Saturday, March 26, 2016

As-Sami’

Asma Ul-Husna 27

As-Sami’ ertinya Allah Maha Mendengar atau bersifat Mendengar tanpa hijab sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang; dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(Al-An’aam: 13)

Zat Yang Maha Mendengar

As-Sami’ adalah Zat yang Maha Mendengar segala sesuatu yang ada tanpa menggunakan daya pendengaran atau bantuan alat pendengaran. Allah mendengar setiap dan semua suara dan gema, walaupun ianya tersembunyi di tempat yang tersorok jauh dari penglihatan.

PendengaranNya meliputi segala sesuatu; Dia mendengar permohonan-permohonan orang yang terttindas; Dia menjawab munajat-munajat orang yang punya hajat; Dia membantu mereka yang putus asas akan (datangnya) pertolongan; Dia mendengar pujian-pujian orang yang memujiNya, sehingga Dia mengganjari mereka kerana itu, dan permohonan orang yang memohon kepadaNya sehingga Dia menjawab mereka. Dia mendengar suara semut hitam yang merayap di atas batu karang digelapnya malam dan Dia mendengar apa yang direnungkan oleh hati dan keberatan apa yang menembus kesedaran.

As-Sami’ berasal dari kata sam’. Ia menyampaikan fakta bahawa Allah Yang Maha Tinggi mengetahui kebenaran atas setiap dan segala suara walaupun ianya sangatlah tersembunyi. Dia yang Maha Suci mengetahui dan mengenali suara-suara juga warna-warna sebagaimana Dia mengetahui dan mengenali segala sesuatu yang lainnya.

Sifat manusia yang keduapuluh tujuh ialah menghinakan keburukan nafsunya.

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh tujuh dengan bercermin pada Asmal ul-Husna ialah bersikap mendengar segala arahan dan perintah Allah tanpa banyak soalan.

Siapa pun yang mengetahui hahawa Allah mengetahui segala sesuatu akan menjaga lidahnya daripada mengucapkan perkara-perkara batil. Dia akan selalu mengatakan dan mendengar kebenaran. Oleh itu dia akan menjaga telinganya agar tidak dimasuki oleh suara-suara batil yang merebak di sekitarnya.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 64 - 65

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2005

a) Kategori Individu Prasekolah

Johan : Mek Ramah bt Hassan
SK Kuchelong, 16370 Bachok Kelantan
Tajuk : Modul Lipatan Doh
Sinopsis: Modul ini bertujuan untuk membantu murid mengenal dan mengingati huruf kecil a hingga z dengan menggunakan kad lipat dan doh. Inovasi ini menjimatkan masa, tenaga dan didapati mempertingkatkan kecekapan pengajaran guru. Modul ini berjaya membantu murid menguasai huruf kecil a hingga z dalam  masa 2 bulan. Modul ini boleh digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran sebaya secara berpasangan. Melalui modul ini murid didapatiberjaya menguasai huruf dengan cepat dalam suasana yang mengembirakan. Selain daripada itu modul ini mudah diikuti oleh guru di sekolah lain.

Naib Johan: Jailani b Yatim
SK Sri Aman, Kampung Muhibbah 95000 Sri Aman Sarawak
Tajuk: Pengajaran dan Pembelajaran Tema Haiwan Berbantukan ICT
Sinopsis:. Inovasi ini merupakan idea adaptasi menggunakan bahan multimedia berdasarkan ICT. Murid dapat menguasai asas literasi komputer, meningkatkan kemahiran mendengar, mengecam dan menyebut huruf, suku kata dan perkataan. Perisian ICT ada menggunakan bahan persekitaran seperti gambar dan bunyi haiwan yang dipindahkan daripada bentuk klip video kepada bahan multimedia. Bahan ini mudah dikendalikan dan kandungan boleh ditambah berdaarkan kemahiran murid. Elemen kecerdasan pelbagai ada terdapat dalam perisian ini. Sebagaio contoh permainan puzzle mengembangkan kemahiran intrapersonal, interpersonal, logikal-matematikal dan spatial. Bahan inovasi ini turut digunakan di kelas tahun satu dan kelas pemulihan.

