Friday, February 24, 2017

Doa Nasiri (3)

30. Ya Rabbi, Ya Rabbi perlindungan kami dengan kasihMu dan dengan kekuatan pertolonganMu.
31. Berpihaklah kepada kami dan janganlah memusuhi kami. Janganlah Engkau biarkan kami bersendirian walaupun sesat.
32. Kami tiada kuasa mempertahankan diri serta tiada muslihat untuk mendatangkan menafaat bagi diri kami.
33. Tiada kami tujui pintu yang lain melainkan pintuMu yang mulia, dan tiada yang kami harapkan melainkan limpah kurniaMu yang meliputi segalanya.
34. Tumpuan kami hanyalah mengharapkan barakahMu kerana Engkau hanya berkata Jadi maka Jadilah.
35. Ya Rabbi, Ya Rabbi, sampai hanya denganMu. Kepada apa yang Engkau  punyai dan berusaha itu denganMu.
36. Ya Rabbi, Engkau tiang penyokong kami. Ya Rabbi, Engkau kota kami yang tidak dapat ditembusi.
37. Ya Rabbi, Ya Rabbi, berikanlah kami keselamatan ketika kami dalam perjalanan dan ketika diam.
38. Ya Rabbi, Ya Rabbi peliharalah tanaman dan ternakan kami dan peliharalah perniagaan kami dan tambahkan bilangan kami.
39. Jadikan tanah nusa kami, tanahair yang Deen (Islam) dan tempat istirehat mereka yang memerlukan dan yang miskin..............

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Doa Nasiri (2)

20. Wahai Engkau Yang Maha Luas IhsanNya.Wahai Engkau yang kebaikannya meliputi semua makhluk dan tiada lain yang patut diseru.
21 Wahai Penyelamat (Al-Munqiza) orang yang lemas, Ya Hannan (Pengasih / Penyayang), Wahai Penyelamat mereka yang binasa dan yang memberi kurnia yang melimpah ruah.
22. Kata-kata tidak memadai Wahai Yang mendengar (Ya Sami’), mengkabulkan (Ya Mujiib). Penawarnya sukar sekali, Wahai Yang Cepat Memperkenankan dan Wahai Yang Hampir.
23. Pada Engkau, Ya Tuhan kami, kami hulurkan kedua tangan kami dan dariMu Ya Tuhan kami pohonkan Latiff (kelembutan).
24. Lemah lembutlah dengan kami dalam apa yang engkau qadha’kan dan jadikan kami redho dengan apa yang Engkau redhoi.
25. Ya Allah gantikan kesusahan kami dengan kesenangan dan bantulah kami dengan angin kemenangan.
26. Berikan kami kemenangan ke atas penentang-penentang kami dan bendunglah kejahatan yang diusahakan oleh mereka  yang inginkannya.
27. Tumpaskan musuh-musuh kami Wahai Yang Perkasa dengan kuasa yang memecah belahkan kesatuan dan yang akan menghancurkan kekuasaan mereka.
28. Musnahkan kehendak mereka dan gagalkan usaha mereka dan binasakan tentera-tentera mereka  dan goncangkan keazaman mereka.
29. Ya Allah, percepatkan balasan murkaMu ke atas mereka. Sesungguhnya mereka tidak boleh bersemuka dengan QudratMu...........

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Doa Nasiri (1)

Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Mengasihani
Selawat ke atas junjungan kita Sayyidina Muhammad dan sekalian keluarga baginda

1. Wahai Engkau pada rahmahNya kitahalakan tujuan. Padamu orang dalam kesempitan mencari perlindungan.
2. Ya Maula, yang kemaafanNya amat hampir. Wahai Engkau yang menolong setiap mereka yang berdosa padaNya.
3. Dengan Engkau kami mohon pertolongan. Wahai Engkau yang menolong mereka yang lemah. Engkau bagi kami cukup memadai Ya Tuhan.
4. Tiada yang lebih perkasa dari QudratMu dan tiada yang lebih mulia dari kekuatan kuasaMu.
5. Raja-raja tunduk kepada kehebatan kerajaanMu dan Engkau merendahkan dan meninggikan sesiapa yang Engkau kehendaki.
6. Dan segala urusan kepada Engkau kembalinya dan ditanganMulah segala kelepasan dan ketentuan.
7. Sesungguhnya telah kami serahkan urusan kami kepada Engkau dan kepadaMu kami mengadu akan kelemahan kami.
8. Rahmatilah kami. Wahai Engkau yang mengetahui kelemahan kami dan yang terus menerus memberi rahmat.
9. Lihatlah apa yang kami alami dari segala makhluk. Hal kami di kalangan mereka seperti yang Engkau lihat.
10. Sesungguhnya pasukan kami kecil, harta kami sedikit, kekuatan kami merosot di antara kumoulan-kumpulan lain.
11. Telah mereka lemahkan perpaduan dan kekuatan kami, dan telah mengurangkan bilangan dan persediaan kami.
12. Wahai Engkau, kerajaanMu tidak dapat dimusnahkan. Berikanlah kami perlindungan demi darjatMu yang tidak boleh dikalahkan.
13. Wahai penolong kepada masakin, kepada Engkau kami bersandar. Wahai gua yang melindungi yang lemah, kepadaMu kami bergantung.
14. KepadaMu kami bermohon untuk menghilangkan sebarang kesukaran dan kepadaMu kami berharap untuk menghilangkan segala keresahan.
15. Engkau yang memberi inayah (perlindungan) yang tidak dapat kami harapkan datang melalui pintu selainMu.
16. Engkaulah pintu kemurahan yang kami kejar dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kayakan dengan kurniaMu.
17. Engkaulah yang memberi petunjuk apabila kami sesat. Engkaulah yang memaafkan apabila kami tergelincir.
18. Ilmu yang Engkau miliki merangkumi setiap sesuatu yang Engkau jadikan serta juga belas kasih, rahmah dan kesabaranMu.
19. Tiada siapa dalam ujud ini yang lebih hina dari kami atau tiada yang lebih fakir pada apa yang ada pada Engkau selain kami................

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Thursday, February 23, 2017

Al-Muntaqim

Asma ul-Husna ke-81

Al-Muntaqim ertinya Allah Maha Penyiksa, Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya sesuai dengan firmanNya bermaksud:

Kerana itu, janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janjiNya kepada rasul-rasulNya. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi mempunyai pembalasan.
(Ibrahim:47)

Maha Penyiksa
 
Al-Muntaqim, Yang Maha Membalas dendam, membelah punggung-punggung mereka yang menyimpang dari jalanNya, yang menambah hukuman pada orang-orang yang menindas di negerinya, setekah menyedarkan mereka dan berulang-ulang mengingatkan mereka serta setelah memudahkan mereka untuk membetulkan, memberi mereka kelonggaran.

Kata al-Muntaqim berasal dari kata benda intiqam, membalas dendam atau berusaha balas dendam terhadap seseorang. Sebuah hukuman tidak disebut demikian kecuali jika syarat-syarat berikut terpenuh:

1. Kasih sayang mencapai batas kekejaman yang ekstrem. Allah telah berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 16 bermaksud: Pada hari itu Kami akan menghentam (mereka) dengan hentaman yang keras. Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan (kepada mereka).

2. Suatu hukuman dijalankan setelah satu period kelonggaran. Alllah telah berfirman dalam surah al-maidah ayat 95 bermaksud: Barangsiapa yang kembali (kepadanya); maka Allah akan menampakkan siksa kepadanya dan Allah Maha Besar, Tuhan yang Maha Memberi Balasan.

3. Hukuman seperti itu memerlukan perasaan benci ketika melihat seseorang terluka, sesuatu yang tidak pernah terjadi dalam kes Sang Pencipta, namun itu benar-benar terjadi pada manusia yang ganas dan pembenci. Intiqam, balas dendam dari seorang hamba Allah dilakukan hanya jika ia ditimpakan pada musuh-musuhNya (orang-orang yang mengingkari atau tidak mengimaniNya). Balas dendam semacam ini patut dipuji. Seburuk-buruknya musuh manusia adalah diri-diri merekasendiri yang halus iaitu nafsu.

Tidak berdendam

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelapanpuluh satu dengan bercemin padaAsma ul-Husna ialah tida kberdendam ataupun mempunyai sifat-sifat sebagai penghukum kerana hanya Allah sahaja yang layak menghukum hamba-hambaNya yang dikehendakNya.

Al-Muntaqim memperkuat hukumanNya terhadap para penindas, menyebabkan para pelaku kejahatan ditundukkan pada pembalasanNya. Dia mengutus para rasulNya, yang didukung oleh tanda-tanda dan mukjizat-mukjizatNya, untuk mengingatkan umatnya. Oleh itu jika amaran dan peringatan tidak memberi pengaruh positif kepada seseorang, maka sesungguhnya Dia akan menimpakan azabNya dan balas dendam terhadapnya.

Ketika seseorang menyedari bahawa tak ada sesuatu yang besar atau kecil selain bahawa hukuman untuk setara dengan ukuran dan jenis (perbuatan), niscaya ia akan takut pada Tuhannya dan menyedarkan keinginan dan hasratnya kerana takut melakukan dosa.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

At-Tawwab

Asma ul-Husna ke-80

At-Tawwab ertinya Allah Maha Penerima Taubat sebagaimana firmanNya bermaksud:

Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Mengasihani.
(Al-Baqarah:160)

Maha Menerima Taubat

At-Tawwab adalah katasifat yang akar katanya adalah tawbah, penyesalan, yakni kembali kepada Allah. Ertinya Dia menerima penyesalan hambaNya, iaitu Dia melimpahkan kurniaNya kepada mereka, memudahkan mereka untuk bertaubat, memudahkan bagi mereka untuk melakukannya. Maka at-Tawwab, menerima penyesalan.

Dengan demikian, dimaklumi bahawa sekiranya Allah tidak menerima penyesalan dari salah seorang hambaNya, yang terakhir ini tidak dipandang orang yang bertaubat kerana asal usul penyesalan dalam realitinya berasal dari Allah yang menutupnya dengan penerimaanNya atas taubat itu sendiri.

At-Tawwab memudahkan taubat bagi hamba-hambaNya berkali-kali dengan tanda-tanda yang Dia jelmakan pada mereka  dan peringatan yang dengan itu Dia mengingatkan mereka sehingga ketika mereka mengetahui hukuman atas dosa-dosa mereka, mereka menjadi ketakutan dan mereka kembali bertaubat.

At-Tawwab bermakna Allah menerima taubat dari orang yang menderhakaiNya kemudian kembali menaatiNy. Dan jika iamelakukan suatu dosa kemudian kembali kepadaNya, niscaya Dia menyambutNya. Dia memaafkan orang yang menyimpang dari jalan lurus lalu meminta maaf kepadaNya, sehingga Dia mengampuni dosa-dosanya. Selama hamba Allah meminta taubat, Tuhan tetaplah Maha Mengampuni.

Bertaubat

Merujuk kepada perkara ini, sifat manusia yang kelapanpuluh dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah swt.

Kita semestinya setiap hari bertaubat dan meminta penerimaanNya akan taubat kita. Kita harus menuju kepadaNya dalam setiap keadaan. Pasalnya, taubat merupakan pengakuan akan kekurangan dan cacat seseorang. Dalam hal ini, berdiri di pintu Yang Maha Tahu haruslah takzim dan khidmat. Kerana alasan ini, rasulullah saw biasa bertaubat demikian sering untuk memperlihatkan kepada kita jalan kebahagiaan. Ia pun merupakan akhlak mulia seorang mukmin yang mengulang-ulang sifat ini demikan sering guna memaafkan mereka yang berbuat salah kepadanya, berkasih sayang kepada orang-orang yang menyakitinya dan menerima permintaan maaf orang lain.

Rasulullah saw sangat menginginkan orang-orang yang mengimaninya akan sentiasa meminta ampunanNya. Masyhur dalam sebuah hadis, baginda berkata: Demi Allah, aku memohon ampun (beristighfar) kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya, setiap hari lebih daripada tujuh puluh kali.

Allah telah mengampuni semua kesalahan rasulullah saw, namun baginda menimta ampunanNya dan bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali sehari.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010

Sajak rintihan Melayu

Pujian bagi Allah
Khaliq semesta alam
selawat dan salam
junjungan mulia, nabi Muhammad saw
wahai sahabat sekalian
dengarlah keluhan temanmu
membuka semula lembaran
kisah pasrah negeri ini
dua puluh lebih kurang tahun nan lalu
Raja adil raja disembah
Raja zalim raja disanggah
lantas Melayu bertindak melulu
tiada kemaafan bagimu
seolah tiada lagi laku
di era serba maju
maka dipecatnya mahkota Melayu
kerana termakan pujuk rayu
sasaran tepat arah tuju
tangis dan ratap hatiku
bila dikenang kejahilan bangsaku
wahai sahabat-sahabat sekalian
hilang mahkota Melayu
layu sendiri di tangan Melayu
umpama kaca pecah berderai
segala ikhtiar pun payah mencapai
mahkota Melayu tunggak bangsa
kedaulatan bangsa dan agama tercinta
berjasa berkurun lama
ancaman musuh dan kafir sedia bertahan
Kota Melaka jatu Peringgi
berjuang Melayu sampai mati
Raja Melayu berjuang sekali
sampai tubuh mulia pun luka
luka raja lukalah bangsa
nah lihat pada dini hari
mahkota yang dipertahankan dengan nyawa
hilang dari bangsa
mudah dengan tipu daya
wahai bangsaku
ratapilah kesalahanmu
kembali insaf atas keterlanjuranmu
Raja Melayu wakil Allah
bangsa Melayu memecat tali Allah
kepada siapakah kini berserah??

