Monday, January 31, 2011

Jalan Menuju Ukhuwwah

Alangkah mulia dan pengasihnya Engkau wahai Allah kepada hamba-hambaMu. Engkau ciptakan mereka dalam keadaan lemah. Engkau bebankan ke atas mereka tugas-tugas yang ditolak oleh bumi dan langit. Akan tetapi Engkau Maha Pelembut lagi Maha Mengetahui. Engkau mengetahui bahawa mereka tidak berdaya lalu Engkau mudahkan jalan bagi mereka yang jika ditempuh, pasti mendatangkan keuntungan. Disebabkan mereka lemah lalu Engkau berikan kekuatan. Disebabkan mereka berdosa lalu Engkau berikan keampunan.

Ya Allah, Engkau mengetahui semua itu, kemudian Engkau mudahkan jalan menuju ukhuwwah ini agar ukhuwwah  menjadi penebus dosa-dosa, menjadi safa’at, membawa mereka ke syurga dan mencegah mereka daripada api neraka. Engkau mudahkan jalan menuju ukhuwwah. Engkau terangkan dalam Al-Quran dan hadis NabiMu dengan jelas dan terperinci. Kami wajib bersyukur, beribadat, bertasbih dan sujud kerana kemurahanMu. Kami harus mengucapkan salam pada Rasul yang mulia, begitu juga kami wajib berusaha mencapai ukhuwwah yang suci dan menempuh jalan ke arah itu. Jika tidak bererti kami engkar terhadap syari’at dan zalim kepada diri kami sendiri.

Saudara-saudara tercinta, marilah kita berjalan dalam taman indah yang diberikan oleh Allah pada kita. Di tangan kita tersedia Al-Quran dan Sunnah Rasul saw. Mudah-mudahan Allah mengembalikan barang kita yang hilang ( ukhuwwah ) dan dengan nikmatNya kita bersaudara.

Marilah kita fahami cara-cara ini dan kita kenali taman-taman tersebut agar kita berbai’ah kepada Allah, hidup di bawah lindunganNya, kerana buahnya adalah syurga. Siapa yang mendapat syurga, akan mendapat keuntungan yang besar. Sudah dimaklumi bahawa fitrah manusia ialah untuk mencintai orang-orang yang seumpama mereka – iaitu orang-orang yang berdekatan kecenderungan dan tabiat mereka. Jadi setiap insan bermesra dengan sesama jenisnya sebagaimana burung-burung terbang dengan sesama jenisnya.

Imam Malik hairan melihat burung merpati dan burung gagak berkumpul bersama. Dengan spontan ia berkata, ”Keduanya dapat bersatu, padahal jenisnya tidak sama. ” Ketika burung itu terbang ia melihat kedua burung itu dalam keadaan cacat ia berkata ” Sebab itulah burung-burung itu dapat bersatu.”

Berdasarkan pengalaman dan kajian, telah terbukti bahawa persaudaraan dan kasih sayang di antara manusia tidak tumbuh melainkan dengan adanya persamaan tabi’at dan adat istiadat. Ukhuwwah yang tidak disertai oleh persamaan, lambat-laun akan hilang ikatan kasih sayangnya, kemudian dua orang yang bersaudara itu pun akan berpisah.
Alangkah bijaknya penyair yang menyatakan :

            ”Kenapakah kamu berdua berpisah?” Dengan jujur saya menjawab,
 ” Pembawaannya tidak sama dengan pembawaanku, kerana itu kami berpisah.
Memang manusia beribu-ribu macam pembawaannya.”


Jika kecacatan dapat menemukan dua burung yang berlainan jenisnya ( perkara ini banyak terdapat dalam alam burung ) tentu kesatuan pemikiran, perasaan , tujuan, seranan dan pertimbangan dapat mempersatukan orang-orang mukmin. Bukankah cara berfikir kita sama, perasaan kita sama, bekerja untuk tujuan yang sama, menempuh jalan yang sama dan menetapkan persoalan dengan ukuran yang sama pula?

Bukankah kita mengucapkan kata-kata yang sama bila kita berjumpa dan berjabat tangan? Bukankah kita disatukan oleh satu bai’ah kepada pimpinan yang satu.Nabi  yang sama, Tuhan yang sama, kitab yang sama dan sunnah yang sama pula?. Bukankah kita bersatu ketika dipanggil oleh wanita teraniaya yang menjerit meminta tolong dalam Rumawi, lantas tentera Islam mengempur kerajaan itu untuk menyelamatkannya?. Bukankah kita semua merasa sedih kerana musibah yang menimpa saudara kita? Kita segera menolong, walaupun belum pernah bertemu sebelumnya dan belum pernah hidup bersama. Bukankah kita ini orang-orang yang dikatakan oleh agama.” Bila seorang wanita ditahan di Barat, orang-orang Timur harus mengirim tentera untuk menyelamatkannya.”

Benar, semua ini betul-betul terjadi.Siapakah yang lebih utama dan lebih layak daripada kita dalam ukhuwwah ini? Orang-orang mukmin memiliki sifat-sifat yang sama, kecenderungan yang sama, akidah yang sama. Justeru itu ukhuwwah adalah hasil yang lumrah daripada iman mereka. Ukhuwwah merupakan ciri khas daripada dakwah mereka. Allah yang Maha Agung berfirman :

            ” Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.”

                                                                                                            (Al-Hujurat, 10)

Bila kamu benar-benar inginkan kedudukan yang suci ini (ukhuwwah fillah) hendaklah berpandukan Al-Quran dalam segala urusan, jadikanlah sunnah Rasulu sebagai cara hidup, dan kembalikah kepada petunjuk Al-Quran dalam semua permasalahanMu. Insya-Allah hatimu akan penuh dengan ukhuwwah dan ketenteraman. Seseorang hamba Allah tidak akan mendapat keimanan yang sempurna sehingga ia cinta dan benci kerana Allah.

Cara Pertama :

Masing-masing hendaklah mencerminkan diri sendiri sebagai Al-Quran yan berjalan di permukaan bumi di mana halamannya adalah amal perbuatanmu dan kalimatnya adalah denyutan jantungmu. Pada ketika itu jasad-jasadmu akan hidup sebagai satu roh dan satu nafas.

Cara Kedua

Cara ini diterangkan oleh Nabi  saw yang tercinta dalam hadisnya yang mulia :

            ” Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kamu tidak
               akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu
               tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai.
               Mahukah kutunjukkan amalan yang apabila kamu lakukan
               kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu.”

                                                                                                            (Muslim)

Rasul menyuruh menyebarkan salam sesama kita.Laksanakanlah demi cintamu kepadanya dan terimalah nasihatnya.

Firman Allah :

            ”Tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya.
              Ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu Allah yang diwahyukan
   kepadaNya. ”

                                                                                                (An-Najm, 3-4)


Maksud menyebarkan salam bukanlah sekadar ucapan sahaja. Bukan juga azimat atau tongkat sihir yang bila menyentuh hati orang-orang yang ditutupi oleh asap kemungkaran dengan spontan akan menjadi putih, bersinar dengan nur kasih sayang dan ukhuwwah. Akan tetapi maksud salam mengandungi 3 pengertian yang luhur; cinta dan kasih sayang, memberi salam kepada saudaramu pada awal pertemuan serta tidak menyakiti juga memberi banyak keberkatan dan kebaikan kepada saudaramu daripada Allah swt.

( Persaudaraan kerana Allah, Pustaka Salam)


           



Sunday, January 30, 2011

Sembahyang Sunat Israq

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, sebagai puji yang banyak, daripada hambaMu ya Allah.

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan hari penuh keamanan, menerbitkan matahari daripada tempat terbitnya.

Wahai Tuhan kami, rezekikan ke atas kami dengan kebaikan pada hari ini dan jauhkan kami kejahatan.

Wahai Tuhan kami, terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk Engkau, sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Engkau selama-lamanya, dengan rahmat Engkau. Wahai yang terlebih penyayang daripada segala yang menyayangi.

Dan selawat dan salam ke atas penghulu kita Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat baginda semuanya. Dan segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

Saturday, January 29, 2011

Excellence

Excellence is dedication
to a job that’s hard to do
going the extra mile
and always trying to follow through

Excellence is communication
sharing everthing you know
and learning how to listen
so your expertise will grow

Excellence is appreciation
of the talent that you see
acknowledging a job well done
inspires success and loyalty

Excellence is aspiration
with a higher goal in mind
to trust in Allah and reach for things
of a more rewarding kind.  

(Norzila Yusoff)

Friday, January 28, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku mahu taat, redha dan sabar
dengan takdirMu
aku mahu surga di akhirat
kerana aku tidak tahan dengan nerakaMu
aku mahu Engkau untuk hatiku
bukan dunia sebagai matlamat.

Aku pohon dariMu sesungguh hati
kurniakan aku iman dan taqwa
serta akhlak mulia
dan bantulah hambaMu ini
dalam mujahadahnya
terhadap nafsu....

Ya Allah Ya Tuhanku
grant me the serenity
to accept the things I cannot change

Ya Allah Ya Tuhanku
grant me the courage
to change the things I can

Ya Allah Ya Tuhanku
grant me the wisdom
to know the difference………

(Norzila Yusoff)

Thursday, January 27, 2011

Rendahnya diri dan ampunilah daku Ya Rabb

Dengan menyebut nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah
Aku memohon sedikit saja dariMU meskipun ……
sesungguhnya yang kubutuhkan dariMu  begitu banyak
dan Engkau sama sekali tidak membutuhkannya
dari dulu hingga kapan pun.

Bagiku yang ku pinta ini sangatlah banyak
sedangkan bagiMu teramat kecil
Ya Allah
ampunanMu atas dosaku
pengabaianMu atas kesalahanku
serta maafMu atas kezalimanku
juga penutupanMu atas keburukan amalku
kemurahanMU atas berbagai kejahatanku
baik yang sengaja maupun yang tidak sengajaku lakukan
semuanya mendorongku untuk meminta dariMu
sesuatu yang sejatinya tidak layak bagiku
yang Engkau karuniakan kepadaku kerana Kasih SayangMu
Engkau perlihatkan kerana kekuasaanMu
dan Engkau perlihatkan berbagai wujud penerimaanMu

Sekarang
aku berdoa kepadaMu dalam keadaan aman
ku mohon kepadaMu dalam keintiman denganMu
tiada rasa takut dan khawatir
yang berlebihan terhadapMu
atas apa yang ku mohonkan kepadaMu
jika yang diminta terlambat dikabul
aku mencelaMu kerana kebodohanku
padahal
boleh jadi keterlambatan itu lebih baik bagiku
kerana Engkau mengetahui akibat berbagai urusan
aku tidak melihat Tuan yang lebih dermawan
dan sanggup bersabar menyingkapi hamba
yang kikir ini ketimbang  Engkau

Wahai Rabbku
Engkau menyeruku namun justru berpaling dariMu
Engkau berupaya mencintaiku
meskipun aku membuatMu membenciku
Engkau berupaya mengasihi
meski aku justru menghindariMu
tampaknya aku terlalu berani kepadaMu
namun hal itu tidak menghalang-halangMu
untuk tetap mengasihi, menyayangi dan berbuat baik kepadaku
kasihilah hambaMu yang banyak salah ini
karuniailah aku dengan kebaikanMu
sesungguhnya Engkau Maha Dermawan lagi Pemurah.

(Shahifah ‘Alawiyyah)

Nota :

Doa saidina Umar :
‘ Ya Allah, jadikan daku redha dengan keputusanMu dan berkatilah daku dalam takdirMu
sehingga diri ini tidak suka menyegerakan apa yang Engkau tunda dan menunda apa yang Engkau segerakan ‘

Wednesday, January 26, 2011

Aku sepatutnya malu menulis surat cinta kepadaMU

Aku sepatutnya malu menulis surat cinta padaMu
kerana ia tidak mungkin jadi sempurna
dan setelah terlalu banyak mengingkariMu
Kau mungkin tidak bersedia menerima

Mengapa aku harus tiba padaMu
bagai seekor kupu-kupu yang meninggalkan rimbanya
keragaman rahsia yang mentaati kata-kata
”tidakKu beri ilmu
melainkan sedikit sahaja”
aku jadi marah pada ketetapan itu
dan meluru menuju lampu
tapi hanya terhumban pada kaca
lalu jatuh ke kakiMu
apakah Kau sedia memaafkan
carik-carik dikepakku?

Atau apakah Kau sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpegun
pada kesempurnaan jari-jariMu?

Mengapa aku harus tiba padaMu
bagai sungai yang menemui muaranya
dalam murung rasa tua
setelah terlalu banyak meronta
mahu melepaskan diri dari sekatan tebingnya
tapi hanya menambahkan beban
sehingga tiba ada keluasan lautMu
apakah Kau sedia memaafkan
kekeruhan di tubuhku?

Atau apakah Engkai sengaja
memilih pertemuan begini
untuk aku jadi lebih terpesona
pada kejernihan mataMu?

Kau terlalu banyak menyimpan keindahan
mengapakah aku tidak melihatnya dahulu
atau apakah Kau sengaja menyembunyikan
supaya aku jadi lebih kasih padaMu

Zurinah Hassan; Mingguan Malaysia
1976


Nota :

Seringnya kita berfikir, memberi maaf adalah hadiah bagi seseorang yang kita maafkan, sebaliknya memaafkan adalah hadiah buat diri kita sendiri. Hadiah untuk sebuah kebebasan dari rasa tertekan, dendam, amarah dan kedegilan hati!.

Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan atau  manisnya ucapan dibibir tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya!

Terima kasih padaNya kerana diberi ruang dan peluang menemui pelbagai wajah insan.. hanya EMPAT huruf..  MAAF......  muga dalam rahmat, taufik hidayah dan keberkatanNya.  sepanjang usia. Amin.



Tuesday, January 25, 2011

Ijazah Pengorbanan

( Buat mereka yang gugur kerana Negara )

Anak itu lahir
di tengah perih-jerih kemiskinan nan mencengkam
yang masih juga begitu
saat usia menginjak dewasa.

Dia tidak punya kepintaran
buat menghuni menara gading
namun dikurnia jiwa satria
yang berpadu
antara derap sepatu bertapak besi
dan gegak laungan Gempur Wira
katanya
hanya itu termampu disumbang
insan sepertinya

Hari ini si anak kembali
ke desa tempatnya mula menjengah dunia
diiring pilu handai taulan
benarlah bicaranya
lewat warkah buatku
”Cikgu,
barangkali hari konvo saya
hari di mana Jalur Gemilang berlipat segi tiga
diserah ke tangan ayah dan bonda”

Anak muridku
damailah engkau di sana
cikgu berbangga
kerana pernah mendidikmu
walau engkau
bukan seorang graduan
namun lulus cemerlang
dalam peperiksaan taat setia
pada agama nusa juga bangsa.

(Amrul Bahar, Ipoh Perak)



Monday, January 24, 2011

Permatang Budi

Menapak di permatang ini
kukumpul masa lalu
alangkah mahal budi.

Menapak di permatang ini
kukumpul kemesraan kampung
mereka adalah ibuku, bapaku
adalah kakakku, abangku
kasih pun memberat
mereka adalah kesegalaanku

tidak akan kulupakan
kumpulan manusia luhur
yang ikrab dengan lumpur
kerana dari mereka
kupetik peringatan
tentang erti kehidupan

menapak di permatang ini
kukumpul segala budi
permatang pun terbina di hati
permatang budi

( Rahman Shaari )

Sunday, January 23, 2011

Kerendahan hati

Duhai Yang Maha Mendengar
ampuni jika selama ini  kami termasuk dalam pandanganMu
sering membesar-besar diri dan meremehkan keagunganMu
sering dusta kebenaran, remehkan agamaMu,
enggan menerima nasihat.

Ya Allah
ampunkan ketakhaburan, meremeh orang yang berkedudukan di sisiMu
menghina para ulamak, ujub di hati, Kau Maha Tahu.
gantikan segala kesombongan dengan ketakwadukkan
jangan biarkan jadi makhluk sombong sekecil apa pun
angkat darjat dengan kerendahan hati
jauh daripada sifat riak, pamer, bermegah-megahanan, pamer kemewahan.

Mensyukuri nikmat, qanaah, bersahaja,
jauh daripada sifat riak, pamer amal kebaikan
berikan kenikmatan orang yang berhati tulus, hati ikhlas
jauh daripada sifat zalim terhadap sesiapa pun
sekecil apa pun
cegah daripada perbuatan maksiat.

Indahkan diri kami dengan hidup yang selalu
merindukan untuk membahagiakan dan menolong hamba-hambaMu
kami tak mahu gagal hidup ini
kami ingin bisa pulang kepadaMu
kami tidak mahu jadi ahli neraka
kami ingin bisa berjumpa dengan rasulMu.

Ya Allah
kapanpun hidup kami berakhir
beri kesempatan kami perbaiki diri
beri kesempatan kami berbekal pulang
jangan biarkan kehidupan dunia ini menipu kami.

Ya Allah
hujamkan di hati ini kerinduan kepadaMU
jadilah hari-hari kami yang penoh penantian
tuntunlah kami agar dapat mempersembahkan
yang terbaik daripada hidup ini.
Aamin.


( AaGym )

Redha

Wahai Yang Maha Agong
Wahai Yang Maha Adil
Wahai Yang Maha kasih sayang
kurniakan kepada kami hati yang selalu berbaik sangka terhadap ketentuanMU
hati yang selalu merasakan keindahan  dan keagungan perbuatanMu
golongkan kami menjadi orang yang selalu puas dengan apa pun yang engkau tetapkan.
kurniakan kepada kami nikmatnya bersyukur dengan apa pun
kau berikan dan indahkan peribadi kami dengan kesabaran
ketika ujian harus kami hadapi.

Ya Allah
jadikan diri kami menjadi diri yang selalu terpelihara
dari hati yang kecewa terhadapMu
dari hati yang tiada bersyukur
dari hati yang tiada bersabar

Ya Allah
kurniakan kepada kami kesempurnaan ikhtiar di jalan kepadaMu
kurniakan kepada kami keikhlasan
kurniakan kepada kami perbuatan hidup dekat denganMu

Ya Allah
hanya Engkaulah tujuan kami
hanya Engkau tujuan kami
jangan biarkan hidup kami
tersia-sia dengan hati yang tidak redha kepadaMu

Allaahumma innaa nas-aluka ridlaaka wal jannata wana’uudzu bika min sakhathika wannar.
Rabbanaa aatinaa fid’dunyaa hasanatan, wafil aakhirati hasanatan waqinaa ’adzaaban naar
Washallahu’alaa sayyidinaa Muhammadin wa-aalihi washahbihi wasallam, walhamdu lillahi rabbil ’aalamiin. Aamin.

( Aa Gym )

Haji Mabrur

Ya Allah Yang Maha Indah
indahkan diri kami dengan akhlak yang mulia

Ya Allah
indahkan diri kami dengan rasa syukur atas nikmat dariMu
indahkan diri kami dengan kesabaran di kala ujian kami hadapi
indahkan diri kami dengan kesempurnaan ikhtiar di jalan yang Engkau redhai
indahkan diri kami dengan sifat kasih sayang terhadap hamba-hambaMu
indahkan diri kami dengan kecintaan pada kebenaranMu
indahkan diri kami dengan kehidupan yang selalu bermunafaat bagi umatMu
indahkan diri kami dengan getar cinta kepadaMu, cinta kepada rasulMu,
cinta kepada orang-orang yang mencintaiMu

Ya Allah
jadikan sisa umur ini menjadi umur yang indah
jadikan sisa umur ini penuh makna
penuh manfaat bagi umat.

Ya Allah
selamatkan bangsa kami
tuntunlah bangsa ini oleh para pemimpin yang indah akhlaknya,
indah hatinya, adil sikapnya
lindungi kami dengan pemimpin yang serakah.

Ya Allah
lindungkan kami daripada pemimpin yang zalim
tiada Tuhan selain Engkau
pengenggam bangsa ini.

Ya Allah
kepadaMulah kami bermohon
jadikanlah para haji mabrur
menjadi cahaya kepada umatMu
Aamin.

( Aa Gym )

Saturday, January 22, 2011

Dengki

Duhai Ya Allah
ampuni segala kebusukan hati
kami selama ini
ampuni segala apa pun masa lalu kami
ampuni semua kezaliman yang pernah kami perbuat Ya Allah
khusus kepada ibubapa kami
ampuni jika pernah melukakan hatinya
atau mencabik-cabik perasaannya
golongkan menjadi anak yang tahu balas budinya

Ya Allah
jadikan kami menjadi cahaya bagi hatinya
kemuliaan bagi dunia akhirat.

Ya Allah
ampuni jika kami pernah mendengki
kepada orang-orang yang Engkau cintai
golongkan kami menjadi orang yang selalu
mengasihi dan  memuliakan orang-orang yang Kau sayang.

Ya Allah
ampuni jika kami pernah berbuat zalim
pada hamba-hambaMu yang lemah
golongkan kami menjadi jalan kurniaanMu Ya Allah
bagi kaumMu yang duapak
berikan kenikmatan bagi kami untuk menolong
berikan kelazatan bagi kami untuk mengabdi
berikan kemampuan bagi kami
untuk melindungi hamba-hamba yang lemah
mencukupi hamba-hambaMu yang fakir
membahagiakan hamba-hambaMu yang teraniaya.

Ya Allah
kami memohon kepadaMu
indahkan diri kami dengan kerendahan hati
angkatkan darjat kami dengan keikhlasan
sempurnakan kehidupan kami dengan hati bening.

