dan pada posisi kedua adalah hal-hal yang makruh dan haram. Oleh kerana itu barang siapa yang tidak mempunyai informasi terhadap serangkaian hukum-hukum syari'at suci ini di dalam amalan dan perbuatan-perbuatannya, bererti dia tidak mempunyai kemampuan untuk melaksanakan hak syukur kepada Allah SWT.
Ketahuilah bahawa cara untuk bersyukur kepada Allah terpaku pada beberapa hal:
Pertama: Melihat kepada yang lebih rendah darinya dalam persoalan-persoalan yang berhubungan dengan keduniaan, dan melihat kepada yang lebih tinggi dalam persoalan-persoalan agama.
Kedua: Memperhatikan keadaan orang-orang yang telah meninggal, serta berfikir bahawa akhir yang sesuai buat mereka adalah dikembalikannya mereka ke dunia ini sehingga mereka bisa melakukan amal yang baik di dunia. Oleh kerana itu, misalkanlah dirimu pada posisi mereka dan berimajinasilah bahawa hal ini bisa terjadi dan bisa kembali lagi ke dunia.
Ketiga: Ingatlah apa yang telah terjadi pada dirimu dengan melihat musibah-musibah dan penyakit-penyakit yang mematikan yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh. Oleh kerana itu, hargailah sebaik mungkin terbebasnya dari kesemua itu.
Keempat: Syukurilah segala musibah yang terjadi pada dirimu, kerana sebenarnya engkau tidak mengalami musibah yang lebih berat dari itu, atau bersyukurlah kerana musibah tidak sampai pada agamamu.
Kelima: Perdalamlah pengenalan terhadap Tuhanmu, dan bertafakkurlah dalam ciptaan Ilahi serta segala keragaman nikmat lahir mahu pun batin dimana kesemuanya itu lebih banyak dari apa yang telah engkau dapatkan. Allah SWT berfirman: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah, maka tidaklah kamu dapat menghitungnya".

PENUTUP.

Ketahuilah bahawa untuk mensucikan jiwa dari sifat-sifat yang rendah dan tercela serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang indah serta terpuji, terdapat beberapa hal penting yang perlu untuk dilakukan:

Pertama: Sentiasa mempertahankan serta mengaplikasikan diri dengan amalan-amalan yang merupakan pengaruh dari sifat-sifat terpuji, dan mahu tidak mahu memacu jiwa kepada  aktiviti-aktiviti  yang melahirkan sebuah sifat yang merupakan tuntutan edukasinya atau berada dalam intensi keabadian dan penjagaan terhadapnya.

Kedua: Sentiasa melakukan perenungan terhadap kondisi dan memberikan atensi terhadap amalan serta aktiviti diri. Pada setiap amalan yang hendak dilakukan, terlebih dahulu harus merenungkannya sehingga tidak akan ada kontradiksi dengan urgensi penempatan kebaikan, dan tidak lalai dari keadaan dirinya dalam segala kondisi. Bahkan setiap hari dan malam hendaknya membuka buku amalannya serta melakukan perhitungan dari kepala hingga kakinya dan meneliti serta mengamati apa yang telah muncul dan telah dia lakukan. Apabila merupakan suatu amalan yang baik dan terpuji, maka hendaklah bersyukur. Dan apabila merupakan amalan yang berada dalam keburukan, maka hendaknya bertaubat serta melakukan kontemplasi tentangnya.

Ketiga: Menghindarkan hal-hal yang membuat semakin bangkitnya potensi syahwat atau kemarahan, misalnya: menghindarkan mata, telinga dan hati dari melihat, mendengar dan membayangkan segala sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan kemarahannya. Berusahalah untuk semakin banyak menjaga hati dari khayalan terhadapnya.

Keempat: Jangan tertipu dengan nafsu sendiri, dan sama sekali janganlah menganggap apa yang dilakukannya itu benar, dan berusahalah untuk semakin banyak mencari aib dan cacat diri, serta berusahalah dengan pandangan yang cermat untuk mencari keburukan diri yang tersembunyi. Ketika berhadapan dengan sesuatu darinya, maka berusahalah untuk menghilangkannya.
Ketahuilah bahawa setiap nafsu dan jiwa adalah pencinta dari sifat dan aktifitasnya sendiri. Oleh kerana itu amalan serta aktifitasnya senantiasa benar dalam pandangannya. Orang semacam ini tidak akan pernah bangkit tanpa terlebih dahulu berfikir dan meneliti kekurangan dirinya. Dan sebaiknya meminta bantuan dari orang-orang yang bisa dipercaya dan para sahabatnya untuk meneliti kekurangan dan aib dirinya. Hendaknya sentiasa menunggu apa yang ditampakkan oleh para musuh serta lawannya dalam mengungkap kekurangannya. Setelah itu berusaha untuk meredam dan menghilangkannya.
Dan sebaiknya menjadikan apa yang dikatakan oleh orang lain sebagai refleksi dari penampakan aib dirinya. Oleh kerana itu, hendaklah berfikir positif terhadap apa yang keluar dari mereka serta menganggap buruk amalnya tersebut. Dan ketika berhadapan dengan keburukan segala sesuatu, dia tetap mengetahui meskipun amalan tersebut keluar darinya, amalan tersebut tetap merupakan amalan yang buruk. Dan ketika berhadapan dengan kebaikan di mana amalan tersebut pun berasal darinya, maka tetap pula menganggapnya sebagai sebuah amalan kebaikan. Oleh karena itu berusahalah untuk memberanguskan keburukan diri dan bertekadlah untuk mencari etika yang hasanah.

Kelima: Menganggap penting untuk menghindarkan diri dari percakapan-percakapan yang buruk serta jahat. Dan menganggap bahawa menjauhkan diri dari teman sebangku yang berakhlak buruk adalah sebagai suatu kewajiban, dan sebaliknya hendaklah sentiasa melakukan percakapan dengan para orang-orang yang memiliki akhlak terpuji serta para petinggi agama, kerana majlis serta percakapan dengan setiap orang akan memberikan pengaruh yang sangat besar terhadap dirinya. Sebagaimana karakter seorang pencuri yang sentiasa mengambil secara paksa apa saja yang dia lihat dari orang lain.
Dalam sebuah sya'ir dikatakan:
Kerana duduk dengan orang-orang tercela,
Putera Nuh telah kehilangan keturunan nubuwwahnya.
Tetapi, kerana hanya beberapa hari bersama orang-orang mulia,
anjing Ashabul Kahfi telah berubah menjadi manusia.

Selain itu, barang siapa yang berkumpul dengan para pelaku maksiat, bererti dia telah bersama dalam azab mereka dan terbakar bersama api mereka. Allah Swt. berfirman:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka".

Untuk menegaskan betapa besarnya pengaruh yang akan ditimbulkan oleh berkumpul dengan para pelaku maksiat, kami akan menukilkan sebuah hadis mulia yang di dalamnya terangkum serangkaian manfaat agung, dan dengan ini pula kami akan menutup risalah ini.

Syeikh Kulainy ra telah meriwayatkan sebuah hadist dari Imam Shadiq As, beliau As bersabda:  "Suatu hari Hadhrat Isa Al Masih As melewati sebuah perkampungan di mana penghuninya, burung-burung dan haiwan-haiwan, seluruhnya telah mati. Hadhrat Isa melihat pemandangan semacam ini bersabda kepada para khawariyyun: "Lihatlah, penghuni perkampungan ini telah mati karena azab Allah SWT. Seadainya mereka mati pada waktu yang berbeda pasti di antara mereka akan saling menguburkan yang lainnya"

Khawariyyun yang merupakan sahabat-sahabat khusus Hadzrat Isa As bertanya kepada beliau: "Wahai Ruhullah, mintalah kepada Allah SWT agar Dia menghidupkan mereka kembali, supaya mereka memberitahukan kepada kami amalan seperti apakah yang telah menyebabkan mereka mendapatkan azab seperti ini, sehingga kami bisa menghindari perbuatan tersebut".

Memenuhi permohonan mereka, Hadhrat Isa As berdo'a dan memohon kepadaNya. Tidak lama kemudian muncullah suara yang mengatakan untuk memanggil penghuni perkampungan tersebut.
Pada malam harinya Hadhrat Isa As pergi menuju ke tempat yang tinggi dan bersabda: "Wahai penghuni kampung!", lalu salah seorang penghuni kampung menjawab: "Labbaika, ya Ruhullah". Kemudain Isa Kalimatullah bersabda: "Katakan, apakah yang telah kalian lakukan di dunia?"
Dia berkata: "Kami beribadah kepada thaghut, bersahabat dengan dunia tanpa rasa takut kecuali sedikit, mempunyai harapan yang panjang dan lalai serta sibuk dengan berpoya-poya"

Isa As bersabda: "Hingga seberapakah kecintaan kalian kepada dunia?".
Dia berkata: "Kecintaan kami kepada dunia sebagaimana kecintaan seorang anak kepada ibunya. Setiap kali mereka menghampiri kami, maka kami sangat gembira menyambutnya, dan setiap kali mereka membelakangi kami, maka kami menangis dan bersedih hati".

Al-Masih As bersabda: "Bagaimanakah ibadah kalian kepada thaghut?".
Dia menjawab: "Kami mentaati para pelaku maksiat, iaitu dalam semua persoalan batil, dan setiap kali kami ditugaskan untuk itu, kami sentiasa mentaatinya".
Isa As bersabda: "Lalu apakah yang kalian peroleh dari penugasan tersebut?".
Dia berkata: "Malam hari kami dapat tidur dengan nyenyak dan lelap, tetapi pada keesokan harinya kami melihat diri kami berada di dalam neraka".

Isa As bersabda: "Apakah neraka itu".Dia menjawab: "Adalah sijjin".
Isa As bersabda: "Lalu apakah sijjin itu?"
Dia menjawab: "Adalah gunung-gunung yang berasal dari api yang sentiasa akan tertumpahkan apinya kepada kami hingga hari kiamat".

Isa bersabda: "Lalu apa yang kalian katakan dan apa jawaban yang diberikan kepada kalian".
Dia menjawab: "Kami berkata bahwa kembalikanlah kami ke dunia hingga kami hidup dengan zuhud dan sederhana, dan jawaban atas kami adalah kalian adalah pembohong".

Isa As bersabda: "Apa sebabnya kok hanya kamu yang dapat bercakap-cakap denganku di antara mereka yang ada?".
Dia berkata: "Ya Ruhullah, sebabnya adalah: mulut mereka telah ditutupi oleh tali kekang api, dimana tali kekang tersebut dipegang oleh tangan para malaikat dengan kuat dan kencang sehingga menjadikannya sebagai wakil mereka. Sebenarnya aku ini tidak termasuk golongan mereka.
Namun kerana aku berada di antara mereka, maka begitu azab ini terjadi atas mereka, akupun menjadi terseret ke dalamnya. Oleh kerana itulah aku bergelantungan pada sehelai rambut di samping jahannam. Aku tidak tahu apakah akhirnya akan jatuh ke dalamnya ataukah akan terselamatkan".

Setelah mendengar jawaban ini Hadhrat Isa As menghadap kepada khawariyyun dan bersabda: "Wahai para sahabatku, sesungguhnya memakan roti kasar dengan garam dan tidur di atas sampah, tetapi tetap mendapatkan keselamatan di dunia dan akhirat, merupakan sebuah kebaikan yang sangat besar, dan kalian harus menyedari dan menghargai kenikmatan ini".

Tidak terelakkan lagi bahwa apa yang dikatakan oleh laki-laki ini dengan keadaan perkampungannya tersebut kepada Hadhrat Isa As, persis sebagaimana keadaan kita dan keadaan para manusia pada zaman kita sekarang ini. Banyak dari kita yang bahkan tidak memiliki rasa takut hatta sedikitpun, sementara mereka memilikinya. Dan tentang kecintaan kita kepada dunia, panjangnya angan-angan kita, kelalaian serta sifat berpoya-poya kita, merupakan sebuah kondisi yang sangat jelas dan kita saksikan sendiri. Setiap orang yang melihat keadaan dirinya dan keadaan para penghuni zamannya, maka hal-hal di atas menjadi sangat jelas buat dirinya sendiri.

Betapa indahnya perumpamaan yang dikisahkan oleh para hukama bahawa keadaan kita, kelalaian, keangkuhan kita di dunia ini, sebenarnya persis seperti keadaan seorang lelaki yang berada di tengah sahara. Tiba-tiba ia melihat seekor harimau buas di belakangnya. Dengan segera laki-laki ini bersembunyi di samping sebuah sumur. Lelaki malang ini memiliki sebuah tali yang ia ikatkan di pinggang nya.
Lalu tali tersebut dia ikatkan pada sebatang ranting yang terletak di samping sumur sehingga dengan tali tersebut tubuhnya bisa menggelantung di tengah-tengah lobang sumur. Kemudian pada saat tubuhnya bergelantungan, dia menengok ke arah bawah sumur dan dia melihat seekor ular besar yang tengah membuka mulutnya. Ular itu menunggunya, dan ketika pada saatnya nanti dia jatuh dari tali tersebut, dengan segera ia menyantapnya.
Dalam kondisi seperti ini diapun mendapatkan dua ekor tikus yang berwarna hitam dan putih yang mulai menggerogoti tali yang terlilit di pinggangnya. Sementara pada saat yang bersamaan matanya tertuju pada sarang madu yang bercampur tanah yang terletak di samping sumur dengan begitu banyak lebah yang berkumpul di sekitarnya. Lelaki malang ini sejenak lupa dengan keberadaan tikus yang tengah menggerogoti tali pinggangnya tersebut. Bahkan diapun lengah dengan dirinya yang sebentar lagi akan jatuh ke dalam mulut ular. Pada kondisi seperti itu dia malah menyibukkan diri dengan memakan madu bercampur tanah tersebut dan bertengkar dengan lebah-lebah.

Siapa pun yang mendengar hikayat ini, pasti akan berkomentar bahawa betapa dungu dan tololnya lelaki tersebut. Bagaimana mungkin dalam kondisi seperti itu dia bisa lalai, dan bagaimana pula dia bisa menikmati madu tersebut, padahal seharusnya dia lebih mementingkan untuk mencari jalan keselamatan.

Sebenarnya, hikayat ini persis seperti keadaan kita, dimana dunia ini berada dalam posisi sumur. Ular naga yang sedang membuka mulutnya adalah ajal dan kematian serta kubur kita. Dua tikus yang berwarna hitam dan putih adalah malam dan siang yang sentiasa akan menggerogoti umur kita serta memutuskannya. Sementara madu yang bercampur tanah itu merupakan kelezatan duniawi yang termanifestasikan dalam kesulitan yang begitu banyak. Sedangkan lebah merupakan anak-anak dunia, dimana kita sentiasa bermusuhan dengan mereka kerana persoalan-persoalan dunia.
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke 41 - 45

Pelajaran ke empat puluh satu: Ghibah

Ghibah atau menggosip adalah mengatakan sesuatu yang tidak ada pada diri seseorang dengan maksud untuk menjelekkannya atau mencari kekurangannya, di mana apabila orang tersebut mendengar perkataannya ini, dia tidak akan senang, bahkan akan merasa sedih dan tidak rela dengan perkataan tersebut.
Baik apa yang dikatakan kepadanya tersebut merupakan kekurangannya yang terdapat di tubuhnya, keturunannya, sifatnya, perbuatannya ataupun perkataannya, ataupun pada segala sesuatu yang berhubungan atau berkaitan dengannya.
Sebagaimana dikatakan dalam hadis Rasulullah Saw, belaiu bersabda: Apakah kalian tahu apakah ghibah itu? Mereka menjawab: Ya Rasulullah, Allah dan Utusan Nya Saw lah yang lebih mengetahuinya!. Beliau bersabda: "Ghibah ialah: seseorang menyebut-nyebut saudaranya dengan sesuatu yang akan membuatnya tidak senang". Salah seorang dari mereka bertanya" Ya Rasulullah apabila sifat tersebut betul-betul ada bersamanya, apakah hal ini tetap merupakan suatu keburukan?" Beliau menjawab: "Apabila kekurangan tersebut ada padanya maka hal ini merupakan ghibah, dan apabila tidak ada padanya maka hal ini merupakan fitnah" .
Dan tidak ada perbedaan antara ghibah yang dilakukan dengan sindiran atau yang langsung, bahkan bisa jadi sindiran itu lebih buruk, dan pendengar ghibah berada dalam hukum pelaku ghibah.
Ketahuilah bahwa ghibah merupakan paling besarnya bahaya, dan menurut pendapat semua ulama Islam dan sesuai dengan apa yang ditegaskan dalam kitab dan sunnah, hal ini merupakan perbuatan yang telah jelas keharamannya.
Dari hadis yang begitu banyak dapat difahami bahwa ghibah itu lebih buruk dari pada berzina . Dan ghibah akan memakan kebaikan yang ada sebagaimana api membakar kayu . Allah SWT tidak akan mengabulkan solat dan puasa pelaku ghibah hingga empat puluh hari empat puluh malam.
Begitu banyak hadis-hadis yang menjelaskan betapa tercelanya perbuatan ini. Dan penyakit yang sangat berbahaya ini tidak akan bisa sembuh kecuali dengan merujuk kepada ayat-ayat dan hadis-hadis yang mencela perbuatan ini.
Kemudian fikirkanlah dan bertafakkurlah dalam masalah ini bahawa apabila seseorang melakukan ghibah atasmu di sampingmu, apakah engkau tidak akan kecewa dan marah? Sebagaimana engkau tidak akan rela untuk dirimu sendiri dalam hal yang tidak engkau sukai. Hendaklah engkau memperhatikan apa-apa yang engkau ucapkan dan berfikir dalam percakapan. Sumber ghibah itu biasanya muncul dalam bentuk kemarahan, perpecahan, sindiran, hasad, candaan murni, lelucon atau dengan maksud mengejek, mencemoh, bangga dan semisalnya.
Pelajaran ke empat puluh dua: Bohong

