Monday, November 23, 2015

Qosidah al-Muhammadiah (1)

1. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik orang Arab dan Ajam. Nabi Muhammad saw itu adalah sebaik-baik orang yang berjalan.

2. Nabi Muhammad saw itu penyebar perkara ma’ruf dan berakhlak dengannya. Nabi Muhammad saw itu seorang yang memiliki ihsan dan kemuliaan.

3. Nabi Muhammad saw itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya. Nabi Muhammad saw itu adalah benar dalam kata-kata dan bicaranya.

4. Nabi Muhammad saw itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya. Nabi Muhammad saw itu mempunyai akhlak yang terpuji dan baik sifatnya.

5. Nabi Muhammad saw itu kejadiannya disertai dengan nur Nabi Muhammad saw itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009

Sunday, November 22, 2015

Pelajaran 26

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah
Berkata Allah Ta’ala di dalam kitabNya yang Maha Mulia : Naik saksi Allah Ta’ala, bahawasanya tiada Tuhan yang disembah yang sebenarnya melainkania jua. Dan naik saksi segala malaikat yang mempunyai ilmu padahal Allah Ta’ala itu yang berdiri dengan adil. Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ia jua Tuhan Yang Maha Mulia lagi yang menghukumkan.

Bahawasanya agama yang diterima daripada Allah Ta’ala itu agama Islam jua tiada lain. Dan barangsiapa menuntut agama yang lain daripada agama Islam, maka tiada diterimakan daripadanya padahal ia di dalam akhirat daripada orang yang kerugian, maka penglihat akan tiap-tiap suatu itu baik di dalam syurga jua.

Dan bahawasanya tiap-tiap suatu itu binasa jua melainkan zat Allah, dan hanyasanya kami binasakan akan orang yang derhaka akan Daku jua.
Dan barangsiapa putus harapnya daripada rahmatKu nescaya Aku binasakan akan dia.

Dan barangsiapa mengenal akan Allah Ta’ala, maka mengikut ia akan dia nescaya Kami lepaskan daripada azab nerakaKu.

Dan barangsiapa mengenal ia akan syaitan, maka melawan ia akan dia nescaya sejahtera ia daripada tipunya.

Dan barangsiapa mengenal ia akan yang sebenarnya, maka mengikut ia akan yang sebenarnya, maka mengikut ia akan dia nescaya sentosalah ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan sia-sia, maka meninggali ia akan dia kerana takut akan Allah Ta’ala nescaya beroleh kesenangan ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan dunia, maka menolak ia akan dia, nescaya sejahteralah ia dan berbahagialah ia.

Dan barangsiapa mengenal ia akan akhirat, maka menuntut ia akan dia, nescaya beroleh petunjuk ia bahawasanya Allah Ta’ala itu menunjuk ia akan barang siapa berkehendak ia dan menyesat ia akan barangsiapa yang berkehendak ia dan kepada Allah Ta’ala jua dikembalikan akan kamu sekalian.
 
Hai anak Adam, apabila adalah Allah Ta’ala, telah mengakukan akan rezekimu, maka panjang cita-cita mereka itu kerana apa? Dan apabila adalah syaitan itu seteru Allah Ta’ala dan seterumu, maka lalaimu daripadanya kerana apa? Dan apabila adalah seksa itu dengan neraka, maka bersedap-sedap dan bersenang-senangmu di dalam dunia itu kerana apa? Dan apabila adalah seksa itu dengan neraka, maka bersedap-sedap dan bersenang-senangmu di dalam dunia itu kerana apa? Dan apabila adalah pahala berbuat amal itu syurga, maka maksiatmu itu kerana apa? Dan apabila adalah tiap-tiap suatu itu dengan hukumKu dan takdirKu, maka keluh-kesah dan gundah itu kerana apa? Maka jangan engkau putus asa atas suatu yang luput ia daripadamu, dan jangan suka dengan suatu yang datang kepadamu.

Bermula Allah Taala itu tiada mengasih ia akan tiao-tiap orang yang takbbur lagi bermegah-megah.