Ya Allah
izinkan Ramadhan tahun ini menjadi
pembersih lahir dan batin kami
izinkan Ramadhan tahun ini menjadi
sebaik-baik bekal bagi kepulangan kami.

Ya Allah
selamatkan bangsa kami ini
lindungi kami daripada para pemimpin yang mendengki satu sama lain
lindungi kami daripada ulamak yang terjerat dengan kedengkian
dan lindungi seluruh keluarga dan masyarakat
daripada kedengkian

Ya Allah
Kaulah yang mengenggam lahir batin kami.
Aamin.

( Aa Gym )

Hidup ini indah

Ya Allah Ya Karim
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah ampunlah seluroh dosa kami
Ya Allah ampunlah seluroh aib kami
kami yang belum bersungguh-sungguh bersujud padaMu
golongkan kami yang rasa lazat sujud padaMu
jika kami derhaka pada orang tua kami
ampunlah kami

Ya Karim
jadikan kami
orang yang dapat membahagiakan dan membalas orang tua
jika pernah makan harta dan makanan yang haram
ampunilah
gantikanlah dengan rezeki yang halal, berkah, mudah dan maslahat
jika ajal tak lama lagi menjemput kami
mohon jadikan sisa umur ini
umur merasa indahnya taat padaMu
nikmatnya mengabdi padaMu
lindungi sisa umur dari kesia-siaan.

Ya Allah
ampuni dan selamatkan orang tua dan pendahulu-pendahulu kami
jadikan sisa-sisa umur mereka
orang yang Kau pelihara ketaatan padaMu
berikan mereka Husnul Khatimah
lindungan daripada segala himpitan kubur
yang merepotkan tulang-tulangnya
dan daripada kobaran neraka jahanam
golongkan mereka sebagai orang yang Kau muliakan di dunia dan akhirat.

Ampunkan kedurhakaan kami selama ini kepada orang tua kami
dan beri kesanggupan agar sisa umur kami dapat menjadi
jalan kebahagiaan dan keselamatannya

Ya Allah
Ampunlah pula guru-guru yang telah memberi jalan ilmu
dan kebenaran kepada kami
dan orang-orang yang pernah membuat kebaikan
dan kami pernah aniaya dan aniayaan kami.

Kurniakan kami rumahtangga yang sakinah, sejuk, isteri yang soleh,
Peneguh bagi taat padaMu, tak tersilau dan tertipu oleh dunia,
 mendidik keturunan yang sentiasa terdidik dan mulia
golongkan suami yang soleh, suri tauladan
dan kebahagiaan kepada keluarga dan keturunan,
mencukupi dengan rezeki yang halal dan berkah
titipkan keturunan yang mulia, soleh dan solehah,
lindungi keturunan kami
daripada kedurhakaan, kefakiran, kehinaan dunia dan akhirat
golongkan anak-anak kami mereka yang sentiasa mendoakan kami
golongkan kami terpelihara di dunia dan akhirat kelak.

Cintalah siapa yang hadir di saat ini
golongkan kami yang dapat kenalMu
hingga kami sedar hidup ini semata-mata untuk
memberi pengabdian terbaik hanya padaMu
jangan biarkan hati ini bergantung kecuali gantungkan hanya padaMu
jangan biarkan hati ini takut dan gentar kecuali cukupkan
ketakutan dan kegetaran itu hanya padaMu.
jangan biarkan hati ini mengharap
kecuali mengharap hanya padaMu

Jadikan kami golongan ahli solat yang khusyuk,
ahli shaum yang ikhlas, ahli sedekah yang tulus,
undang kami menjadi haji-hajiMu yang mabrur
golongkan orang yang Kau cukupkan
sehingga dapat mencukupkan yang fakir, menolong yang miskin
berikan kami kedudukan hingga kami dapat
membela yang lemah, melindung yang teraniya.

Kurniakan kami dunia yang melimpah,
yang membuat kami semakin dekat padaMu
yang buat hidup kami semakin bermunafaat kepada agama dan umatMu.

Kaulah satu-satunya harapan dan tujuan kami
selamat dan angkatlah darjat kami.
Aamin.

( Aa Gym )

Membersihkan hati

Ya Allah  yang maha menatap, maha dekat,
mendengkupkan setiap jantung
yang menghela setiap nafas.

Ya Allah
Engkau yang menghimpunkan kami
betapa tebal hijab ini hingga kami  tak dapat mendekatiMU
kerana maksiat yang melumuri diri ini.