Ayat-ayat dan hadis-hadis yang menyebutkan tentang keburukan dari sifat ini begitu banyak. Dalam salah satu hadis Rasulullah Saw bersabda: Setiap kali para mukmin berkata bohong tanpa adanya halangan syar'i, maka tujuh puluh ribu malaikat akan melaknatnya dan akan keluar bau yang sangat busuk dari hatinya dan dalam keadaan seperti itulah dia akan naik ke atas hingga sampai ke arsy Ilahi. Maka akan dilaknatlah dia oleh para penjaga 'arsy. Allah SWT iaitu dengan perantaraan satu kebohongan ini, akan menuliskan tujuh puluh zina atasnya dimana paling rendahnya zina tersebut adalah seperti melakukan zina dengan ibunya sendiri.
Dari hadis  yang lainnya dapat difahami bahwa pembohong tidak mempunyai iman, dan wajahnya berwarna hitam . Berbohong itu lebih jelek dari meminum minuman keras .
Bohong merupakan kunci sebuah rumah di mana seluruh keburukan berada di dalamnya . Dan bohong merupakan paling buruknya riba, mewariskan fakir dan lupa dan mengambil wajah insaniyah pelakunya . Para pembohong akan diazab dengan azab yang khusus di dalam kuburnya .
Pembohong mempunyai kelembutan hati yang lebih sedikt dibanding segala makhluk yang ada , dan masih begitu banyak lagi kalimat-kalimat yang menjelaskan tentang keburukan dari berkata-kata bohong.
Cara untuk melepaskan diri dari keburukan ini adalah dengan merujuk kepada ayat-ayat dan hadis-hadis yang mencela perbuatan tesebut. Di samping itu juga hendaknya berfikir bahawa berbohong akan menyebabkan kematian yang abadi dan akan menyebabkan hilangnya rasa malu seseorang, kehinaan dan sumber dari jatuhnya harga diri serta kepercayaan.
Cukuplah dalam sebab-sebab ketiadaan rasa malu dengan apa yang telah dikatakan dalam hadis di mana Allah Ta'ala meletakkan penyakit lupa pada pelakunya . Persoalan ini telah sampai pada pengalaman di mana dalam perumpamaan globalnya dikatakan bahwa pembohong tidak mempunyai ingatan.
Ketahuilah bahawa berkata bohong sebagaimana sabetan pedang, apabila terdapat luka kerananya maka luka tersebut akan tetap meninggalkan bekasnya. Kerana saudara-saudara Yusuf As menampakkan aib kebohongannya maka tidak ada kepercayaan dalam perkataan mereka yang benar.
Allah SWT berfirman: " Ya'kub berkata: "Sesungguhnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (buruk ) itu, maka kesabaran yang baik itulah kesabaranku"
Dan ketahuilah, bahawa lawan dari berbohong adalah jujur dan berkata benar. Hal ini merupakan sifat yang baik dan merupakan pemimpin akhlak yang terpuji. Allah SWT berfirman dalam salah satu ayatnya: "Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang benar"

Dari Hadhrat Shadiq As diriwayatkan bahawa beliau berkata "Janganlah engkau melihat seseorang pada lama dan panjangnya rukuk serta sujudnya, kerana biasa jadi hal itu dia lakukan kerana kebiasaannya yang apabila dia meninggalkannya, dia akan merasa tidak nyaman. Tetapi lihatlah seseorang itu pada benar tidaknya perkataannya dan bagaimana dia mengembalikan amanat yang berada di tangannya" .
Pelajaran ke empat puluh tiga: Bahaya lisan

Tidak disangkal lagi mengenai banyaknya bahaya akibat dari melakukan ghibah, fitnah, bohong, mencemoh, berdebat, riya, melawak, ikut campur dalam percakapan, kata-kata kasar dan sebagainya. Dan semua itu merupakan kerusakan dan keburukan yang bersumber dari lisan. Bahaya yang timbul dari anggota badan yang satu ini bagi seluruh anggota badan seseorang, sangat banyak dan bermacam-macam.
Lisan merupakan alat dan saranan yang paling ampuh bagi syaitan untuk menyesatkan bani Adam dan umat manusia. Syaitan tidak tinggal diam dan sentiasa berusaha menyeret manusia ke dalam kesesatan dan kehancuran dengan berbagai usaha dan saranan, di antaranya adalah dengan jalan lisan manusia.
Dalam hadis  Nabawi Saw telah diriwayatkan baahwa satu alat yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka jahanam adalah lisan dan kemaluannya . Di dalam riwayat lainnya beliau bersabda bahawa barang siapa yang terjaga dari keburukan perut, kemaluan dan lisannya, maka sesungguhnya dia telah terjaga dari seluruh keburukan.
Di dalam sebuah riwayat Hadhrat Imam Ja'far As berkata  bahawa tidak ada satu hari pun kecuali pada hari itu setiap anggota badan mampu bercakap dan berkata kepada manusia: aku bersumpah kepada Allah, janganlah engkau jatuhkan kami ke dalam azab.
Dalam riwayat lainnya setiap anggota badan itu berkata: takutlah kepada Allah dalam hak kami, kerana apabila kamu benar mengatakannya, maka kamipun akan mengatakannya dengan benar, dan apabila kamu menyimpang, maka kami semua akan menyimpang.

Ketahuilah bahawa kebanyakan dari kesulitan-kesulitan dan kerusakan duniawi itu bersumber dari lisan. Sedangkan lawan dari keburukan lisan adalah diam dan tidak brcakap apa-apa. Diam merupakan hiasan bagi para alim dan tirai bagi para jahil. Kerana diam merupakan sebuah pintu dari pintu-pintu hikmah.
Rasulullah Saw bersabda dalam sebuah hadis: Barang siapa yang diam, maka sesungguhnya dia telah terselamatkan. Dalam sebuah wasiat, Lukman al-Hakim berkata kepada putranya: Apabila engkau banyak memberi nasihat, maka ucapanmu itu adalah perak. Ketahuilah bahwa diam adalah emas.

Oleh karena itu wahai saudaraku yang mulia, biasakanlah dirimu sebisa mungkin untuk sentiasa diam. Janganlah engklau meremehkan faedah yang terkandung di dalamnya. Ketahuilah bahawa orang-orang yang dungu itu bukanlah mereka yang diam. Apabila engkau diam dan mengetahui maslahat darinya, maka engkau bukan termasuk orang yang dungu. Justru di sinilah letak kebijaksanaanmu.
Pelajaran ke empat puluh empat: Huburriyasah ( Cinta kekuasaan )

Hakikat kekuasaan adalah memegang tampuk kepemimpinan kalbu rakyat dan menjadikan dirinya sebagai pemilik hati mereka. Hal ini tidak kosong dari berbagai bahaya yang sangat fatal.
Persoalan kekuasaan dapat menyebabkan keburukan dan kerusakan yang teramat besar serta akan menghasilkan kerugian duniawi dan ukhrawi. Hal itu akan terjadi apabila pemilik kekuasaan dan pangkat mengarahkan sasarannya untuk memaksa orang-orang yang keras kepala dan sentiasa takut terhadap hina dan kemuliaan dirinya, setiap saat fikirannya akan sentiasa berada dalam cengkeraman fikiran yang batil.
Penguasa semacam itu dari satu sisi, otak dan fikirannya disibukkan dengan berbagai aturan, undang-undang dan kewajiban-kewajiban yang harus dia susun untuk para budak dan pengikutnya, dan pada saat yang lain pikirannya disibukkan bagaimana cara menumpuk kekayaan kebendaan  sebanyak-banyaknya dan memperoleh reputasi di mata masyarakat setinggi-tingginya.
Waktu-waktunya sentiasa diisi dan dihiasi dengan basa-basi dan penyambutan yang tanpa henti, dan umurnya dihabiskan untuk melakukan nifak di sana-sini. Dia tidak dapat tidur pada malam hari dan tidak pula beristirehat dan tenang pada siang hari. Wal 'iyadzu Billah……
Pelajaran ke empat puluh lima: Khumul ( Tak ingin dikenal )

Khumul -salah satu cabang dari sifat zuhud- merupakan sifat terpuji para muqarrab mukmin dan merupakan indikasi calon-calon penghuni surga. Dan Allah SWT mencintai orang-orang yang memiliki sifat seperti ini. Bahkan pada sebahagian riwayat (di dalam hadis qudsi) dikatakan bahwa Allah SWT berfirman: "Tidakkah Aku telah memberikan nikmat kepadamu, tidakkah Aku telah menutupimu di antara manusia dan tidakkah namamu telah Ku hilangkan dari kalangan manusia?".
Adakah kedudukan yang lebih tinggi dari seseorang yang telah mengenal Tuhannya dengan baik, mencukupkan dirinya di dunia ini dengan sesuatu yang sedikit, sementara tidak seorangpun yang mengenalnya. Begitu malam tiba setelah selesai melakukan ibadahnya, dia beristirehat dengan perasaan yang tenang dan damai, dan begitu matahari telah menyebulkan dirinya, dengan konsentrasi penuh dia menyibukkan diri dalam aktiviti sehariannya.
Kerana inilah, maka sebagian para pembesar agama dan salafus-shalihin membuat kamar khusus untuk dirinya. Di sudut kamar itulah mereka sibuk mendekatkan diri dan bermunajat kepada Sang Kekasih Sejati, sibuk menghitung-hitung aib diri mereka dan menyembunyikan namanya dari pandangan masyarakatnya. Mereka sama sekali tidak mengharapkan acungan jempol dari siapapun selain kekasihnya itu.
Bohong dalam berbicara merupakan sebuah sifat yang dapat membuat pelakunya menjadi orang yang rendah, hina, tanpa malu dan tidak dipercaya lagi. Hal ini merupakan modal dari perbuatan, harga diri dan hitamnya wajah di dunia dan di akhirat.

Pelajaran ke 36 - 40 Permata Budi

Pelajaran ke tiga puluh enam: Menggunjing
Wahai saudaraku yang budiman, ketahuilah bahwa sesungguhnya perbuatan menggunjing, baik hal tersebut dilakukan dengan perkataan, tulisan, secara langsung ataupun dengan isyarat, merupakan paling rendahnya sifat di antara sifat-sifat yang tercela.
Dan sepertiga azab kubur itu muncul kerana sifat buruk ini . Bahkan dapat difahami dari kalam Ilahi bahwa menggunjing seorang anak pun haram hukumnya.
Demikian juga Allah SWT berfirman dalam ayatnya: " yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah - yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa - yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya"
Setiap orang yang mengetahui hakikat dari sifat ini, dia akan mengetahui bahawa menggunjing merupakan paling celakanya dan paling buruknya orang. Dan paling buruknya penggunjing adalah berkata-kata buruk. Yaitu menggunjing di dekat orang yang dia takut terhadap bahaya, siksaan dan pembunuhan seperti para sultan, para penguasa dan para pemimpin.

Pelajaran ke tiga puluh tujuh: Kegirangan

Yang dimaksud dengan kegirangan adalah: ketika seseorang mendengar bahawa satu musibah dan petaka telah menimpa seorang rakan atau saudaranya seiman meskipun kerana kejahatan atau keburukannya, lalu dia merasa girang dan ceria dengan kejadian tersebut.
Dari hadis dan pengalaman telah terbukti bahawa orang-orang yang gembira dengan musibah yang menimpa orang lain, maka dia tidak akan meninggalkan dunia ini sebelum dia mengalami musibah sebagaimana yang telah ditimpakan kepada orang lain. Oleh  itu orang yang berakal tidak akan merasa aman dari berbagai musibah dunia, dan karenanya dia tidak akan merasa gembira dengan musibah saudaranya yang seiman.
Pelajaran ke tiga puluh lapan: Bertengkar dan berdebat

Yang dimaksud dengan bertengkar dan berdebat adalah merasa keberatan atas perkataan orang lain dan menampakkan kelemahan serta mengacaukan percakapan orang tersebut dengan maksud untuk merendahkannya serta untuk menampakkan kebesarannya tanpa adanya manfaat ukhrawi. Ketahuilah bahawa perbuatan seperti ini merupakan salah satu dari akhlak yang sangat tercela.
Dalam salah satu hadis Rasul Saw bersabda bahwa hakikat keimanan seorang hamba tidak akan bisa mencapai kesempurnaan, selama dia tidak meninggalkan pertengkaran dan perdebatan, meskipun kebenaran berada pada dirinya.
Tidak diragukan lagi bahwa apabila seseorang menganggap hal ini sebagai sebuah sifat yang tercela, pasti dia tidak akan pernah menyempatkan diri untuk melakukannya, kerana pelaku perbuatan tercela ini diumpamakan sebagaimana seekor anjing liar yang sentiasa akan menyambung keinginannya.
Dia akan ikut terperosok dengan setiap orang dan sentiasa akan mencari keinginannya ini, sehingga setiap dia mendengar percakapan orang lain, dia akan melakukan perdebatan dengannya serta mencari kelanjutannya, bahkan dia merasa nikmat dengan perbuatannya tersebut. Terutama dalam kemajemukan seperti sekarang ini, dimana sebahagian dari orang-orang yang lemah akalnya malah memuji orang yang mempunyai sifat tercela semacam ini. Orang-orang yang lemah akalnya itu mengatakan bahwa si fulan pendebat atau si fulan yang banyak bicara dan penceramah hebat itu tidak bisa didebat dan tidak ada yang mengalahkannya.
Oleh karena itulah biasanya orang semacam ini, iaitu orang yang hobinya berdebat, selalu memilih lawan debatnya dari kelompok orang-orang yang jahil dan bodoh, sehingga dia akan bisa mengalahkannya. Sungguh malang sekali nasib orang seperti ini, kerana dia tidak mengetahui bahawa barang siapa yang melakukan perdebatan dengan orang yang lebih bodoh darinya untuk mengetahui bahawa dirinya lebih pandai, sesungguhnya dia adalah orang yang bodoh.
Pelajaran ke tiga puluh sembilan: Mengolok-olok dan mengejek

Yang dimaksud dengan mengejek dan mengolok-olok adalah menirukan kelakuan, perbuatan, gerak-gerik dan sifat-sifat orang lain, baik dilakukan dengan perkataan, perbuatan, isyarat, sindiran atau kiasan, sehingga menyebabkan orang lain tertawa.
Ketahuilah bahawa hal ini dapat menyebabkan timbulnya perpecahan, kecongkakan atau kehinaan orang yang diolok-olok. Dan bisa jadi hal ini, iaitu membuat orang lain tertawa dan menganggapnya lucu, disebabkan karena ketamakan terhadap kotoran duniawi. Tak pelak lagi bahwa perbuatan semacam ini tidak akan keluar kecuali dari orang-orang yang rendah akhlaknya, tidak berpendidikan dan pemilik fitrah yang tercela. Bahkan pelaku perbuatan tersebut termasuk orang yang tidak memiliki pengetahuan agama dan tidak juga memiliki insaniah.
Pelajaran ke empat puluh: Berlebihan dalam bergurau

Berlebihan dalam bergurau dan melawak adalah sebuah perbuatan yang buruk, bahkan akan menyebabkan kekurangsabaran, turun kehormatannya dan akan menghasilkan kehinaan serta mematikan hati.
Perbuatan ini pun akan membuat lupa terhadap akhirat dan bisa jadi akan menyebabkan perpecahan dan permusuhan pula atau akan menyebabkan ketersingungan dan memalukan para mukmin. Tetapi tidak berlebihan dalam hal ini dan tidak membuat keburukan sebagaimana di atas dan tidak membuka mulut serta tertawa tanpa manfaat, merupakan hal yang terpuji.

Pelajaran 31 - 35 Permata Budi

Pelajaran ke tiga puluh satu: Silaturahim

Dari hadis dan pengalaman membuktikan bahawa memutuskan silaturahm dapat menyebabkan kefakiran dan ketidaktenangan serta akan memperpendek umur. Cukuplah dalam keburukannya bahwa Haq Ta'ala dalam Al Quran al Majid berfirman: "Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan merusak apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan yang mengadakan kerusakan di bumi, itulah yang akan memperoleh kutukan"

Pada ayat yang lainnya Allah SWT berfirman: "Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?"
Pelajaran ke tiga puluh dua: Menyakiti kedua orang tua

Yang dimaksud dengan menyakiti kedua orang tua adalah membuat mereka marah, mengecewakan dan merusak ketenangan keduanya.
Betapa malang nasib orang yang menyakiti kedua orang tuanya baik di dunia mau pun di akhirat, kerana dengan melakukan hal ini tidak ada lagi yang akan dia peroleh dari umurnya, dan tidak ada pula kemuliaannya. Usianya akan menjadi pendek dan kehidupannya merupakan hukuman baginya. Sakaratul maut akan menjadi susah dan cabutan nyawapun akan menjadi hal yang sangat menyakitkan baginya.
Oleh kerana itu wahai saudaraku yang budiman, kasihanilah jiwamu dan hindarkanlah dirimu dari duri yang menyakitkan ini. Ingatlah selalu jerih payah dan hari-hari kedua orang tuamu yang tanpa tidur dan istirehat yang cukup telah membimbing dan membesarkanmu. Bertahun-tahun engkau berada dalam pelukan mereka yang hangat dan penuh kasih saying, dan membesarkanmu dengan memeras jiwa. Ingatlah bahwa engkau terlahir tanpa daya, lalu layakkah setelah engkau mendapatkan sedikit kekuatan dalam dirimu, engkau segera melupakan semuanya itu?
Pelajaran ke tiga puluh tiga: Perhatian kepada tetangga
Wahai saudaraku yang mulia, janganlah engkau mengganggu dan menyakiti para tetanggamu dan perhatikanlah haq mereka. Janganlah engkau melihat ke arah rumah mereka, jangan mengalirkan talang ke arah rumah mereka dan jangan pula meletakkan sampah di depan rumah mereka. Dan jangan sampai engkau mengganggu mereka dengan bau atau asap masakanmu, tetapi saling membantulah engkau dengan mereka.
Ingatlah, jangan sampai engkau tidur pada malam hari dalam keadaan kenyang sementara mereka tidur dalam keadaan kelaparan atau engkau hidup dalam keadaan tenang, tetapi mereka hidup dalam kesulitan, kesusahan, kedinginan dan mengenakan baju yang compang camping.
Janganlah kalian tidak memberikan ketika mereka memerlukan garam, air, api dan semacamnya. Dan apabila mereka ingin meminjam sesuatu dari kebutuhan pokok rumah, maka berikanlah apa yang mereka inginkan.
Wahai saudaraku, perhatikanlah segala sesuatunya, kerana mereka yang berbuat baik terhadap para tetangganya, umur mereka akan menjadi panjang dan akan memperluas rumahnya.
Pelajaran ketiga puluh empat: Mencari aib orang lain

Mencari aib dan keburukan orang lain merupakan petunjuk  keburukan jiwa, keburukan peribadi dan kehinaan pelakunya. Kerana setiap orang yang mempunyai aib dan sifat buruk, pasti ingin menampakkan aib dan kekurangan orang lain.
Di riwayatkan dalam salah satu hadis Rasulullah Saw, beliau bersabda: "Barang siapa yang menampakkan amal orang lain yang tidak layak, sesungguhnya dia telah menempatkan dirinya pada posisi tersebut".
Pengalaman membuktikan bahawa barang siapa meletakkan dirinya untuk sentiasa membuka aib orang lain, bererti dia telah membuat malu orang lain dan akan membuat dirinya tidak dipercaya.
Oleh kerana itu, betapa bodohnya orang yang melihat dirinya sendiri bergelimang dengan beribu aib dan seluruh anggota : dari kaki hingga kepala, dipenuhi oleh maksiat, tetapi dia menutup matanya dari aibnya sendiri, lalu malah sibuk membuka mulutnya untuk mencari aib dan kesalahan orang lain.
Hadhrat Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As dalam salah satu kalimatnya mengumpamakan orang-orang yang sentiasa mencari aib orang lain lalu menukilkan aib tersebut, tetapi tidak menukilkan kebaikannya, dengan perumpamaan seekor lalat yang sentiasa mencari tempat-tempat jorok dan kotor dari badan manusia lalu hinggap di atasnya dan tidak melakukan sesuatu pun pada tempat-tempat yang bersih.
Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As telah berkata dalam sebuah hadisnya: "Paling besarnya aib seseorang adalah yang menjelek-jelekkan orang lain dengan keburukan yang ada pada dirinya sendiri".

Pelajaran ke tiga puluh lima: Menjaga rahsia

Wahai saudaraku, janganlah engkau membuka dan menceritakan rahsia yang engkau sembunyikan kepada orang lain, meskipun dia adalah sahabat sejatimu.
Para cerdik pandai mengatakan: setiap rahsia yang telah keluar dari mulut dua orang, berarti rahsia tersebut telah tersebar. Atau segala sesuatu yang telah keluar dari dua bibir, bererti telah tersebar.
Kerana dia mempunyai banyak teman dan teman-temannya pun mempunyai banyak teman.
Bahkan mengganggu ketenangan salah satu dari mereka pun dapat dikategorikan menyakitinya. Dan hal ini merupakan paling parahnya jenis pemutusan silaturahm dan  tentunya tanpa diragukan lagi merupakan sebuah dosa yang besar.
Wahai saudaraku, silaturahm dan menjalin ikatan persaudaraan dan kekeluargaan dengan sanak keluarga merupakan sebuah ketaatan yang sangat dianjurkan Islam. Bahkan melakukan hal ini lebih utama dari ibadah sunat. Cukuplah mengenai keutamaan perbuatan ini bahwa hal itu dapat memperpanjang umur dan memperbanyak rezeki serta mempermudah hisab pada hari kiamat. Sedang memutus silaturahmi dapat menyebabkan ditimpanya azab akhirat dan malapetaka dunia.

Tuesday, August 16, 2011

Pelajaran ke tiga puluh: Kekeluargaan

Wahai saudaraku yang budiman, ketahuilah bahawa mempunyai sifat kekeluargaan atau famili serta damai dengan masyarakat, merupakan sebuah sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia. Sehubungan dengan masalah ini terdapat begitu banyak hadis yang mengungkapkan tentang keutamaan melakukan ziarah kepada para mukmin, mengucapkan salam, bersalaman dengan mereka, menjenguk mereka yang sakit, mengiringi jenazah dan mengucapkan tasliyat kepada orang-orang yang terkena musibah dan yang semisalnya.

Wahai saudaraku, apabila engkau perhatikan dengan baik hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah ini, maka engkau akan mengetahui betapa besarnya perhatian Allah SWT terhadap persoalan rasa kekeluargaan di antara seluruh makhluknya, dan betapa banyaknya sunnah-sunnah yang telah Dia tetapkan untuk mempertahankan sifat ini. Tetapi sayang dan ironis sekali, ternyata pada zaman kita sekarang ini, sebahagian besar dari sunnah-sunnah tersebut telah ditinggalkan, tidak ada yang tertinggal dari nubuwwah melainkan formalitasnya dan tidak ada yang tertinggal dari syari'at kecuali namanya.
Syaitan  dengan berbagai usahanya telah berhasil menyebarkan berbagai rencana busuknya. Sehingga umat ini jatuh dan tejerumus ke dalam perbuatan nifak dan perpecahan di antara mereka. Bahkan umat ini, kini telah berani membelakangi segala sesuatu, padahal Allah telah memberikan perhatiannya begitu besar. Mereka tidak menjenguk sesamanya, kecuali kerana riya atau untuk menampakkan dan menyebarkan keburukan.
Mereka menganggap bahawa memberikan salam merupakan satu perbuatan yang tercela, tetapi mereka sentiasa mengharap agar orang lain memberikan salam kepadanya. Dan mereka pun menganggap bahawa bersalaman merupakan sebuah kebiasaan yang dungu.


( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh sembilan: Amr ma’ruf dan nahi mungkar

Wahai saudaraku yang budiman, janganlah engkau menganggap ringan pelaksanaan amr ma'ruf dan nahi mungkar, kerana melalaikan masalah ini dapat mengakibatkan bahaya yang sangat fatal. Dan bahaya yang ditimbulkan oleh hal ini bersifat universal, dan kerusakan yang akan terjadipun bersifat global dan memenuhi segala segmen.

Dari Hadhrat Baqir al Ulum As telah diriwayatkan, beliau berkata  bahawa Haq Ta'ala telah mengirimkan wahyu kepada Nabi Syu'aib As dengan berfirman bahawa "Aku akan menurunkan azab kepada seratus ribu orang dari kaummu, empat puluh ribu darinya berasal dari golongan yang buruk dan enam puluh ribu lainnya dari golongan yang baik".
Nabi Syu'aib bertanya: "Tetapi mengapa golongan yang baik-baik pun mendapatkan azab?", Lalu beliau mendengar jawapan bahawa "Hal itu terjadi karena mereka menjilat dan menganggap remeh para pembuat maksiat, dan mereka tidak memarahi dengan kemarahan-Ku".
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh delapan: Membahagiakan hati mukmin

Wahai saudaraku yang mulia, bahagiakanlah hati para mukmin semampumu, kerana betapa besar dan banyaknya pahala dari perbuatan tersebut. Dan ketahuilah bahwa membuat bahagia dan gembira hati kaum mukmin lebih baik dan lebih utama daripada meramaikan sebuah bangsa.