Bermula segala puji itu thabit bagi Allah yang memiliki sekalian alam.

Wallahu alam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Cinta dan Perkahwinan

Esei 84

Tuhan mencipta lelaki dan perempuan, menyatukan mereka dalam perkahwinan. Ia satu asas murni dalam kehidupan semulajadi. Penyelidikan menunjukkan orang yang sudah berkahwin hidup lebih bahagia dan lebih lama.

Sesungguhnya perkahwinan menuntut:

a) Komitmen, kewajaran dan kesetiaan:  Sebagai permulaan, sayangi diri sendiri sebelum menyayangi porang lain, cintai pasangan dengan sepenuhnya, saling memperkayakan dengan penuh kesempurnaan dan bermaruah. Jauhi ketidaksetiaan, ia satu perkhianatan terhadap amanah dan komitmen perkahwinan.

b) Kasih sayang tanpa syarat :  Menyayangi seseorang tanpa sharat memperkasakannya dengan harga diri, sokongan dan keselamatan. Keharmonian, kesefahaman dan nilai-nilai keagamaan dan satu matlamat mampu mengatasi kesulitan, menjulang mereka ke arah kebahagiaan dan pencapaian lebih hebat.

c) Memupuk keceriaan dalam satu perhubungan
d) Masa bersama-sama adalah satu keutamaan
e) Mengambil minat dalam menghias diri dan memperbaiki satu sama lain
f) Bersedia dengan realiti dan masalah-masalah
g) Hubungan baik
h) Keindahan persahabatan
i) Sifat kebaikan
j) Hubungan yang berkekalan.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Qasidah al Mudhoriah (9)

41. Juga ke atas Sa’ad as, Sa’id bin Auf as, Tolbah as dan Abu Ubaidah as dan Zubair as. Kesemuanya adalah orang-orang yang mulia.

42, Dan Hamzah as juga al Abbas as penghulu kita dan anaknya Abdullah as dengan gelaran Hibr al Ummah yang sentiasa menjadi rujukan.

43. Dan sekalian ahli keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut baginda saw semuanya. Apa-apa yang menutupi malam akan kegelapan atau nampak waktu sahur

44. Berserta keredhaan daripadaMu ya Allah dalam kemaafan dan afiah dan sebaik-baik penghabisan jika terputus umur.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009


Thursday, November 19, 2015

Pelajaran 25

Al-Mawa’izd Al-Badi’iah

Berkata Allah Ta’ala

Wahai anak Adam, bahawasanya syaitan itu seteru bagimu, maka jadikan olehmu akan dia itu seteru.

Dan ketahui olehmu bahawasanya hari kiamat itu berhimpunkan akan kamu di dalamnya kepada Allah Ta’ala padahal keadaan kamu itu berjama’ah-jama’ah. Dan hadirkan akan kamu itu pada antara hadapan Allah Ta’ala hal keadaan kamu itu bersaf-saf padahal kamu baca akan kitab satu huruf kemudian satu huruf dan ditanyai akan kamu itu daripada barang yang kamu kerjakan di dalam dunia sama ada ia tersembunyi atau zahirnya pada hari itu dihimpunkan akan segala orang yang takut akan Allah Ta’ala kepada Tuhan yang bernama Rahman padahal mereka itu berkenderaan dan Kami hulurkan akan segala mereka itu yang celaka itu kepada neraka jahannam padahal mereka itu berjalan.

Maka bahawasanya Akulah yang tiada menyerupai oleh suata dengan Daku dan tiada kekerasan seperti kekerasanKu.

Barangsiapa puasa keranaKu pada masa di dalam dunia hal keadaan khalis (ikhlas) bagiKu nescaya Aku perjamukan akan dia dengan beberapa warna makanan yang berjenis-jenis di dalam syurga.

Barangsiapa memejamkan kedua matanya daripada yang Aku haramkan nescaya Aku sentosakan akan dia daripada api neraka, maka Akulah Tuhan yang memiliki akan sekalian alam, maka minta ampun oleh kamu daripada Aku. Dan aku jua yang memberi nikmat, maka syukur oleh kamu akan Daku.

