manusia
itulah yang mengajarku berkata-kata
namun
tanpa makna yang nyata
dilatihnya
aku bertubi-tubi
maka
puaslah hatinya
menyaksikan
aku menuturkan kata
meskipun
aku tiada mengerti apa-apa
Di
sana sini
rupa-rupanya
bukan aku sahaja
yang
dilatih menuturkan kata
tanpa
memahami makna
untuk
memuaskan hati manusia
bahawa
ia ada pengikat setia
yang
tiada pernah mengubah kata
kendatipun
zahirnya iya
lamun
hakikatnya tiada
Syahadan
akhirnya berkatalah si burung tiung
tiadalah
ertinya aku terus mengajuk kata-kata manusia
meskipun
disuguhi makanan di hadapan mata
jauh
lebih bahagia aku terbang bebas merata
berkicau
sambil terbang dan hinggap menikmati alam buana
kerana
itulah fitrahku kurniaan Yang Empunya
Awang Sariyan
Di denai kehidupan
DBP, Kuala Lumpur 2016
No comments:
Post a Comment