Al-Waliyy ertinya Allah yang Maha Melindungi dan yang Maha Sempurna
PerlindunganNya sebagaimana firmaNya bermaksud:
Allah adalah pelindung
(wali) bagi orang-orang yang beriman.
(Al-Baqarah:257)
Maha Melindungi
Al-Waliyy ertinya kedekatan, pelindung, kerabat, yang mewakili, yang
bererti pendukung yang dikasihi.
Allah adalah Pelindung hamba-hambaNya. Seorang hamba Allah yang baik juga
seorang temanNya sebagaimana firmanNya dalam surah Yunus ayat 62 bermaksud: Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah, tiada
ketakutan atas mereka dan tidak pula bagi mereka kesedihan.
Kata waliyy secara serentak memberi makna sebagai seorang tuan dan majikan,
penolong, jiran, sepupu, sekutu, pelindung dan sebagainya. Persamaan umum dari
semua erti tersebut adalah kedekatan. Seorang wali adalah ia yang dekat dengan
seseorang sama ada secara fizikal mahupun secara kiasan sebagaimana dalam surah
al-Hadid ayat 4 yang bermaksud: ....dan
Dia bersama kalian di mana saja kalian berada.
Hal ini membuktikan bahawa akar kata sifat ini bermakna kedekatan. Erti ini
ditemukan dalam kes seorang budak, penolong, sepupu, sekutu, atau pelindung.
Dalam semuakes ini, ada situasi-situasi yang mensyaratkan kedekatan dan
komunikasi. Jika ini terbukti, keberadaanNya sebagai al-waliyy bagi
hamba-hambaNya merupakan petunjuk keberadaanNya yang dekat dengan mereka
seperti dalam surah Qaaf ayat 16 bermaksud:....dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadi mereka (sendiri).
Melindungi
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh enam dengan
bercermin pada asma ul-Husna ialah mempunyai sifat-sifat sebagai pelindung,
yang melindungi kepentingan Allah dengan menunaikan kewajiban dan tanggungjawab
kita sebagai insan yang beriman.
Dengan merujuk dan bercermin pada sifat al-Waliyy Allah, kita akan
mengekalkan kedekatan dan keharmonian hubungan kita dengan Allah (hamblum minallah) sembari menjaga
ukhuwah dan silaturahim (hamlum minannas).
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment