Thursday, October 3, 2013

Imej diri pemenang



Esei 21

Perwatakan fizikal, pemakaian dan gaya kita adalah perkara utama yang menemui seseorang. Penjagaan imej perlu menjadi rutin harian, berakar umbi dalam daging dan darah seperti pernafasan dan degupan jantung kerana imej anda membentuk dalam diri anda.

Kita kerap dapat apa yang kita lihat. Jangan berdiri seperti saksofon dan terbongkok-bongkok. Berjalanlah dengan tidak pantas atau lembab dan tidak melompat-lompat atau mengheretkan kaki, cara berehat tetapi menyakinkan, bertenaga tetapi lagi lancar dan tidak kusut. Demikian juga, pakaian perlu elok. Anda adalah apa yang anda pakai!. Memakai pakaian untuk kejayaan ada impak yang tersendiri, dilayani oleh 42 daripada 50 orang setiausaha yang ditemui.

Suaikan pakaian mengikut keadaan dan acara. Pilih fesyen yang konvensional, yang tidak pudar tetapi menyenangkan, boleh dilihat dan Nampak menarik. Ada boleh ada gaya tersendiri tetapi masih belum berbeza secara radikal. Konservatif tetapi mengikut peredaran zaman.Pemilihan warna, tekstur, corak, potongan, bentuk, saiz, ukuran, muatan baju, aksesori, pinggan dan kasut, kesemuanya adalah penting dan sepatutnya bersesuaia dengan diri.

Senyuman mampu memperbaiki penampilan. Ia mengambil kira-kira 20 otot untuk senyum dan 60 otot untuk mengerutkan dahi.Luahkan perasaan riang gembira dengan semangat berkobar-kobar.Senyum boleh timbul secara spontan tetapi cahaya kebaikannya bertahan sepanjang hayat.Kekalkan gaya tenungan tenang dan teguh dan amalkan bersalam-salaman. Jangan jadi permata yang terlalu kasar; senyuman yang ikhlas serta cahaya kerlipan mata tidak semahal harganya tetapi dapat memecahkan kebuntuan.

Kuasai teknik sosial menerusi tepati semua temu janji, ingati nama dan wajah seseorang dan bercakap dengan rasa tanggungjawab. Ingat, ia boleh mengambil tempat pengetahuan dan kerja keras.

Ketika anda meningkat naik dalam kerjaya, cara hiasan berpakaian, lambang darjat  dan persekitaran anda mestilah menepati atau mendahului tingkat kerjaya anda. Laburlah dalam imej koporat yang menarik dan pamerkan kualiti, kekuatan, kestabilan dan kemajuan.Logo yang menarik dan unik amat membantu Anda juga patut secara berperingkat-peringkat mendapat ganjaran dan penghormatan di sepanjang jalan. Manjakan diri dengan simbol kejayaan. Jam tangan yang bagus hinggalah kepada kenderaan mewah dan pemilihan lokasi pejabat. Pesekitaran yang sesuai akan membolehkan anda berfikir, merancang, mewujudkan kreativiti dan persembahan yang hebat.

Dengan itu, sepanjang hidup ini anda mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang sangat baik yang dapat mencerahkan suatu bilik dan memperkayakan orang-orang yang di dalamnya.

a) Kita akan dapat rasai kebaikan seseorang itu selepas kita meninggalkannya. (R.W Emerson)

b) Anda boleh berpakaian dengan gaya yang sangat lengkap tetapi semuanya hanya membuang masa melainkan anda memakainya dengan senyuman. (P. Strong)

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009 

Komunikasi



Esei 20

Komunikasi suatu kemahiran sosial yang penting. Hati seseorang boleh dimenangi.Perbualan adalah suatu seni. Berborak kosong merupakan senaman mulut dan perbualan adalah senaman minda. Adalah lebih bijak untuk memilih apa yang anda katakan daripada berkata apa yang anda pilih! Berkata benar pada tempat yang betul, tahanlah berkata perkara salah pada saat yang menarik. Banyakkan mendengar, kurangkan bercakap.

Menurut Henry Ford, jika di sana terdapat satu rahsia kejayaan, ianya terletak pada kebolehan untuk memahami individu yang lain dan berfikir dari sudut pandangannya selain daripada pandangan anda sendiri.

Elakkan bercerita mengenai tajuk yang anda mahir dalam mengemukakan pendapat tetapi dengan pengetahuan yang sedikit. Perkataan yang baik dan sesuai dapat memperkasakan yang lain dan anda juga. Lidah yang cuai menghilangkan kawan atau pasangan. Hati-hati!.

