Monday, September 5, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (3)

Anas bin Malik atau Unais (panggilan manjanya ketika kanak-kanak) baru berumur 10 tahun ketika beliau bertuah, mula berkhidmat dengan nabi saw. Beliau hidup bersama dan di bawah jagaan nabi sehingga baginda saw bertemu menghadap Allah Taala.

Oleh itu jangka masa beliau bersama baginda genap 10 tahun. Ketika itulah tegukan pertama hidayah yang berjaya membersihkan dirinya. Anas peka dengan hadis nabi saw dan ia memenuhi dadanya. Beliau mengetahui keadaan, kisah, rahsia dan sifat mulia baginda yang tidak diketahui oleh orang lain.

Anas bin Malik dilayan baik oleh nabi saw. Hinggakan anak pun tidak dapat merasai layanan sebegitu daripada bapanya.
Beliau dapat mengecapi kecantikan sifat mulia dan keagungan keperibadian baginda saw yang didambakan dunia.

Ayuh kita biarkan Anas menceritakan beberapa gambaran menarik tentang layanan nabi saw yang beliau rasai. Kerana beliau lebih mengetahui dan gambarannya lebih kuat.

Kata Anas bin Malik:

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang.

Suatu hari baginda meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang rasulullah maksudkan. Sesampainya saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang berdiri di belakang saya dan dia memegang baju saya……..Saya pun berpaling, saya lihat rasulullah tersenyum seraya bertanya: Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?.

Saya rasa bersalah dan saya berkata: Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai rasulullah.

Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan nabi saw selama 10 tahun. Tidak pernah sekali pun rasulullah saw berkata: Mengapa kamu buat begitu…jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu, baginda juga tidak pernah berkata: Mengapa kamu tidak melakukannya……..

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 3-4

Al-Wasi’

Asma ul-Husna ke-46

Al-Wasi’ ertinya Allah Maha Luas PembrianNya atau Maha Luas KepunyaanNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya, lagi sentiasa Mengetahui)
(Al-Baqarah:115)

Maha Luas PemberianNya

Al-Wasi’ adalah salah satu dari sifat Allah yang akar katanya berasal dari si’a, ertinya keluasan, kelapangan, daya tampung, kelimpahan dan seterusnya. Orang boleh jadi memiliki suatu keluasan pengetahuan apabila ia memahami banyak pengetahuan,atau ia mungkin mempunyai kekayaan yang melimpah.

Dalam bukuAl-Nihayah, Ibn Al-Atsir yang mendiskusikan sifat-sifat Allah, mengatakan bahawa al-Wasi’ dapat memperkaya setiap orang yang miskin, yang rahmatNya meliputi segala sesuatu. KekuasaanNya tidak pernah berakhir. RahmatNya tidak terbatas. KerajaanNya abadi. Dia tidak pernah memberhentikan pemberian. PengetahuanNya meliputi sesgala sesuatu, kekuasaanNya mencukupi segala sesuatu, rahmatNya amatlah luas. Pengetahuan, kekuasaan dan rahmatNya adalah paling besar. Dialah Zat yang sifat-sifatNya tidak terhad, pengetahuanNya luas, dan demikian juga rahmat serta ampunanNya, wilayahNya begitu besar.

Pandangan Yang Luas dan Pemurah

Merujuk kepada perkara di atas, maka sifat manusia yang keeempatpuluh enam dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mempunyai pandangan yang luas dan bersifat pemurah.

Salah satu cara untuk mengetahui kod etika yang diturunkan dari sifat ini, al-Wasi’ adalah bahawa anda harus bersikap kepada semua manusia dengan sikap baik dan kebaikan anda di sepanjang waktu; murah hatilah kepada semua orang. Bantulah mereka ketika mereka meminta bantuan, dan perlakukan mereka semua dengan sebaik-baiknya.

Seorang hamba Allah semestinya mengingat dan mencari kearifan dari perangai rasulullah saw yang kerap berdoa dalam solatnya ketika ia mendengar seorang Badwi berdoa kepada Tuhannya: Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepadaku dan Muhammad dan janganlah berkasih sayang kepada sesiapapun selain kami. Nabi saw menegur Badwi itu; Engkau telah berdoa kepadaNya untuk membatasi  sesuatu yang tidak terbatas, yakni rahmat Allah.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Raincoat

When it rain, do you stay in school and wait until the rain stops? Or do you use an umbrella? Or would you run home in the rain? Most of us have experienced the use of a raincoat during a rain. Have you ever thought of who invented the raincoat? Why is a raincoat water-proof, but not our school uniforms?

The idea of inventing the raincoat began by chance when Charles Macintosh, a Scottish chemist who was working in a rubber actory accidentally poured latex on his clothes. He was unable to wipe off the latex. After work, he had to wear the dirty clothes and walk home. On his way home, heavy rain came pouring down. When he reached home, he was surprised to find that the part of his clothes that was covered with latex was not wet at all.

This sparked an idea for Macintosh to carefully coat a layer of latex to a robe and this became the world’s first raincoat.

Food for Thought :

Observation and innovation are what lead to unexpected discoveries. If you have a keen observation , you will be able to capture many opportunities in life.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015

Mentaksir diri

Kumentaksir diriku
pada langit rinduNya
ada elus semilir
yang ketika nurani
masih menjuntaikan embun
menitis sejuk ke dalam rohani
membongkar rahsia sekujur roh
mengembalikan diri ke alam sedar.

Apa akukah itu
sedang leka dan alpa
memerhati gerhana
di siang hari
dari birai langit kelam
mengharap cerah
di hujung resah.

