Dalam sebulan ada
satu hari beliau tidak keluar bertemu
kami, jawab mereka.
Bagaimana pula
dengan aduan ini wahai Sa’id? Tanya Umar kembalikepadaSa’id sebagai meminta
penjelasan.
Jelas Sa’id:
Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak memeliki orang gaji wahai Amirul
Mukminin. Saya juga tidak memiliki pakaian lain selain pakaian yang saya pakai
ini. Sayamembasuhnya sebulan sekali dan saya tunggu sehingga ia kering.
Kemudian barulah saya keluar bertemu mereka pada lewat petang.
Umar bertanya
lagi kepada mereka: Apa lagi aduanmu tentang Sa’id.
Sa’id sering
pengsan. Ini menyebabkan beliau tidak menyedari sesiapa dalam majlisnya, dakwa
mereka.
Bagaimana dengan
dakwaan ini Sa’id?, tanya Umar.
Dengan
tenang Sa’id menjelaskan: Saya telah
melihat peristiwa pembunuhan Khubaib bin
’Adiy dan ketika itu saya masih lagi
seorang musyrik. Saya melihat orang Quraisyh memotong anggota badannya sambil
mereka bertanya: Adakah kamu suka jika Muhammad menggantikan tempatmu? Lantas
Khubaib menjawab: Demi Allah! Saya tidak rela sekiranya saya selamat, duduk
bersama isteri dan anak-anak sedang Muhammad dicucuk duri.
Demi Allah! Saya
tidak mampu mengingati tragedi ngeri tersebut. Bagaimana saya boleh
membiarkannya diperlakukan sedemikian sedangkan saya tidak membantunya. Saya
merasakan Allah tidak mengampunkan kesalahan saya tersebut....sebab itulah saya
jatuh pengsan.
Dengan nafas lega
Umar berkata: Segala puji-pujian bagi Tuhan yang tidak mengecewakan sangkaan
baik saya terhadapnya.
Kemudian Umar bin
al-Khatthob menghantar 1,000 dinar untuk membantu Sa’id mengurus kehidupan
sehariannya.
Apabila si isteri
melihatnya, dia berkata kepda si suami : Segala puji=-pujian bagi Tuhan yang
telah mengurniakan kekayaaan dan kamu tidak perlu lagi bersusah payah melayani
kami. Belikanlah makanan dan carilah orang gaji untuk saya.
Adakah kamu ingin
perkara yang lebih baik daripada ini, tanya Sa’id.
Apa dia? Tanya
isterinyaingin tahu.
Kitaberikan dinar
ini kepada orang yang datang memerlukannya, sekalipun kitalebih memerlukannya,
jelas Sa’id.
Apa dia?
Tanyaisterinya lagi.
Jawab Sa’id: Kita
pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik.
Belum sempat
beliau meninggalkan majlis tersebut, beliau mengambil wang dinar dan
mengagihkannya ke dalam beberapa uncang. Sa’id berkata kepada salah seorang
ahli keluargannya: Pergi dan berikan uncang ini kepada jandasi polan, anak
yatim si polan, miskin keluarga si polan dan fakir keluarga si polan.
Mudah-mudahan
Allah meredai Sa’id bin ’Amir al-Jumahiy. Beliau lebih mengutamakan orang lain
berbanding diri dan keluargannya sendiri meskipun mereka sendiri hidup dalam
keadaan yang amat susah dan memerlukan.
Wallahu ’alam
Dr.Abdul Rahman Ra’fat
al-Basha
65 Gambaran Kehidupan
Sahabat
Pustaka
Salam, 2006
No comments:
Post a Comment