Hadhrat Rasul Saw bersabda: "Amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT adalah memberikan kebahagiaan atas para mukmin ".

( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh tujuh: Memenuhi hajat muslimin

Wahai saudaraku yang mulia, sentiasa bersungguh-sungguhlah dalam memenuhi dan membantu kebutuhan serta hajat para muslim, dan berusahalah untuk memberikan hal-hal yang lebih penting bagi mereka.

Ketahuilah, bahawa keutamaan para muqarrab adalah kerana usaha mereka yang serius untuk memenuhi keperluan orang-orang yang butuh.
 
Hadhrat Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata dalam salah satu hadisnya kepada Kumail bin Ziyad: "Wahai Kumail, perintahkanlah kepada keluargamu untuk berusaha meraih kemuliaan dengan berupaya memenuhi kebutuhan orang-orang yang memerlukan ".
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh enam: Zalim dan kasar

Wahai saudaraku yang mulia, hindarkanlah dirimu sebisa mungkin dari berbuat zalim dan kasar. Sesungguhnya aniaya dan zalim menurut pendapat siapa pun di alam ini, merupakan perbuatan yang buruk.

Di dalam Al Qur'an al Majid dijelaskan bahawa orang-orang yang berbuat zalim berada dalam laknat yang sangat keras. Banyak sekali hadis-hadis Rasulullah Saw yang menjelaskan tentang celaan serta ancaman yang berat bagi orang-orang yang zalim.
Allah Swt dalam salah satu ayatnya berfirman: "Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim"

Terdapat sebuah riwayat yang mengatakan bahawa berbuat zalim dan kekerasan dalam satu jam itu lebih buruk di sisi Allah dari melakukan dosa selama enam puluh tahun.

Dan barang siapa yang takut dengan balasannya, maka dia pasti akan menjauhkan diri dari melakukan kezaliman tersebut, kerana muntaqim ( yang mengambil balas dendam ) hakiki akan mengambil intiqam (balas dendam) dari setiap orang yang berbuat kezaliman, lalu memberikan balasan yang sesuai untuknya.

Demikianlah, Sultan Mahmud Ghaznawi mengatakan: "Aku tidak terlalu takut dengan pedang para lelaki singa, tetapi aku lebih takut pada amir perempuan tua". telah diriwayatkan pula bahwa berbuat zalim atau berteman dengan orang yang zalim, dan rela dengan kezalimannya, mereka semua berada dalam kedudukan yang sama.


 Oleh karena itu wahai saudaraku yang mulia, berbuatlah sesuatu dengan adil dan hindarkanlah dirimu dari berbuat zalim kepada hamba-hamba Allah, kerana kemuliaan sifat adil berada di luar sifatnya.

 Dan cukuplah dalam posisi sebagaimana apa yang kita lihat dalam sebuah cerita bahawa setelah lebih dari seribu tahun Anushirwan yang adil terkuburkan, tetapi ternyata rakyat masih saja menyebutkan kebaikan namanya, hal ini dikeranakan satu sifat yang mulia dan tali umurnya yang selama sekian ribu tahun dalam kesultanan telah ditancapkan pada paku ajal, akan tetapi hingga kini nyanyian rantai keadilannya masih terikat erat di kubahnya.


( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh lima: Merendahkan orang lain

Wahai saudaraku yang mulia, hindarkanlah dirimu dari menghina dan merendahkan orang lain dari hamba-hamba Allah.
Diriwayatkan dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: "Barang siapa menghina salah satu dari sahabatku bererti dia telah mengikatkan tali peperangan denganku".
Oleh  itu wahai saudaraku, seharusnya engkau sentiasa menghormati dan memuliakan seluruh tingkatan rakyat sesuai dengan keberadaan mereka, khususnya dari keturunan mulia; ahli ilmu, ahli fadhilah dan pemilik sifat wara' dan takwa.
Demikian pula terhadap orang-orang tua dan para pendahulu Islam dan keturunan agung para sadat.

( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Pelajaran ke dua puluh empat: Hasad ( Iri hati )

Wahai saudaraku yang mulia, hindarkan dan jauhkanlah dirimu dari sifat iri hati sekuat kemampuanmu, kerana orang yang iri hati akan merasa tersiksa dengan azab yang berat, baik di dunia maupun di akhirat dan tidak akan pernah terlepas dari kesedihan dan kesusahan.

Apabila engkau perhatikan orang yang terjangkiti penyakit ini dengan baik, maka engkau akan mendapatkan bahawa dia memiliki watak keras kepala dan bersifat keras terhadap orang lain, bahkan menganggap Allah SWT (wal 'iyaadzu billah) adalah jahil, atau dia menganggap dirinya lebih mengetahui kemaslahatan dan keburukan hamba Allah. Ketahuilah, bahwa kedua-duanya ini merupakan kekufuran dan juhud (pengingkaran), sehingga dia akan menyandang julukan si hasad yang malang.

Maka wahai saudaraku, jadilah mahsud (orang yang dijadikan objek untuk iri hati-pen ) dan janganlah menjadi haasid ( pelaku hasad ), kerana sesungguhnya mizan kebaikan para haasid senantiasa akan menjadi ringan, kerana kebaikannya itu dipindahkan ke mizan para mahsud.

Hadhrat Rasulullah Saw dalam sebuah hadis bersabda: "Sedikit sekali manusia hasad yang bisa merasakan kenikmatan".

Dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib As berkata: "Sifat hasad tidak akan membawa keberuntungan".

Terdapat perumpamaan masyhur yang mengatakan: "Telah cukup bagi para penghasud dengan hasadnya".

Apabila engkau ingin mengetahui kemalangan yang akan dibawa oleh para penghasad, maka perhatikanlah baik-baik, bahawa sebenarnya -di dalam kehidupan dunia yang hanya beberapa hari saja- tidak pantas sama sekali untuk iri hati kepada hamba Allah yang lain.

 
( 50 Butir Permata Budi ; Syaikh Abbas Al-Qummy )

Kerana dalam waktu yang hanya sekejap mata, si haasid dengan maksud akan segera terkubur di dalam tanah, dan nama mereka akan terhapus dari lembaran masa.