Kuasai kemahiran menulis. Juara tenis dan pelbagai bintang sukan lagi bergantung lebih pada isyarat, komunikasi dan galakan daripada bayaran yang tinggi untuk jurulatih dan juaranya. Perolehi komunikasi yang baik dengan keluarga, menerusi berkongsi pengetahuan, pendapat, keputusan , galakan, menikmati, kesedihan dan kasih sayang. Pemikiran, perkataan dan perbuatan mampu membina keluarga bahagia dan indah seterusnya mencapai masa depan yang baik dan indah untuk semua.

a) Tersilap komunikasi, komunikasi yang lemah, tidak berkomunikasi akan menimbulkan masalah. (Zig Ziglar)

b) Gossip adalah seseorang yang berkata kepada anda tentang yang lai; orang yang bercakap tentang dirinya adalah membosankan; pembicara yang cemerlang ialah seseorang yang bercakap tentang diri anda. (R.S Zera)

Wallahu a’lam.

100 esei inspirasi & motivasi untuk pelajar
Stephen W.K Tan, 2009

Episod dialog darah



Kalau sungai itu adalah darah
darah pun berkata kepada merah
apilah yang menyaring
dan memasukkan tubuhnya
kemudian merayap bersama-sama angin

Angin mengatur setiap cabang dan tanjung
angin menyusun setiap ranting dan akar

Tanpa angin
darah pun berkata kepada tanah
kebekuanku kausimpanlah ke dalam dirimu
tak usahlah kau membiarkan air menjelajahi
tubuhku lagi

Tubuhku tak mungkin menjadi putih
walau air menggoda beberapa kali
tak mungkin menjadi putih
walau air dimasukkan ke dalam tubuhku

Tak mungkin menjadi putih
dan aku pun tak mahu menjadi putih
biarkan aku menjadi merah selama-lamanya
kerana merah asalnya darah
asal benihku.

Alangkah indahnya salju
DBP, 2003

Mohon pengampunan dan rahmat Allah



 

Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak berbuat zalim kepada diriku sendiri, dan tiada yang boleh mengampuni dosa selain Engkau. Maka ampunilah aku dengan ampunan dari Engkau dan rahmatilah aku. Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
( HR Bukhari )


Wednesday, October 2, 2013

Imej diri adalah cermin kehidupan (1)



Imej diri ialah apa yang kita lihat pada sifat dalaman diri kita berdasarkan pandangan mata hati. Dengan melihat imej diri kita akan dapat melihat mengapa kita berperangai seperti sekarang. Secara ringkas, imej diri juga dapat didefinisikan sebagai sikap luaran kita, sepertimana yang kita niatkan dan fikirkan di dalam hati.

Itulah imej diri yang dapat kita lihat dalam diri kita. Jika imej kita adalah seorang pemenang, baik, solehah dan sebagainya maka imej diri kita akan menjadi positif dan ia akan membentuk sikap kita. Setiap apa yang dilakukan oleh manusia adalah berdasarkan blue print, iaitu pelan dalaman diri yang terbentuk daripada imej diri mereka sendiri.

Apabila imej diri seseorang itu baik, maka tindakbalas tubuhnya akan berfungsi ke arah kebaikan. Imej dalaman yang baik ditentukan oleh minda yang berfikiran baik, kerana minda mengawal segala tindak balas dan terbukti lebih kuat daripada fizikal. Hal ini disebabkan fizikal menjalankan apa yang disuruh oleh minda.

Faktor kekuatan dalaman sangat penting dalam diri seseorang kerana ia dapat menentukan faktor luaran seseorang. Jika seseorang berfikiran positif maka semua tindak balas dalaman yang dilakukan oleh tubuh, percakapan, perasaan, emosi, kita akan memberi kesan kepada dunia luaran. Contohnya, jika kita memberikan senyuman, orang akan senyum kembali kepada kita. Tetapi jika kita marah, orang akan memarahi kita pula.

Kebanyakkan manusia yang tidak berjaya di dalam kehidupan adalah seorang yang suka menyalahkan diri sendiri, merungut dan berfikiran negatif. Oleh itu perbetulkan imej diri, blue print dan paradigma, supaya menjadi positif agar mendapat kejayaan dan dapat membuat perubahan dalam kehidupan. Selagi seseorang itu tidak mahu berubah, maka imej diri tidak akan berubah, dan dunia mereka tidak akan berubah.

Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan, kita perlu yakin kepada Allah swt. Allah akan membantu setiap apa yang kita lakukan jika kita bersangka baik kepadaNya. Apabila kita merasa sesuatu perkara itu dibuat dengan mudah, maka emosi dan tindak balas kita akan memperolehi keyakinan melakukannya dan kita akan lebih mudah berjaya dalam kehidupan.