Ya Allah
betapa gelap hati ini kerana lumuran dosa yang kami perbuat
sehingga tiada nampak keagunganMu
padahal segalanya ia begitu jelas dan kukuh.

Ya Allah
begitu nesta diri kami
sehingga kami malu untuk mengharapkan kedudukan di sisiMu
tapi kepada siapa lagi
kami ingin memohon untuk membersihkan diri ini
selain daripadaMu.

Ya Allah Yang Maha Mendengar
ampuni  sebusuk apapun dari kami
ampuni jika nafsu sering menjerumuskan kami
ampuni jika sering membuat kami membuat maksiat
ampuni jika amarah sering mengelincirkan kami
berbuat hina dan nesta.

Ya Allah
sebusuk apa pun diri kami
kami tetap berharap agar bisa mempunyai kedudukan di sisiMu
jangan biarkan dunia ini menyilau dan memperdayakan kami
tampakkan Ya Allah kehinaan dunia ini
namun berikan sempatan kami
untuk berbuat sesuatu yang terbaik di dunia ini.

Ya Allah
bimbinglah kami agar nafsu ini nafsu yang Engkau sukai
jangan biarkan kami luluh
oleh godaan, tergelincir, terjerumus Ya Allah.
Beri kesempatan untuk kami bertaubat
Taubat nasuha daripada maut, pengakhir yang baik
Aamin.

( Aa Gym )

Friday, January 21, 2011

Kita Bina Hidup Ini

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan
Berita Minggu, 14 Feb 2010 }

JADILAH SIAPA SAJA

Jadilah pelaut kau tahu lautan hidup bergelora,
Jadilah petani kau kenali keringat sawah ladang,
Jadilah pengayuh beca kau rasai roda lelah seharian,
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperolehi sesuap nasi,

Jadilah penukang atau pengukir belum pasti makmur memahat diri,
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan,
Jadilah pemanjat kelapa kemana pelepah melambai keadilan,

Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyi,
Jadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seni,
Jadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tau harga diri,
Jadi pelukis karyamu alam tidak terhakis siang malam,
Jadi pereka bentuk segalanya melakar manis masam,

Jadi penulis bergelar sasterawan merakam adab,
Jadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat,
Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajar,
Jadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besar,
Jadi pelatih jangan tau maki herdik oleh letih lesu nafsu marah,
Jadi pensyarah tau kaedah sedar insaf akan ilmu yang parah,

Jadi perancang di situ berfikir selok belok ekonomi rakyat,
Jadi peguam fasih lidahmu kelak kebenaran hukum terletak,
Jadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat,
Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diri,
Jadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwi,

Jadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambing,
Jadi engkaulah pengawaswarga agar tau melalui musim,
Jadi Perdana Menteri tau berperi sedia berani mati,
Jadi permaisuri di sisi hikmah raja selalu bestari,
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makruf,
Jadi penggerak jauhi nahi munkar jasabakti diselangi takruf,
Jadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum mati
Jadikan kematian itu sanya pedoman kembara diri,
Jadi satu cangkir yang setiap kita akan menghirupnya,
Jadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!


