Asma ul-Husna ke-57
Al-Hamid ertinya Allah Maha Terpuji dan yang Memiliki Kepujian sebagaimana
firmanNya bermaksud:
Hai manusia! Kamulah yang
perlu kepadaAllah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
(Faatir:15)
Maha Terpuji
Akar kata al-Hamid adalah hamd, ertinya pujian, sesuatu yang lebih umum
berbanding terima kasih. Al-Hamid juga al-Mahmud, ertinya yang Terpuji. Allah
adalah al-Hamid kerana memuji DiriNya sendiri sejak masa azali dan juga kerana
hamba-hambaNya memujiNya.
Sifat-sifatNya seperti Maha Agung dan Maha Terpuji, adalah fakta bahawa
mereka yang menyebutkan sifatNya mengagungkan dan memuliakannya. Hamd dalam
konteks ini bererti menyebut satu
persatu atau usaha menyebut satu demi satu sifat-sifat kesempurnaan yang dibayangkan
oleh orang-orang yang memujiNya. Al-Hamid memberi kejayaan dan menghapus
dosa-dosamu. Dia al-Hamid kerana kebaikan-kebaikanNya.
Terpuji
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh tujuh
dengan bercemin padaAsma ul-Husna ialah mempunyai sifat-sifat terpuji, mulia
dan cemerlang.
Barangsiapa yang kepercayaan, tingkahlaku, pembicaraan dan
perbuatannyaterpuji maka ia disebuthamid. Gelaran seumpama ini sebenarnya hanya layak bagi rasulullah
sawdan orang-orang yang darjatnya dekat dengannya di kalangan para nabi Allah,
juga orang lain seperti parawali Allah dan paraulamasoleh. Setiap orang darinya
adalah hamid berkenaan dengan kepercayaaan, tingkah-laku dan perbuatannya yang
terpuji.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment