Thursday, September 22, 2016

Melihat


Melihat dengan mata pertama
mengenal bentuk dan rupa
sebagaimana tenunan zahir
begitulah pakaian akhir

melihat dengan mata kedua
bertakhta akal di singgahsana
mengarang tafsiran dan keputusan
dibatasai dangkal logika dan alasan

melihat dengan mata ketiga
pantulan dari cermin jernih sukma
membaca rangkap tersurat
menterjemahkan puisi hakikat
semuanya harus kembali
kepada sang penyair abadi
yang maha pemurah
meminjamkan saat hayat.

ABIZAI
Sinar Benar
DBP, 2011

Tuesday, September 20, 2016

Al-Haqq

Asma ul-Husna ke-52

Al-Haqq ertinya Allah Maha Besar atau yang Maha Memiliki Kebenaran sebagaimana firmanNya bermaksud:

(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati dan Dialah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Hajj:6)

Maha Benar

Salah satu sifat Allah adalah al-Haqq. Maha Benar. WujudNya terbukti benar demikian pula ketuhananNya. Dia menjadikan kebenaran menjelma melalui kekuatan firmanNya., yang mendukung mereka yang dicintaiNya melalui tanda-tandaNya. Allah adalah al-Haqq, yang wajib untuk diibadahi, yang sentiasa ada dan tak pernah lenyap hilang, yang kehadiranNya terbukti sentiasa ada, sejak masa azali dan abadi selamanya bukan sebelum waktu (ada) dan di atas (melampaui) waktu.

KehadiranNya merupakan suatu realiti yang tegak di atas kebaikannya sendiri, dan tidak ada wujud kecuali melaluiNya dan olehNya. Dia tak pernah bergerak dan di atas gerakan (itu sendiri) ataupun sesuatu yang fizikal atau material.Dia membiarkan kebenaran untuk menjelma dengan sendirinya. Dia menciptakan segala sesuatu sebagaimana kearifanNya menitahkan. Dia ada dengan sedemikian cara yang tidak mengizinkan adanya suatu  celah bagiNya untuk tidak ada, tidak sama, atau punah. Segala sesuatu yang ada berasal dariNya dan kepadaNya tujuan akhir.

Mencintai kebenaran.
 
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh dua dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mengakui kebenaran dan mencintainya sebagai salah satu kebaikan yang terunggul.

Di antara sifat para nabi dan rasul adalah mereka menyampaikan al-haqq dan memperjuangkannya sehingga ke titisan darah terakhir. Ini menunjukkan kebenaran telah sebati dalam diri para utusan Allah dan begitu juga pula para pewaris dan orang-orang soleh.

Wujudnya al-haqq dalam diri kita adalah cerminan daripada sifat Allah iaitu al-Haqq di mana kita tidak dapat lari daripada kebenaran yang abadi iaitu kehidupan di akhirat.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (3)

Khalayak Quraisyh kembali ke Mekah dan melupai peristiwa ngeri dan pembunuhan kejam Khubaib. Namun nasib yang menimpa Khubaib terus terbayang-bayang di kotak fikiran Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy yang sedang meningkat dewasa.

Katika tidur beliau bermimpi dan ketika jaga beliau terbayang-bayang wajah Khubaib. Bagaikan di depan matanya Khubaib bersembahyang dua rakaat dengan penuh tenang di hadapan kayu penghujung nyawanya. Terngiang-ngiang di telinganya rintihan Khubaib yang mendoakan kehancuran Quraisyh. Jiwannyagementar, bimbang petir akan menyambar dan batu dari langit akan menghempapnya.

Khubaib mengajar Sa’id satu hakikat yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini.

Khubaib mengajar, kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalannya hinggga ke titisan darah terakhir.

Beliau juga mengajar iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan.

Sa’id belajar satu perkara lagi, lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.

Ketika itulah hati Sa’id bin ‘Amir terbuka untuk memeluk Islam. Lalu beliau berdiri di khalayak ramai dan mengumumkan bahawa beliau tidak terlibat dengan dosa dan jenayah yang dilakukan oleh Quraisyh. Beliau meninggalkan berhala dan sembahan Quraisyh serta memeluk agama Allah.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Sorotan Al-Fatihah (4 )

Al-Fatihah dalam bahasa Arab

Oleh sebab itu tetaplah bacaal-Fatihah dalam setiap rakaat sembahyang dalam bahasanya yang asli, dalam bahasanya yang diterima dari nabi saw. Pelajari bacaannya itu kepada yang ahli mempergunakan huruf-hurufnya menurut tajwidnya yang betul. Dan dalam hukum agama, nyatalah bahawa mempelajari bacaan al-fatihah dan mengetahui ertinya dalam fardhu ain, wajib bagi setiap muslim.

Saranan membaca saja terjemahannya bukanlah dari fikiran secara Islam. Kalau kita merasa berat menerima pendapat Imam Syafi’i ra yang menyatakan wajib bagi setiap muslim mengetahui bahasa Arab, namun di dalam melakukan sembahyang dengan segala bacaannya  dan khusus mengenai al-Fatihah,berfikir  secaraIslam yang sihat pasyi menerima apa yang dikatakan  Imam Syafi’i itu.

Betapa tidak! Sedang sembahyng adalah tiang agama. Dalam sembahyang kita menghadapkan wajah hati kita kepada Tuhan, mengemukakan segala puji-pujian dan permohonan sebagai yang tersebut di dalam al-Fatihah itu. Dah hendaklah sembahyag itu kita kerjakan dengan khusyu’ merendahkan diri. Bagaimana khusyu’ akan tercapai kalau kita tidak mengerti apa yang kita katakan? Bagaimana sembahyang akan menjadi tiang agama, kalau kita mengerjakannya hanyakerana  keturunan saja? Bukan dari keinsafan?

Oleh sebab itu hendaklah dalam rumahtangga Islam, ayah bonda mengajar  anaknya  sedari kecil membaca al-Quran. Sekurang-kurangnya  buat pertama sekali ialah diajarkan al-Fatihah, supaya dapat dipakainya untuk sembahyang.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Hamka
Tafsir Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 101--102

Washing Machine

Before the invention of the washing machine, people used to wash their clothes by rubbing them in water, and pounding the clothes using wooden sticks or rocks. Later, people invented scrub boards to help in washing clothes. Some discovered that they could clean their clothes by putting their clothes into a barrel filled with detergent like alkaline and stir them using a wooden stick. At sea, the sailors would drag their clothes  at the stern (the back most part of a ship or boat) to clean them using sea water. After some time, manually operated washing machines were invented; it came in a wooden box with a handle. In order to wash your clothes, you were needed to put your clothes into the wooden box filled with water, and by rotating the handle; you would be able to stir the clothes inside to clean them.

Another early invention of the washing machine was to put clothes into a bag. One end of the bag was fixed while the other end was attached to a wheel and a cylinder. By rotating the cylinder, we would be able to clean the clothes. After the invention of the steam engine,manually operated washing machines were replaced by automatic ashing machines. In 1884, commercials advertising for washing machines sounded like this, even a kid can wash 6 mattresses in 15 minutes.

The first electric powered washing machine was invented in 1901 by an American by the name of Alva J.Fisher. In the mid 1930’s an American company manufactured the first washing machine which could wash, rinse and spin with a time control ability. Due to its convenience, it was widely accepted and used by people around the world.

In the 1960’s, the first drum type washing machine was introduced. Eventually, with the invention of more powerful detergents, it helped improve the development of the household washing machine. Currently, there is a variety of washing machines, but their concepts and methods are basically the same as a hand wash-with rubbing, pounding,physical stirring actions and chemical reactions.

Food for Thought :

Improvement  of an invention can be achieved through many cycles of the innovation process.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 50-51

Kuasa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menyemarakkan sengketa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali membunuh sukma

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali berpaksikan hawa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali membenihkan lagha

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menyirnakan takwa

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menjarakkan ukhuwah

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali alat membolot harta

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali dipertuhankan adanya

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali menghalalkan yang tercela

Kuasa
dengan takrif yang berbeda
sering kali memungkinkan segalanya

Kuasa
dengan takrif yang nyata
sekadar wasilah belaka

Kuasa
dengan takrif yang nyata
sekadar amanah hamba

Kuasa
dengan takrif yang nyata
bersaudarakan iman kepada Yang Esa

Kuasa
dengan takrif yang nyata
menjadi sumber bangsa bahagia

Awang Sariyan
Di denai kehidupan

DBP, Kuala Lumpur 2016

Saturday, September 17, 2016

Asy-Syahid

Asma ul-Husna ke-51

Asy-Syahid ertinya Allah Maha Menyaksikan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Tidakkah Tuhanmu cukup bagimu bahawa sesungguhnya Ia menyaksikan segala sesuatu.
(Fussilat:53)

Maha Menyaksikan

Menurut Mu’jam Naqayis al-Lughah oleh Ibn Faris, kata kerja syahida, ertinya melihat, menyaksikan atau membenarkan.

Secara linguistik menunjukkan kehadiran, pengetahuan dan penyebaran pengetahuan tersebut. Sifat asl-Syahid berasal dari kata syuhud, ertinya saksi (mata) dan ianya memerlukan pengetahuan melalui observasi. Allah adalah as-Syahid kerana Dia hadir dan melihat segala sesuatu yang telah Dia ciptakan dan yang akan Dia ciptakan sekaligus dan di satu tempat, dan Dia sepenuhnya mengetahui makhluk-makhluk tersebut sebagaimana ayat bermaksud,.....Dia bersamamu di manapun kamu berada.

Dalam karyanya Taj al-Arus, al-Zubaidi telah menyebutkan bahawa as-Syahid adalah salah satu sifat Allah yang ertinya: Zat yang jujur dalam kesaksianNya dan tak sesuatupun yang  luput dari ilmuNya. Ilmunya adalah sangat sempurna berkenaan dengan semua benda yang tampak. As-Syahid juga mengandungi luasnya pengetahuan dari apa yang diketahui Allah.

Menyaksikan kebenaran dan hakikat Allah

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kelimapuluh satu dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menyaksikan kebenaran dan hakikat Allah untuk seterusnya bermakrifat kepadaNya.

Golongan yang beriman kepada Allah sentiasa ingat bahawa Allah adalah Saksi atas segala sesuatu di mana Allah mencukupkan diriNya sebagai saksi atas semua umat manusia. Dalam hal ini Allah menyebutkan ciri-ciri mukmin:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi saksi kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi saksi atas perbuatan kamu.
(Al-Baqarah:143)
Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna

Pustaka Azhar, 2010