Wallahu a’lam

Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad
Bahagia & membahagiakan, 2012

Sekitar laporan Ketua Audit Negara 2012 : Kesihatan



Audit Negara: Jumlah Ambulans Sedia Ada Tidak Dapat Tampung Keperluan Operasi

KUALA LUMPUR: Empat hospital mengalami kekurangan ambulans, sekali gus dikhuatiri menjejaskan perkhidmatan kesihatan khususnya untuk kes kecemasan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Laporan yang dibentang di Dewan Rakyat pada Selasa menyatakan bilangan ambulans sedia ada tidak dapat menampung keperluan operasi, ditambah dengan aspek penyenggaraan yang tidak dipantau secara berkesan.

Semakan audit mendapati Hospital Seri Manjung di Perak kekurangan sembilan ambulans, Hospital Serdang di Selangor (18), Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu (11) dan Hospital Umum Sarawak (16).

Berdasarkan rekod di Bahagian Perkembangan Perubatan, sepanjang tempoh 2010 hingga Ogos 2012, sebanyak 124 ambulans terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan 44 kematian.

Semakan audit mendapati sehingga Disember tahun lepas, 34 kes kemalangan berlaku melibatkan kos pembaikan melebihi RM0.41 juta dibiayai oleh kementerian.

Menurut laporan itu, kementerian menganggarkan perbelanjaan RM64.17 juta bagi tempoh 2010 hingga 2012 untuk penyenggaraan ambulans di semua hospital kementerian yang dilaksanakan oleh syarikat konsensi - Faber Medi-Serve Sdn Bhd, Pantai Medivest Sdn Bhd dan Radicare (M) Sdn Bhd.

Meskipun secara keseluruhannya pengauditan mendapati pengurusan ambulans memuaskan, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian, antaranya pindaan klausa kontrak tidak teratur dan kontrak perolehan lewat ditandatangani antara 21 hingga 157 hari.

Bagi mengatasi kelemahan, Jabatan Audit mengesyorkan tindakan seperti memantau penyelenggaraan ambulans, meningkatkan kerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan kes kemalangan diselesaikan segera, memastikan pindaan syarat perjanjian dibuat dengan teratur dan disemak Peguam Negara atau Penasihat Undang-Undang.

Kementerian Kesihatan perlu memastikan ambulans yang rosak dan terbiar dilupuskan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan ruang dan penurunan nilai berterusan, di samping memastikan setiap ambulans sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

Dalam pada itu, semakan audit mendapati dari 2010 hingga 2012, terdapat lebihan perbelanjaan RM24.52 juta pada pengurusan program latihan kejururawatan, dengan RM12.26 juta adalah bagi menampung pemberian elaun kepada jururawat pelatih pada 2010 manakala bakinya adalah pembayaran gaji kepada pegawai dan Kolej Jururawat.

Pengauditan terhadap pengurusan program Latihan Kejururawatan kementerian yang dijalankan antara Jun hingga September tahun lepas didapati memuaskan namun terdapat beberapa kelemahan antaranya kekosongan perjawatan tidak diisi dan lantikan sebagai pengajar tidak mematuhi garis panduan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).

Selain itu, bayaran uniform dan elaun jahit kepada pelatih 'outsourcing' tidak mengikut kontrak, pemberian elaun upah jahit, uniform dan tuntutan perjalanan pelatih tanpa kelulusan pihak berkuasa, kemudahan peralatan dan alat bantuan mengajar usang dan tidak mencukupi.

Bagi mengatasi kelemahan itu, kementerian disyorkan agar mengambil tindakan segera dalam membuat pengagihan atau penempatan tenaga pengajar serta syarat lantikan pengajar perlu seiring di antara ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan LJM bagi memastikan standard kualiti pengajaran sama bagi semua institusi yang menawarkan program jururawat di Malaysia.

Antara lain, perhatian sewajarnya perlu diberikan terhadap kemudahan, peralatan infrastruktur dan prasarana yang disediakan di Kolej Kejururawatan serta mengkaji terma-terma sesuatu kontrak dengan teliti bagi memastikan kepentingan kerajaan dilindungi sebelum kontrak ditandatangani.

Kementerian Kesihatan perlu merangka program kejururawatan yang lebih intensif bagi memastikan penghasilan jururawat memenuhi keperluan kementerian meskipun kekurangan akan ditampung institusi pengajian tinggi swasta. - BERNAMA

mStar Online
1 Okt. 2013

Cetusan rasa bila tidak belajar



Cetuslah rasa dari dalam diri untuk bina harga diri peringkat dalaman serta menimbulkan beberapa rasa :

* rasa bersalah bila tidak belajar
* rasa kekurangan bila tidak belajar
* rasa rugi bila tidak belajar
* rasa malu bila tidak belajar
* rasa kesal bila tidak belajar
* rasa berdosa bila tidak belajar.

Wallahu a’lam.

Khailani A Jalil
Pengucapan sekolah menjana kecemerlangan