Maka benarlah itu aku
mengintai mimpi di siang hari
mengusung rindu di hujung senja
menanti cinta diulit mimpi
terlayah jauh dan fana
sehingga kutemui tuhan
di penghujung kehidupan.

Siti Nur Hidayah
Petra Jaya, Kuching
Mingguan Malaysia
17 Apr 2016

Sunday, September 4, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (2)

Pada suatu pagi yang berembun segar dan suasana yang tenang berseri, terdengar orang berlaung: Muhammad dan sahabatnya telah hampir sampai dengan Yatsrib.

Orang ramai segera bergegas menuju jalan yang akan dilalui oleh nabi pembawa hidayat dan kebaikan……

Mereka berlumba-lumba  untuk sampai, kelompok demi kelompok. Golongan kanak-kanak turut  menyelit dan mencelah gerombolan tersebut. Jelas tampak di wajah mereka raut kegirangan yang memenuhi perasaan keanakan mereka.

Rasulullah saw dan sahabatnya Abu Bakar sampai. Unta yang dinaiki berjalan di celah-celah orang ramai yang bersesak-sesak.

Wanita dan anak-anak kecil yang berada di rumah, naik ke tingkat atas. Mereka tertinjau-tinjau dari jauh kearah rasulullah saw. Mereka tertanya-tanya: Yang manasatu dia….yang mana satu dia.

Itulah hari yang tidak dapat dilupakan. Hinggakan kenangan itu masih terus basah dalam ingatan Anas walaupun umurnya telah menjangkau lebih 100 tahun.

Tidak berapa lama rasulullah saw berada di Madinah, Ghumaisho’ binti Milhan, ibu Anas datang bertemu baginda. Beliau turut membawa bersama anaknya, Anas yang masih kecil tersebut. Anas berlari-lari di hadapannya. Rambutnya terjurai di dahinya.

Setibanya di hadapan nabi saw, beliau memberi salam.

Wahai rasulullah….semua lelaki dan wanita Anshor telah   memberi hadiah kepadatuan. Namun saya tiadaapa-apa yang boleh saya hadiahkan selain anak saya ini….Ambillah dia. Dia akan berkhidmat untuk tuan mengikut apa sahaja yang tuan mahu…, kata ibu Anas kepada nabi saw.

Rasulullah saw amat gembira dan menyambut anak tersebut dengan tersenyum manis. Bagindamengusap-usap kepala Anas. Nabi saw menyentuh anak rambut Anas dengan hujung jarinya. Lalu, baginda menjadikannya sebahagian anggota keluarganya.

Wallahu ’alam

Dr. Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 2-3

Al-Mujib

Asma ul-Husna ke-45

Al-Mujib ertinya Allah Maha Mengabulkan atau yang Maha Memperkenankan sebagaimana firmanNya bermaksud:

Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan (doa hambaNya).
(Hud:61)

Maha Mengabulkan

Membahas secara linguistik, baik kata benda ijaba mahupun istijaba ertinya sama pada dasarnya, sedangkan al-Mujib mempunyai dua pengertian pertama, Zat yang menjawab semua permohonan, kedua, Zat yang memberikan apa yang Dia diminta untuk mengabulkannya.

Dikatakan Al-Mujib keranaAllah mengabulkan permohonan mereka yang memohonNya dan membantu mereka. Dialahyang menjawab munajat kepada orang-orang yang bermunajat kepadaNya, yang memenuhi keperluan orang-orang yang memerlukan dan memberi mereka secaramemadai.

Bahkan Dia memberi sebelum diminta dan menerima sebelum dimohon. Dia tahu keperluan-keperluan orang yang memerlukan sebelum mereka sendiri berdoa kepadaNya sehingga Dia telah menyiapkan bagi mereka segala fasiliti bagi memenuhi semua keperluan mereka.

Menggantungkan diri dengan harapan dan doa

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempatpuluh lima dengan bercemin pada Asma ul-Husna ialah menggantungkan diri dengan harapan dan doa kepada Allah SWT.

Rasulullah saw telah bersabda: Ketika engkau memiliki sebuah permintaan, maka mintalah kepada Allah dan setiap kali engkau perlu bantuan, mintalah bantuan dari Allah.

Dalam hadis lain, baginda bersabda: Allah terlalu malu untuk mengecewakan salah seorang hambaNya yang berdoa kepadaNya untuk sesuatu yang baik.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Post Office

An inn is generally a hostel providing overnight lodging for travelers. In older days, inns were used as places for exchanging instruments and transmission of military information among officials. China was the world’s first country to establish the transmission of information among its organizations by mail. Despite its 3,000 years of history, there were not many artifacts that were retained.

It was recorded in most historical facts that the founder of the post office was the king of Persia,Cyrus the Greek. Cyrus the Great ruled a vast empire, where the officials needed to spend considerable time in delivering letters and messages. In order to meet with the needs of the imperial rule, Cyrus the Great gave an order to build a number of inns. These inns were spaced a certain distance apart. Horses were kept and taken care of in these inns. The officials traveled with these horses to pass courier and messages between the inns. These inns were the early post offices.

In the reign of Augustus, the Romans changed the early inns into more formal public inns. These inns were generaly set up along main roads. They were equipped with fit and healthy horses, as well as accommodation for the officials. These inns could be considered as the origin of post offices as they carry a number of features of today’s modern postal system.

Food for Thought :

People in the old days realized the importance of communication and thus the postal system was created to make the long distance transmission of information easier.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 40