Ketiga: Rosmani bt Man
SK Kubang Gajah Km 7 Jalan Arau 02600 Arau Perlis
Tajuk: Program Titik
Sinopsis: Inovasi ini merupakan idea adaptasi. Bahan ini terdiri daripada papan paku (geoboard) gelang getah dan kertas bersaiz A4 yang mengandungi tanda titik-titik. Bahan ini dapat menarik minat murid dalam membentuk huruf dan nombor. Selain itu, kemahiran motor halus, konsep pengamatan dan penumpuan murid dapat dipertingkatkan. Bahan ini mudah alih dan senang dikendalikan. Melalui aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan bahan ini, murid dapat mengecam, membentu dan menulis huruf kecil dan besar dalam jangka masa satu bulan.

b) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Hay Quee Kee
SK Sementa, Batu 6 Kampung Sementa 42100 Klang Selangor
Tajuk : Tasjil Board
Sinopsis: Tasjil Board merupakan papan perakam suara serbaguna yang dicipta untuk membantu murid mempelajari dan mempraktikkan kemahiran mendengar, membaca dan menyebut perbendaharaan kata dan ayat dalam Bahasa Inggeris. Ia terdiri daripada papan putih yang terpasang litar elektronik yang mengandungi voice recorder chip dan amplifier chip untuk membolehkan perakaman suara dibuat tanpa menggunakan kaset. Tasjil Board mudah dialih dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas oleh guru atau bahan akses kendiri oleh murid di luar bilik darjah. Tasjil Board adalah sesuai untuk murid dari pelbagai peringkat dan kebolehan. Murid membina keyakinan dan ketepatan pertuturan dalam Bahasa Inggeris, terutamanya di kawasan persekitaran sekolah yang kurang membuka peluang kepada murid berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Walaupun ini dicipta khas untuk Bahasa Inggeris, Tasjil Board boleh diperluaskan penggunaannya untuk mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, bahasa-bahasa asing  dan Pendidikan Agama Islam.

Naib Johan: Khadijah bt Noordin
SK Sentul 1, Jalan Sentul Pasar 51000 Kuala Lumpur
Tajuk: Numbers Mania
Sinopsis: Numbers Mania terdiri daripada 4 set permainan matematik iaitu Oppic Puzzles, Speedy Spin, Triple Dice dan Times Track. Ia digunakan sebagai bahan akses kendiri oleh murid secara individu, berpasangan  atau berkumpulan. Pelbagai kemahiran matematik diterapkan dalam Numbers Mania seperti mengenal nombor besar atau kecil, sifir, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, dan operasi bergabung. Numbers Mania sesuai bagi murid yang telah memahami konsep matematik berkenaan dan digunakan sebagai bahan pengukuhan. Pembelajaran melalui kaedah permainan dalam Numbers Mania melatih murid menjelajah sendiri keupayaan matematik dengan tanpa perasaan takut atau segan di samping menajamkan keupayaan minda melalui aktiviti berfikir.

Ketiga:  Muhamad Adzam Shah bin Mardi
SK Gelang Chinchin, 85000 Segamat Johor
Tajuk:  Kit Alam Semesta
Sinopsis: Kit Alam Semesta merupakan bahan bantu mengajar untuk tajuk Fenomena Gerhana yang terdiri daripada model alam semesta dan satu modul dalam bentuk persembahan PowerPoint. Melalui model alam semesta guru dapat menunjukkan kedudukan matahari , bumi dan bulan serta pantulan cahaya dalam fenomena gerhana secara tiga dimensi. Modul alam semesta melengkapi penerangan guru bagi tajuk ini dengan bahan yang diperolehi daripada internet seperti animasi pergerakan matahari, bumi dan bulan. Modul ini juga mengandungi aktiviti atau latihan murid berbentuk emel. Kit Alam Semesta juga boleh digunakan untuk mengajar tajuk-tajuk sains lain seperti kejadian siang dan malam serta fenomena fasa-fasa bulan. Kit ini juga berupaya membantu guru menerangkan tajuk sains yang abstrak dengan lebih jelas dan teratur kepada murid.

c) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Jennie Lau Ik Fei
SMK Pending, Jalan Tun Razak 93450 Kuching Sarawak
Tajuk : Permainan Profesor Mol
Sinopsis: Permainan Profesor Moi yang berbentuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan dihasilkan bagi membantu murid menguasai konsep dalam tajuk asas kimia. Permainan yang berpusatkan murid secara aktif ini ini dibahagikan kepada tiga jenis permainan dengan tiga objektif yang berbeza. Permainan pertama dinamakan Permainan Profesor Molar membantu murid menguasai konsep mol melalui jisim, isipadu gas dan bilangan zarah. Permainan kedua iaitu Permainan Formula melatih murid membentuk formula sebatian ionik atau sebatian kovalen. Permainan ketiga iaitu Permainan Cuba Kira Saya melatih murid mengira bilangan ion atau atom dalam suatu sebatian atau molekul gas. Ketiga-tiga permainan dalam Profesor Mol boleh dimain serentak atau pada masa yang berlainan.

Naib Johan: Kaladevi A/P Arumugam
SMK Cheras Jaya, 43200 Balakong Hulu Langat Selangor
Tajuk: Touch and Remember (TAR)
Sinopsis: Inovasi ini menggunakan aspek kinestetik bagi membantu murid menghafal senarai nilai moral dalam mata pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Menengah. TAR memberi penekanan kepada cara mengingat semua nilai moral mengikut bidang dengan menggunakan isyarat tangan dan sentuhan anggota badan yang dilakukan oleh murid sendiri.

Ketiga:  Salwati bt Othman
SMK Seri Mahkota, Umbai 77300 Merlimau Melaka
Tajuk:  Comil Technique Method to Master Chemical Properties of Carbon Compounds
Sinopsis: Teknik COMIL atau Colour  Mind Link Technique menggabung jalinkan peta minda, unsur warna dan Teori Pelbagai Kecerdasan. Penggunaan teknik ini dapat membantu murid memahami dan mengingati Sifat Kimia Sebatian Karbon. Murid dapat mengingat proses pemikiran dari satu siri homolog kepada siri homolog yang lain, reagen yang ditambah, suhu dan tekanan yang digunakan serta pemerhatian bagi sesuatu tindak balas tertentu dengan mudah.

d) Kategori Kumpulan

Johan:  Jacinta Leong@ Jehan Abdullah, Monica Chin, Zunikah Idris, Richard Jimmy Hainon Norbinsha & Veronica Janing
SK Mutiara Kota Kinabalu, Off Jalan Lintas 88300 Kota Kinabalu Sabah
Tajuk :  Metamorphosis:Junior Master Trainers Science Programme for Year One, Year Two and Year Three
Sinopsis:  Program ini menggunakan pendekatan pengajaran melalui rakan sebaya dalam pengajaran Sains Tahun 1-3. Pusat pengajaran (Srvice Centre) disediakan di koridor sekolah. Murid dari tahun 1-3 yang memerlukan penerangan dalam tajuk Sains akan berkunjung ke pusat itu untuk diajar oleh rakan sebaya mereka. Pelatih di pusat pengajaran terdiri daripada murid berpencapaian tinggi yang telah diberikan kursus yang melibatkan pengetahuan sains dan juga etika sosial. Setelah program ini dijalankan didapati beberapa kesan positif. Pencapaian murid yang lemah telah meningkat dan murid menunjukkan minat yang lebih tinggi untuk belajar sains. Mereka tidak segan bertanya soalan dan belajar daripada rakan sebaya. Ramai murid mengunjungi pusat pengajaran pada waktu rehat dan sebelum sekolah bermula. Program ini disambut baik oleh ibu bapa murid dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mereka telah menyumbang kelengkapan kepada pusat pengajaran.

Naib Johan   Fadhilah bt Muhamad, Noridah bt Shaari, Wong Siew Chin & Rose Lee Sor Har
SMK King George V Jalan Zaaba 70100 Seremban Negeri Sembilan
Tajuk:  Siber Kafe-Integrasi Internet dalam Pengajaran & Pembelajaran
Sinopsis:  Projek ini merupakan satu kaedah pengajaran yang menyepadukan penggunaan ICT dalam Pengajian Am dan Kimia di peringkat Tingkatan 6. Tugasan untuk murid disediakan oleh guru. Pengajaran berpusatkan murid berlaku kerana murid sendiri mencari, mengakses dan menilai maklumat daripada laman web untuk menyiapkan tugasan mereka. Pelayaran laman web dilakukan secara sistematik dan terancang. Murid berasa puas hati kerana mendapat maklumat yang lebih perinci daripada laman web untuk sesuatu topik. Keputusan ujian sebelum dan ujian selepas menunjukkan kaedah ini telah  meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran mereka. Guru melaporkan mereka dapat menjimat masa dalam pengajaran tajuk tertentu dengan menggunakan kaedah ini.
 
Ketiga:  Naemah bt Hj Ali,. Zaiton bt Maliki, Rohana bt Ahmad, Norhayati bt Mohd Salleh & Iznan b Azmi
SK Pendidikan Khas(P) Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan Pahang
Tajuk:  Esteem Diri
Sinopsis:  Program ini dimulakan sebagai tindakan susulan daripada satu kajian keperluan yang dijalankan oleh sekolah.Tujuan program ialah untuk meningkatkan keyakinan diri murid dalam pelajaran mereka serta semangat dan kepuasan guru sebagai seorang pendidik yang berkesan. Kejayaan murid dalam aktiviti pelajaran harian dan penyertaan mereka dalam aktiviti kokurikulum direkod secara sistematik dalam perisian komputer. Bagi murid selain pujian untuk membuat kerja yang baik, guru melekat pelekat bintang dalam buku latihan murid. Kewujudan sistem pengiktirafan ini hasil kerja murid bertambah memuaskan kerana mereka berlumba membuat kerja yang terbaik dan menggunakan masa lapang untuk menyiapkan kerja rumah. Pengiktirafan dilanjukan kepada aktiviti kokurikulum dan sahsiah murid juga. Diperingkat guru pentadbir sekolah melekat bintang dalam buku rekod guru yang menjalankan kerja dengan cemerlang. Guru lebih bersemangat mengajar dan mencurah bakti kerana sering dihargai oleh pentadbir sekolah, rakan sekerja dan murid. Di samping itu mereka rasa seronok mengajar kerana sahsiah murid yang baik  dan suasana kerja mesra.

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013
KPM, 2013 ms 25-30

Ceiling Fan

In the year 1830, inspired by the clockwork-driven mechanical clock, an American inventor, James invented the first ceiling fan that was clockwork-driven.

It was very useful especially during hot summer days. However, it was troublesome as people were needed to climb up to the ceiling fan for the winding process.

Later in 1872, a French engineer named Joseph, made some improvement to the ceiling fan; he invented a gear-driven blade fan which operated using turbines. This version of the fan proved to be far more convenient as compared to the prior design mentioned.

In 1880, after the invention of electric motor, the ceiling fan was then modified with a motor installed and it became the ceiling fan that is being used currently.

Food for Thought :

Continuous improvement and innovation are both needed in order to obtain and achieve better results. They are also needed to create more useful efficient and effective markets for goods and services.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 6

Jadilah seperti Air


(i)
Jadilah seperti air
dibakar ia tiada hangus
dicincang ia tidakkan putus
tenang-tenang mencipta arus
dicari-cari di benua tandus.
 
(ii)
Jadilah seperti air
setitik Cuma diperkecil jangan
batu keras mampu dilubangkan
dan jika ia bergabungan
apa-apa pun boleh
ditengelamkan.

(iii)
Jadilah seperti air
kelihatan ia lembut dan lemah
namun api yang panas
dan marah yang ganas
terpadam juga disiram kasihnya.

(iv)
Jadilah seperti air
tanpanya makhluk di bumi kan merana
hadirnya menyubur pepohon bahagia.

Iwan Reaz
Kuala Lumpur
Mingguan Malaysia
28 Februari 2016

Maulid Daiba’i ....bahagian 18


Adalah nabi saw sebaik-baik manusia dari segi bentuk badan dan akhlaknya. Dialah yang paling benar menunjuki jalan kebenaran. Akhlaknya adalah akhlak Al-Quran. Tabiatnya suka mengampunkan, suka memberi nasihat. Banyak membuat kebajikan. Memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya; tetapi jika dicuaikan haq Allah tiada siapa dapat menahan kemarahannya. Siapa yang melihatnya sekali pandang akan merasa gerun kepadanya kerana kehebatannya. Jika baginda dipanggil oleh orang miskin baginda menyahut seruannya. Baginda berkata benar walaupun pahit. Tidak pernah menaruh perasaan hendak menipu atau menyusahkan orang lain. Siapa yang melihat wajahnya, nampak nyata bukan muka seorang pendusta.

