Asma ul-Husna ke-58
Al-Muhsi erinya Allah Maha Menghitung, Maha Mencatat dan yang
Memperhitungkan setiap amal makhlukNya dan Membalasnya sesuai dengan firmanNya
bermaksud:
Dia meliputi (dengan
pengetahuanNya) segala sesuatu yang ada padamereka dan Dia mencatat segala
sesuatunya demi satu.
(Al-Jinn:28)
Maha Menghitung
Akar kata al-Muhsi adalah ihsha’ yang ertinya menghitung atau menjumlah.
Secara linguistik, ia juga bererti mengawal atau mampu untuk mengendalikan. Ia
pun digunakan untuk melukiskan sebuah sebuah luas tanah di mana terdapat banyak
kerikil atau batu-batuan.
Allah adalah al-Muhsi, yang menghitung dan mencatat apa yang kita lakukan
dan membacakannya pada hari ketika kita menemuiNya, yakni hari pengadilan, hari
hisab, perhitungan atau pembalasan, hari pahala atau siksa.
Menghitung dan menghisab
diri sendiri
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh lapan
dengan bercermin pada Asma ul-Husma ialah mempunyai kepakaran dalam menghitung,
menghisab diri sendiri.
Orang yang menhayati sifat Allah, al-Muhsi akan mengetahui semua masalah
sedalam mungkin, rahsia apa yang diperintahkan.
Diriwayatkan bahawa semasa menjadi khalifah, Umar bin Al-Khattab setiap
hari akan mencatat dan menghitung dosa-dosanya sebelum tidur. Apabila didapati
terdapat kesalahan ataupun kecuaian dalam aktiviti dan perbuatannya selama
sehari itu, maka beliau akan menangis sepanjang malam dan takut Allah swt akan
menghukumnya disebabkan kesalahan dan kecuaiannya.
Demikanlah sikap orang yang menghayati sifat Allah, iaitu Al-Muhsi, akan
kerap menghitung dan mencatatkan kelemahan dan aib dirinya sendiri untuk
dijadikan wasilah atau jalan menuju Allah dan mencapai maghfirah dan redhaNya.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment