Tuesday, December 26, 2017

Pendekatan Menangani Probia Matematik Di Kalangan Murid

Bentuk mindset mereka

Saya sering berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak menggemari mata pelajaran Matematik di sekolah. Ramai ibu bapa yang mengadu anak mereka sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut, Kenyataan ini disokong lagi dengan keputusan peperiksaan mereka yang tidak pernah lulus mata pelajaran Matematik.

Apabila saya berhadapan dengan pelajar yang menghadapi situasi begini, biasanya saya akan cuba mendiagnosis mereka bagi mencari punca mereka tidak menggemari subjek tersebut. Adakah memang mereka sangat lemah menguasai operasi dalam mata pelajaran tersebut ataupun mereka tidak tahu teknik menjawab soalan?

Sangkaan saya meleset kerana hasil diagnosis saya adalah 90% daripada mereka mempunyai punca yang sama iaitu kepercayaan mereka terhadap mindset mereka yang telah ditanam bertahun-tahun lamanya dalam minda mereka.

Apabila saya bertanya mengapa mereka tidak suka dan tidak memahami mata pelajaran tersebut, memberi jawapan yang sama iaitu:

# Matematik sangat susah kerana terlalu banyak formula yang perlu diingat.

# Ibu bapa serta guru-guru Matematik saya sebelum ini mengatakan saya sangat lemah dalam Matematik.

# Saya sering gagal dalam mata pelajaran tersebut. Saya mungkin tidak akan lulus sampai bila-bila.

# Matematik perlu banyak latihan.

Kepercayaan diperoleh daripada pengalaman sudah menjadi mindset yang tertanam dalam minda sehingga mereka tidak mampu mengubahnya lagi. Lebih menyedihkan, apabila mereka sebenarnya mempunyai potensi yang sangat baik dalam mata pelajaran Matematik.

Proses menukar mindset ini perlu dilakukan secara berperingkat sehingga akhirnya mindset lama ditukar dengan mindset yang baru dan mereka mula berusaha  memperbaiki diri. Akhirnya mereka sedar bahawa mereka juga mampu berjaya seperti orang lain.

Jadi, penting untuk kita sering membentuk mindset yang baik kepada anak-anak autistik kita supaya mereka tidak rasa rendah diri dan merasakan bahawa mereka juga mempunyai potensi yang sama seperti adik-beradiknya yang lain.
 
Saya  sering memberi positive affirmation kepada Rizqy ( nama anak saya ) dan minta dia menyebutnya bersama-sama. Positive affirmation berbeza dengan pujian.

Pujian kita berikan kepada mereka sebagai tanda kita menghargai setiap kejayaan yang mereka lakukan. Manakala positive affimation pula ialah satu perakuan secara positif yang diucapkan sendiri oleh mereka sehingga mereka sangat percaya bahawa apa yang diucapkan oleh mereka itu adalah benar, sekali gus menjadi mindset yang tertanam dalam minda mereka.

Setiap kali Rizqy berjaya melakukan sesuatu tugasan akademiknya, saya mengajarnya mengucapkan, Alhamdulillah, abang hebat dan dia cukup bersemangat sewaktu mengucapkannya.

Apabila dia tidak dapat melakukan tugasan baru, saya akan cepat-cepat mengingatkannya, Abang mesti boleh buat, abangkan hebat. Dia akan  berusaha sedaya upaya sehingga akhirnya diamampu melakukan dengan baik.

Jangan sesekali membentuk mindset anak dengan mengaitkan kekurangannya sebagai alasan apabila dia tidak dapat melakukan sesuatu tugasan. Tugas kita adalah untuk menampakkan yang mereka bertuah dan berbeza kerana dipilih oleh Allah menjadi seorang autistik.

Wallahu ’alam

Genius dari syurga
Ainizal Abdul Latif
Gruf Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
2015

Gurindam memelihara kata

Ada pun anggota yang satu itu
Punca banyaknya orang berseteru

Bergerak lidah, gusi dan bibir
Mudahnya terbit kata bergilir

Seandainya dihalusi dengan berfikir
Nescaya perkataan baik yang zahir

Seandainya diikut nafsu dan perasaan
Keluar segala yang tidak keruan

Perkataan yang baik dituntun akal
Perkataan yang cela pengaruh otak dangkal

Dengan niat yang ikhlas
Tutur kata tidak terbatas

Dengan niat bersarang hasad
Terhambur perkataan yang kesat

Sebelum berkata semprnakan selidik
Supaya ketahuan diri cerdik

Berkata tanpa niat nan mulia
Bertumpuk saham untuk ke neraka

Awang Sariyan
Di denai kehidupan

DBP, Kuala Lumpur 2016

Sunday, November 19, 2017

Redha

Jangan pernah sekali pun engkau katakana
dirimu tidak pernah didatangi ujian
kalau bukan padaanak, mungkin pada pasangan
kalau bukan pada kesihatan, mungkin pada pencarian.
 
Ujian pasti dating pada mereka yang mengaku beriman
di situ letaknya kasih saying dan cinta Tuhan
yang perlu engkau buktikan melalui pergantungan
hanya kepadaNya yang mutlak memiliki penyelesaian.

Jangan ego pada hakikat
mengaku dirimu sentiasa kuat

boleh selesai segalanya dengan kudrat
sedang nyawamu dalam gengamanNya yang hebat

Dia Maha Tahu apa yang berada di belakang malah di hadapan
malah apa jua yang cuba engkau sembunyikan
kita mampu  fikir dua tiga penyelesaian
sedang Dia memiliki beribu-ribu jalan.

Lalu mengapakah engkau mencari selain Dia?
manusia, ilmu dan ubat hanya medium
jangan berhenti bertakwa, belajar jadi redha
nikmatnya akan engkau temui, ketenangan di dunia.

Anizal Abdul Latif
Genius dari syurga,2015

Kita cari redha Allah

Usah peduli dengan kata-kata manusia
terhadap anak-anak kita
kita cari redha Allah
bukan cari redha manusia.

Dibandingkan dengan anak mereka
sudah menjadi perkara biasa
dipandang pelik pada gaya
sudah sebati dengan kita.

Ditanya mengapa, kenapa, salah siapa
sudah menjadi makanan kita
kadang-kadang semuasoalan mereka
kita mampu jawab dengan senyuman sahaja.

Air mata….
aduhai…..tak mampu lagi untuk disukat
tapi Allah beri mereka kepada kita
sebab Allah Maha Tahu, yang sebenarnya kita kuat.
 
Katakan pada diri
biarlah aku memilih untuk menjadi sabar
kerana Allah sudah berjanji
Dia sentiasa ada bersam orang yang sabar.

Tidakkah itu satu penghargaan daripada Allah?
Dia tak mungkin meninggalkan kita
sebab sabar dan kita……
sudah seperti ombak dan pantai.

Allah beri kita ahli syurga
untuk membawa kita sama-sama ke syurga
benar, syurga itu mahal
kerana itu, usaha kitauntuk mereka, Allah saja yang boleh nilai.

Jadi, sekali lagi usah peduli kata-kata manusia
kita usaha, sabar dan cari redha Allah saja
mereka adalah amanah, bukan beban
untuk dicintai, bukan disisihkan.

Anizal Abdul Latif

Genius dari syurga,2015

Pemilik kuasa

Ketika diri ghairah serakah
mengagungkan semua selain Engkau
mencari sebanyak-banyak solusi
percaya boleh selesai sendiri

Engkau yang menjadikan api itu sejuk
ketika Ibrahim sedang dibakar
Engkau yang menukarkan kibas
ketika Ismail dijadikan korban

Engkau yang membelah lautan
ketika Musa dikejar musuh
Engkau yang memberi mukjizat
ketika Muhammad dalam kesulitan
 
Memberi hidup pada yang mati
menyuburkan apa yang kontang
menggerakkan apa yang terhenti
mengatur segala di langit dan bumi.

Maka tidaklah susah bagiMu
untuk membetulkan  sesuatu
sesuai pada tempatnya
kena pada fitrahnya.

Ya Rabb, kuakui kini
akulah hamba yang tidak berdaya
langkahku terhenti di sini
kembali kuraih ihsanMu.

Kerana Engkau pemilik ilmu
sedang aku cuma punya rasa
kerana Engkau pemilik kuasa
sedang aku hamba yang tak punya apa.

Anizal Abdul Latif
Genius dari syurga,2015

Dia yang berbeza

Kau yang mama nantikan
berkongsi nyawa sembilan bulan
wira pertama jadi harapan
semoga membesar menjadi pahlawan

Semakin masa mengejar waktu
semakin mama rindu dambakan
mata kita padu bersatu
kala lagu cinta  mama dendangkan.

Semakin engkau menginjak usia
semakin mama diuji rasa
bilakah kau kan memanggil mama
dengan pelukan mesra manja

Kau tetap dengan duniamu
yang tidak pernah mama fahamkan
rindu yang mencengkam saban waktu
laksana pungguk rindukan bulan

Kau berbeza, bukan sebarangan
pasti ada rahsia mengapa Allah titipkan
hidup ini tiada yang kebetulan
disitulah tanda kasih sayang Tuhan

Anizal Abdul Latif
Genius dari syurga,2015

Cahaya di lorong gelap

Kenyataan itu hakikatnya pedih
hingga segalanya nampak gelap
takut, gelisah dan sedih
menjalar di segenap saraf.

Kukejar dia yang bernama doktor
kupelajari dia yang bernama ilmu
kucari dia yang bernama ubat
kuusahakan dia yang bernama penawar.

Di hujung  garisnya penamat
apabila tiada satu  memberi manfaat
setelah roh dan jasad penat
di situ Allah beri hidayat.

Dia boleh hidupkan yang mari
tanpa satu pun bantuan jentera
maka apalahh susah bagiNya
memperbetulkan apa yang sepatutnya.

Cahaya itu beriku sedar
selama ini kutemui lelahnya
mengapa aku kejar selain DIA?

sedang kun fayakun mutlak padaNya.

Terima kasih ya Rabb
pedihnya  melalui masa gelap ini
asbab aku dapat merasa
nikmatnya tatkala menemui cahayaMu

Anizal Abdul Latif
Genius dari syurga,2015