Adalah nabi saw tidak pernah mengeji atau mencela orang. Jika baginda bergembira maka wajahnya seolah-olah bulan purnama. Apabila baginda bercakap dengan orang seolah-olah mereka mengambil buah-buahan yang manis dari mulutnya. Apabila baginda tersenyum maka nampak keputihan giginya seperti butir-butir embun yang turun. Apabila baginda bercakap seolah-olahperkataannya seperti permata yang gugur daripada percakapan itu. Apabila baginda mengucapkan sesuatu seolah-olah kasturi yang keluar dari mulutnya.

Jika baginda lalu di suat tempat, dapat diketahui bahawa tempat itu telah dilalui oleh baginda kerana bau harumnya masih tercium.Jika baginda duduk di suatu tempat akan berkekalan keharumannya beberapa hari. Bau baginda sentiasa harum walaupun baginda tidak memakai bau-bauan. Jika baginda berjalan di antara sahabat-sahabatnya seolah-olahnya baginda bulan purnama dipagar bintang. Jika baginda datang ke suatu tempat di waktu malam orang-orang yang ada di situ seolah-olahnya berada di waktu Zuhur disebabkan cahaya baginda.

Adalah nabi saw sangat pemurah orangnya. Baginda sangat berlembut terhadap anak yatim dan perempuan janda. Setengah sahabat yang pernah menceritakan sifat baginda berkata: Tidak pernah aku lihat seorang yang berambut hitam memakai baju merah lebih kacak daripada rasulullah saw.

Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.

Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008

Friday, March 25, 2016

Al-Mudzill

Asma Ul-Husna 26

Al-Mudzill ertinya Allah Maha Merendahkan atau Maha Menghinakan.

Al-Mudzill adalah salah satu sifat Allah berasal dari kata benda dzull, yakni hasil dari penundukkan, kemenangan, penaklukkan atas seseorang.

Zat yang maha merendahkan

Al-Mudzill adalah Zat yang merendahkan atau menghinakan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, mencabut semua kedudukan istimewa dari mereka. Dialah Zat yang menghinakan musuh-musuhNya secara adil ketika mereka menderhakaiNya dan memberontak terhadap perintah-perintahNya. Dia menghina dan menolak mereka, menyebabkan mereka dilemparkan ke dalam siksaNya.

Al-Mudzill adalah Zat yang menghinakan musuh-musuhNya dengan mencabut pengenalan tentangNya dari mereka, memudahkan mereka untuk mendapatkan jalan mereka dan untuk menentang perintah-perintahNya. Kemudia Dia akan memasukkan mereka ke dalam siksaNya, mewnghinakan mereka dengan menolak dan membalas mereka.

Al-Mudzill adalah Zat yang mempermalukan orang-orang kafir melalui kekuatan kebenaran, yang menundukkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Allah tidak memuliakan hambaNya lebih dari yang Dia lakukan kepada orang yang menundukkan jiwa yang mengilhamkan keburukannya sendiri, nafsunya dan Dia tidak mengabaikan hambaNya lebih dari siapapun yang asyik dengan berusaha memperolehi keistimewaan, kebesaran dan kejayaan bagi dirinya sendiri.

Allah menghina seorang penindas dengan menjatuhkannya sebagai mangsa, atau nafsu berahinya pada perempuan atau ketamakannya pada kekayaan atau dengan menjadikannya sangat bergantung pada orang lain.

Sifat manusia yang keduapuluh enam ialah menghinakan keburukan nafsunya

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh enam dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap menghinakan dan merendahkan kemahuan hawa nafsunya yang buruk dan tercela.

Imam Ahmad pernah berkata : Apabila kamu ingin merendahkan dan menghinakan dirimu supaya dekat kepada Allah, maka kawallah hawa nafsumu mengikut kepada arahan hatimu dan petunjuk rasulullah saw.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010
ms 62 - 63

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2004


a) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan : Tang Mee Lay
SJKC Sang Ming 96000 Sibu Sarawak
Tajuk : E-Maths
Sinopsis: E-Maths atau Easy Mathematics  adalah bahan bantu mengajar yang berlandaskan premis bahawa matematik adalah senang dipelajari sekiranya konsep mathematik difahami dengan jelas. Melalui E-Maths, murid berpeluang mengikuti pembelajaran secara hands on dengan menggunakan peralatan maujud yang dicipta khas untuk menerangkan konsep tambah,tolak, darab dan bahagi. E-maths juga membekalkan papan sifir bagi murid menyemak jawapan dengan sendiri. Selain itu, papan pecahan termudah juga dicipta bagi nemudahkan murid menyemak pecahan setara.