Dato’ Hj A.Aziz Deraman
Kuala Lumpur
1 Mei 2002

Bila Tersasar Jalan Pulang

TIDAK mungkin sama hidup anak-anak yang ada ibu dan yang tidak beribu. Wajah duka si anak yatim pasti dapat merobek hati sekeras batu. Hilai tawa anak yatim sumbang iramanya, seperti ada bait duka di tengah-tengah.
Begitu juga hiba yang dirasai bila tangisan mereka berpanjangan seperti tiada penghujung. Dan itulah yang saya rasakan ketika melihat 4 orang cucu tiri meratapi pemergian ibu mereka malam Selasa baru-baru ini. Berita kehilangan menantu tiri saya, Mairisah (Mai), 40 tahun, bukan saja membuat saya tersentak tapi terus tersentap dari segala kemungkinan yang bakal berlaku kepada anak-anak saya andai nanti saya pula yang menyusul Mai, entah bila-bila saja.
Anak-anak Mai seramai 4 orang, semuanya masih di bangku sekolah dan yang paling kecil, Dara Resani, berusia 8 tahun. Beberapa hari lagi sekolah akan dibuka, bagaimanakah agaknya anak-anak ini akan meneruskan kehidupan tanpa ibu di sisi. Insafnya melihat drama kehidupan di depan mata....
Tanpa dakapan, pelukan, ciuman dan salam terakhir, Mai pergi meninggalkan anak-anak. Penyakit kencing manis kronik punca kematian dan arwah Mai sudah menghidapinya sejak sekian lama.
Empat beradik Yudi, Icha, Fajar dan Dara bergilir menjaga ibu bila ayah mereka keluar bekerja. Disuap, dimandi, dimanja semuanya dibuat sebaik mungkin oleh anak-anak ini. Tapi takdir kehidupan menjemput Mai di pagi Selasa minggu lalu. Mai terus pengsan dan koma. Yang kecil terkapai-kapai kerana masih belum puas dibelai, yang besar seperti kebingungan kerana belum bersedia.
Betapa besarnya peranan ibu hanya bila sudah tiada baru terasa. Segalanya tentang ibu itu besar erti pada sebuah kehidupan yang fana ini. Saya selalu berkata kepada anak-anak, apa pun yang dinamakan ibu, asal saja namanya ibu, besar ertinya.Baik namanya ibu roti, ibu sawat, ibu negeri mahupun ibu tiri.
Signifikannya seorang ibu di dalam sebuah institusi keluarga. jangan sekali-kali dipandang remeh. Sepinya rumah yang ditinggal sang ibu, sepi lagi ruang hati anak-anak yang kehilangan tempat bergantung. Ratapan cucu-cucu tiri membuat saya rasa begitu sebak.
Apa lagi yang lebih hiba dari melihat anak-anak meratapi jenazah ibu diturunkan ke liang lahad. Bercerai kasih seperti itu, badan yang sasa pun akan terasa seakan melayang. Belum pun kering tangisan melepaskan Mai menemui sang pencipta dan alam barunya, silih berganti pula dengan tangisan melihat sedu sedan anak-anak Mai melangkah ke 'alam baru' tanpa ibu.
Biar pun kematian selalu 'hampir' dalam hidup saya, begitu pun, saya tewas dan masih lemah untuk mengawal perasaan. Saya akan terus bergelut dengan emosi bila ianya datang menyapa tidak kira waktu dan tempat.
Hidup perlu diteruskan, kata orang sekeliling memberi semangat tapi tanyalah pada si bijak pandai, tidak mungkin ada penawar bagi mereka yang ditinggalkan bila ada sebuah kematian. Melainkan tuhan melenyapkan kesedihan itu dan memadamkan episod duka sedikit demi sedikit. Tapi parutnya akan tetap ada sampai bila-bila kerana setiap kali kematian menyapa, airmata akan menjadi teman yang paling setia.
Di mana pun, ada saja berita tentang kematian tetapi sedikit yang mengambil iktibar darinya. Arwah ayah selalu titipkan..."Jangan lupa bekalan untuk dibawa pulang" tapi kedegilan dan kesibukan membuat saya selalu tersasar dan lalai.
Setiap kali itu juga, saya akan berkata, kerugian itu akan saya tebus sedikit demi sedikit. Bila dan bagaimana, saya sendiri tenggelam punca mencari jalan penyelesaian. Getaran kematian itu semakin terasa. Sukarnya menjadi 'si alim yang jahil' dan ibu yang gagal mendidik.
Di usia begini, pendakian menuju jalan pulang semakin hampir selama mana jasad masih dikandung badan. Tapi berapa ramai yang diberi ingatan tentang usia yang semakin susut. Jangka hayat bukan ada tanda luput dan tidak seperti catatan sebuah kalendar. Bila dan di mana, hampir tiada yang diberi pengetahuan tentang itu.
Kata pujangga, melihat kematian umpama seekor ayam yang melihat ayam-ayam lain disembelih di depan mata, satu demi satu dikorbankan. Bila seekor sudah menggelupur dan tumbang, seekor lagi menanti giliran. Tidak terdaya untuk mengelak melainkan terpaksa menyerah diri. Di hujung kehidupan menjengah 'maghrib', rasanya tidak mungkin ada peringatan lagi untuk menyelamatkan diri dari tersasar terus. Biar berteman dengan yang lebih tua, lebih berilmu dan beragama, saya masih bermimpi di siang hari dan terus-terusan menikmati dunia sementara ini.
Dan meskipun begitu banyak tanda peringatan yang dikirimkan dari usia meningkat, rambut putih, nikmat yang ditarik hinggalah ke penyakit kronik, bisikan syaitan senantiasa membuat hati ini degil dan terus menongkat dunia hingga buat-buat lupa episod 'ayam yang disembelih'.
( Bawang Putih )