Wallahu ’alam

Tn. Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad
dan Tun Suzana Tun Hj Othman
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor

Saturday, February 18, 2017

Al-Barr

Asma ul-Husna ke-79

Al-Barr ertinya Allah Maha Bagus, Sumber Segala Kelebihan dan yang Maha Berbuat Baik sebagaimana firmanNya bermaksud:

Sesungguhnya Dia Maha Baik dan Maha Penyayang
(At-Thur:28)

Maha Bagus dan Maha Berbuat Baik

Al-Barr adalah sifat Allah yang diturunkan dari barr, sumber kebaikan; al-birr ertinya perbuatan-perbuatan baik. Al-Barr merupakan suatu kata yang mengandungi semua sifat kebaikan, kasih sayang dan kemurahan. Orang yang al-barr kepada orang tuannya adalah sangat memuliakan dan mengasihi mereka. Mereka yang al-barr adalah orang-orang yang perbuatan-perbuatan baiknya diharapkan.

Al-Birr juga mengandungi erti ikatan, jalinan atau hubungan. Seorang yang al-barr berkaitan kerabatannya bererti ia memelihara hubungan-hubungan baik dengan mereka.

Seorang haji yang diberkati dan bebas dari perbuatan-perbuatan haram disebut haji mabrur yang ganjarannya tidak kurang dari syurga itu sendiri menurut hadis.Al-Birr juga bermakna kesolehan, yang pada akhirnya perbuatan apa sahaja yang lebih mendekatkan seseorang kepada Allah, suatu kata yang memadupadankan sifat-sifat yang terpuji dan mulia.

Al-Birr adalah apa yang terbaik pada kehidupan dunia sekarang dan di akhirat kelak. Yang terbaik dalam kehidupan ini adalah apa sahaja yang Allah sediakan kepada hamba-hambaNya seperti petunjuk, kurnia dan benda-benda yang dinikmati. Yang terbaik  dalam kehidupan akhirat adalah rahmat abadi yakni kediaman di syurga, semoga Allah memudahkan kita untuk menikmati kedua rahmat tersebut dengan keagungan dan kemuliaanNya.

Mencintai perbuatan baik dan benar

Merujuk kepada perkara ini maka sifat manusia yang ketujuhpuluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mencintai kebaikan dan kebenaran, menjadikannya sebagai teras kehidupan. Rasulullah saw bersabda: Tetaplah mengatakan kebenaran, kerana ia akan menghantarkanmu kepada al-birr.

Al-Birr ertinya kebaikan, suatu kata yang menyatukan semua sifat baik. Ia membawa kesan pada segala perbuatan baik yang lebih mendekatkan seseorang kepada Allah, yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi. Perigi Zamzam disebut barra lantaran manfaatnya yang melimpah.

Al-Birr tidak berbuat sesuatupun secara buruk atau tercela. Dia mulia kepada mereka yang mencari redhaNya. Al-Barr berbuat baik kepada orang-orang yang mencari kasih sayang dan pemberianNya, kepada para penyembah dengan mengganjar mereka dengan indah. Tak pernah Allah swt menghentikan pemberian kerana kederhakaan manusia kepadaNya.

Seorang hamba Allah dapat digambarkan sebagai al-barr. Seorang hamba Allah adalah al-barr menurut tingkat kebaikannya. Kebaikan pertama dan utamanya adalah memenuhi hak-hak orang tuanya, gurunya dan kaum kerabatnya.

Salah satu cara agar seseorang dicintai Allah ialah dengan mengamalkan sikap benar sama ada dalam ucapan mahupun perbuatan. Ianya akan menerbitkan kasih sayang sesama insan. Siapa pun yang patuh kepada kebaikan, maka Allah dengan sifat al-BarrNya akan menjaga hamba tersebut sampai ke gerbang syurga yang penuh kenikmatan.

Syurga dikatakan juga sebagai pintu kebaikan kerana di dalamnya adalah kebaikan-kebaikan yang banyak, tempat ahli kebaikan dan kebenaran tinggal selama-lamanya.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010