Dan Aku jua yang memeliharakan, maka pinta peliharakan oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang menolong, maka minta tolong oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang mengampun, maka minta ampun oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang diqasad, maka qasadkan oleh kamu akan Daku. Dan Akulah yang Amat Tahu, maka takut oleh kamu akan Daku. Dan Akulah yang memadakan, maka minta oleh kamu daripada Aku. Dan Aku jua yang menunjuk, maka minta tunjuk oleh kamu daripadaKu.

Wallahu a’lam.

Syeikh Abdullah Ibnu Abdur Rahim Fathani &
Syeikh ’Abdul Ra’uf Fanshuri Acheh
Kitab Muhimmah & Al-Mawa’izd Al-Badi’iah,
Al-Hidayah, 2007

Temu janji dan percintaan

Esei 83

Usia muda adalah satu zaman menarik dalam kehidupan semua orang. Ia adalah satu masa untuk pertumbuhan, persahabatan, temu janji dan percintaan. Temu jani patut dijadikan kaedah bagi mencari pasangan yang sesuai untuk bersama-sama berkongsi kehidupan. Soalan pertama yang muncul adalah : Adakah anda sudah cukup dewasa untuk bercinta?

Lebih dahulu anda harus bina kematangan emosi, prasyarat percintaan dan perkhawinan.Ini bukan satu masa untuk bermain dengan perasaan orang lain. Ia tempoh usaha mengenal pasti bukan hanya keseronokan, usaha menyiasat bukan hanya untuk bermesra sahaja. Justeru itu, perkahwinan adalah lebih baik selepas berusia 24 tahun ke atas.

Cinta pandang pertama boleh diterima apapun kasih sayang dengan wawasan adalah lebih baik.Cinta sejati akan berkembang secara perlahan-lahan dengan menghargai personaliti pasangan, tahap kerohaniannya dan nilai-nilai.Semua orang berhak untuk mencari pasangan yang sesuai tetapi mereka jarang sekali mengambil satu strategi untuk mengumpan dan mendapatkan yang terbaik. Semua memerlukan kita :
a) Membuat satu pilhan yang bijak
b) Terdapat bahaya dan perangkap
c) Nilai-nilai dan pertimbangan anda menjejaskan kejayaan perkahwinan anda

Kita perlu melihat pada realiti kehidupan. Percintaan itu tetap ada bahagian kesedihannya. Terima segala kemungkinan; kejutan, kekecewaan atau yang tak terduga.Seseorang mungkin tidak menyayangi anda selamanya. Tempoh pemujukan atau perkenalan adalah penting. Ia satu peluang untuk menilai kematangan menyeluruh dan keserasian. Idealnya tempoh ini tidak sepatutnya terlalu panjang, ia ruang keresahan dan godaan fizikal.

Anda dikira cukup matang secara fizikal dan emosinya, apabila anda telah berkelayakan secara akademik dan profesional,

Cinta dapat bertahan Cuma apabila pasangan kekasih menyayangi banyak benda bersama-sama dan bukan hanya satu sama lain.
(Walter Lippmann)

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Qasidah al Mudhoriah (8)

36. Dan juga ke atas Abi Hafsh al-Faruq as sahabatnya. Yang mana kata-katanya tegas dalam penghakimannya maka itulah Umar as.

37. Dan limpahilah kasih sayang kepada Uthman as yang punyai dua cahaya  yang sempurna. Padanya segala kebaikan dalam dunia dan akhirat dan mendapat kejayaan.

38. Begitulah juga Ali as bersama dua anaknya dan ibu keduanya (Fatima ra) Merekalah keluarga yang terpilih seperti mana telah datang hadith kepada kita tentangnya.

39. Begitu jugalah ke atas Khadijah al Kubra ra yang telah membelanjakan harta-hartanya untuk perjuangan rasulullah saw sehingga berjaya.

40. Dan ke atas wanita-wanita suci, isteri-isteri rasulullah saw dan begitulah juga anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki baginda saw setiap kali mereka diingati.

Qosidah Al-Burdah
Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
2009