Naib Johan: Masdiana bt Ahmad Kamal
SK LKTP Kledang 81900 Kota Tinggi Johor
Tajuk: Melodi Metakognisi
Sinopsis:.Melodi Metakognisi merupakan satu kaedah untuk membantu meningkatkan daya ingatan murid terhadap isi pelajaran Sains melalui nyanyian dan lembaran kerja yang memerlukan refleksi terhadap lirik lagu. Larik lagu digubah daripada fakta sains yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Irama lagu diperoleh daripada lagu-lagu popular tempatan dan luar negeri seperti Malaysia Baru, Cindai, Kuch Kuch Ho Tai Hai dan lain-lain lagi. Kaedah ini juga menggunakan persembahan melalui Microsofr Power Point yang berlatarbelakangkan animasi, kesan bunyi, reka corak grafik dan warna untuk menarik minat murid dalam sesuatu topik sains.

Ketiga: Hjh Huzaimi bt Muin
SK Convent (1) Klang, 112 Jalan Tengku Kelana 41000 Klang Selangor
Tajuk: Menggunakan model Trans-Miera untuk pengajaran ruang
Sinopsis: Trans-Miera adalah singkatan daripada Trans-ruler dan Miera. Trans-ruler merupakan pembaris berukuran 1 meter panjang yang diperbuat daripada kertas surat khabar lama dan digunakan untuk aktiviti luar kelas. Miera adalah batang mancis yang menggantikan trans-ruler semasa aktiviti di dalam kelas. Trans-Miera membolehkan murid mengalami pembelajaran matematik secara aktif melibatkan aspek kognitif dan psikomotor. Trans-Miera membantu murid memahami konsep perimeter,luas, ruang dua matra dan ruang tiga matra dengan lebih jelas

b) Kategori Individu Sekolah Menengah

Johan: Sarbiah bt Hj Abu Bakar
SM Teknik, Peti Surat 65, 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk : Robot Kuadro
Sinopsis: Penyelesaian Persamaan Kudratik merupakan nadi dalam Matematik dan Matematik Tambahan tetapu ramai murid menghadapi masalah mempelajari dan memahami topik ini. Robort Kuadro yang merupakan bahan bantu mengajar berbentuk lukisan robot yang ringkas dan mudah dikendalikan telah dicipta untuk menarik minat murid mempelajari dan menguasai kemahiran menyelesaikan Persamaan Kuadratik. Penggunaan Robot Kuadro dapat membantu murid memfaktor ungkapan kuadratik dan seterusnya menyelesaikan persamaan kuadaratik dalam suasana gembira tanpa tekanan.

Naib Johan: Khor Boon Teik
SMK Penang Free, Jalan Masjid Negeri 11600 Pulau Pinang
Tajuk: Papan Graf Berspan Untuk Pengajaran Penjelmaan
Sinopsis: Inovasi ini yang berbentuk satu papan graf berspan dignakan sebagai alat bantu untuk mengajar topik Penjelmaan (Matematik) di Tingkatan 2,3 dan 5 dan topik berkaitan dengan garis lurus terutamanya persamaan garis lurus seperti topik Garis Lurus (Matematik) di Tingkatan 4 dan Graf Fungsi ( Matematik) di Tingkatan 3 dan 5. Penggunaan kaedah ini dapat membantu murid memahami dan meningkatkan penguasaan kemahiran berkaitan konsep penjelmaan dan garis lulus melalui penyertaan dalam manipulasi mudah dan cepat, objek-objek di papan graf bersepan yang mudahalih.

Ketiga:  Al-Mumin Al-Kanta
SMK Agaseh Peri Surat 60254 91112 Lahad Datu Sabah
Tajuk:  Jumlah luas permukaan per isipadu: menggunakan blok agar-agar
Sinopsis: Inovasi ini berbentuk satu eksperimen untuk menjelaskan konsep Jumlah Luas Permukaan Per Isipadu (JLP/I) iaitu satu konsep yang abstrak tetapi sangat penting dalam Biologi KBSM. Eksperimen ini berpusatkan murid dan melibatkan pengunaan agar-agar dan kalium permangganat untuk menggambarkan dengan jelas konsep JLP/I. Melalui eksperimen yang dikendalikan sendiri, murid dapat membina konsep JLP/I secara konkrit dan membuat hubungkait kepentingannya kepada hidupan.

