Definisi
Pendidikan sepanjang hayat yang merangkumi pembelajaran
bersepadu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara formal
berdasarkan kurikulum; bukan formal melalui aktiviti koakademik dan
kokurikulum; dan tidak formal melalui pembelajaran tidak langsung di setiap
peringkat umur bermula dari peringkat awal kanak-kanak, pendidikan rendah,
pendidikan menengah rendah, menengah atas, tertiari dan di peringkat
industri/komuniti
Matlamat
Matlamat
akhir pendidikan STEM ialah melahirkan murid yang mempunyai literasi STEM yang berupaya untuk mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasikan
konsep atau komponen STEM untuk memahami masalah dan menyelesaikannya secara
kreatif dan inovatif
STEM dalam konteks pendidikan
Ia terdiri daripada 3 aspek :
a a) Sebagai bidang : Satu bidang umum yang merangkumi bidang Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. (Contoh; Kimia, Pengkomputeran,
Teknologi Kimpalan
b) Sebagai aliran : Satu laluan pembelajaran yang menawarkan pakej
mata pelajaran elektif STEM (Contoh; Pakej Sains Tulen, Sains Tulen & MPEI, Sains Tulen
& Agama)
c c_ Sebagai pendekatan : Pendekatan yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai STEM ((Contoh;
pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM melalui inkuiri,
penyelesaian masalah atau projek)
Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment