Ketika berada di dalam sesebuah majlis, pasti kita tidak lepas dari mengungkapkan kata-kata tidak sopan atau terlanjur dalam berbicara. Sebab itulah kita dianjurkan membaca doa paling banyak diungkapkan Nabi saw ketika berada dalam sesebuah majlis hingga mencapai 100 kali iaitu :
” Rabbighfirli wa tub alaiyya innaka antat tawwaabul ghafuur ”
Maksudnya :
” Wahai Tuhanku ! Ampunlah daku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau maha menerima taubat lagi maha pengampun.” - Hadis riwayat al-Tarmizi dan selainnya. Rujuk Sahih al-Tarmizi, jilid 3, ms 133 dan Sahih Ibn Majah, jilid 2, ms 321
Kafarat Majlis
Subhaanakallahumma wa bihamdik, asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.
Maksudnya :
” Maha Suci Engkau ya Allah, aku memujiMu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon keampunan dan bertaubat kepadaMu ”
-Hadis riwayat al-Tarmizi, Abu Daud, al-Nasai dan Ibn Majah. Rujuk Sahih al-Tarmizi, jilid 3, ms 153
No comments:
Post a Comment