c) Kategori Kumpulan

Johan:  Azizah bt Ramli(Ketua), Laila Bt Jamaludi, Jamilah bt Ab Rahman, Siti Rukiyah bt Ismail & Siti Zubaidah bt Ahmad
SMK Dato’ Syed Omar, Jalan Sultanah 05350 Alor Setar Kedah
Tajuk :  Tinta Kauthar
Sinopsis:  Program ini telah berjaya meningkatkan pembelajaran Bahasa Arab dati Tingkatan 1-3. Untuk pengajaran Bahasa Arab di bilik darjah, tiga modul pengajaran disediakan. Modul 1-2 membina asas murid dalam perbendaharaan kata, menulis ayat, menjawab soalan dari petikan, menulis karangan manakala modul 3 melatih murid menjawab soalan PMR. Di samping itu rancangan pemulihan dijalankan untuk murid yang ketinggalan dalam pembelajaran Bahasa Arab dengan bahan yang diubahsuaikan daripada modul utama. Aktiviti sokongan yang menyeronokkan seperti mencari harta karun dijalankan juga untuk menggalakkan murid membaca petikan daripada akhbar. Program ini telah didedahkan kepada guru dari daerah lain yang melawat sekolah dan panel mata pelajaran lain semasa kursus anjuran JPN

Naib Johan  : Susie Asgali(Ketua), Amit Awang, Mohd Nazri b Abd Rahman, Dr Ling Ai Yieng, Goh Yoke Leng, Teo Poo Sian, Kang Lian Hun, Liew Fui Byn & Salina Abdullah Sangguro
SMK St Mary, Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk:  Gelombang bermaklumat
Sinopsis:  Program ini telah dimulakan kerana murid tidak mampu membeli bahan bacaan dan juga tidak minat membaca. Akibatnya pengetahuan umum mereka tidak cukup untuk mencari isi bagi menulis karangan dalam mata pelajaran Pengajian Am. Dalam program ini idea Aktiviti Dalam Bilik Darjah telah diadaptasi untuk memberangsangkan murid menulis karangan dalam Pengajian Am dengan lebih efektif. Petikan tentang peristiwa terkini daripada akhbar dilaminasikan dan ditekkan di ats papan kenyataan yang disediakan di lokasi yang strategik di sekolah. Tajuk karangan diberi sebagai tugasan kepada kumpulan murid. Murid bekerja dalam kumpulan untuk mencari maklumat daripada papan kenyataan, sebelum menulis karangan. Melalui program ini didapati kualiti karangan yang ditulis oleh murid untuk Pengajian Am meningkat dan mereka berasa seronok menulis karangan melalui kaedah ini. Program ini telah pun didedahkan secara dalaman kepada guru mata pelajaran lain di sekolah ini.

Ketiga:  Pn Nazrah bt Shamsudin (Ketua), En.Shaharin Din b Sharif & Pn. Sopiah bt Said
SMK Tungku Abdul Rahman Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang
Tajuk:  Kelas Ganti Inovatif
Sinopsis:  Program ini telah dimulakan kerana pentadbir sekolah mendapati pembelajaran yang berlaku di kelas ganti tidak berlaku sehingga mengakibatkan murid ponteng daripada kelas ganti. Di bawah program ini bahan seperti buku fiksyen, lembaran kerja, WORD ATTACK diletakkan dalam bakul. Beberapa jenis bakul disediakan untuk pelbagai tahap kebolehan murid. Bakul dibawa ke kelas ganti oleh guru yang ditugaskan dan digunakan oleh murid semasa kelas ganti. Jawapan disediakan supaya guru ganti boleh menyemak kerja murid. Rekod kekerapan penggunaan bakul juga disimpan dan disemak supaya kesesuaian bahan boleh ditambahbaik. Pentadbir sekolah dan guru yang masuk ke kelas ganti mendapati masalah ponteng tidak berlaku lagi dan kebanyakkan murid belajar dengan lebih aktif semasa kelas ganti dijalankan.

Pemenang Keseluruhan:
Azizah bt Ramli(Ketua), Laila Bt Jamaludi, Jamilah bt Ab Rahman, Siti Rukiyah bt Ismail & Siti Zubaidah bt Ahmad
SMK Dato’ Syed Omar, Jalan Sultanah 05350 Alor Setar Kedah
Tajuk :  Tinta Kauthar

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 17-22