Sunday, September 4, 2016

Syair kepada taulan

Ayuhai teman ayuhai taulan
ilmu itulah kaujadikan panduan
usah perasan yang dikau dahulukan
nescaya bahagia kini dan hari kemudian

Ada pun akal sumber fikiran
hati pengawal segala perbuatan
jaga lidahmu usah tak keruan
nescaya sentosa kita sekalian

Kalakian cermat menjaga adab
tiadalah peribadi punah tak bersebab
kekallah menjadi golongan ulu albab
nescaya di tangan kanan beroleh kitab

Awang Sariyan
Di denai kehidupan

DBP, Kuala Lumpur 2016

Friday, September 2, 2016

Anas bin Malik Al-Anshori (1)

Anas bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho’ ketika masih usia kanak-kanak. Sanubarinya dipenuhi ibunya dengan rasa cinta terhadap nabi Muhammad saw.

Anas dilamun cinta mendengar kisah nabi saw. Bukanlah pelik, ada kalanya hati rindu ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentangan.

Anak ini amat bercita-cita untuk mejejaki nabi di Mekah. Atau kalau boleh rasul saw yang agung datang ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang bertemunya.

Tidak berapa lama, Yatsrib kota yang bertuah dan beruntung dikejutkan dengan berita gembira. Berita bahawa nabi saw dan sahabatnya Abu Bakar as-Shiddiq dalam perjalanan menuju Yatsrib. Mendengar berita tersebut, keriangan memenuhi setiap rumah dan kegembiraan mengisi setiap perasaaan…..

Mata dan hati tertaut dengan jalan yang akan dilalui oleh nabi saw dan sahabatnya untuk sampai ke kota Yatsrib.

Setiap menjelang pagi anak-anak berarak girang, Muhammad datang. Muhammad datang……jerit mereka.

Anas dan teman-teman sebayanya berlari ke arah  anak-anak yang menjerit. Namun dia tidak melihat pun  kelibat Muhammad saw. Lalu dia pulang kecewa dan sedih.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006 ms 1-2

Ar-Raqib

Asma ul-Husna ke-44

Ar-Raqib ertinya Allah Maha Pengawas yang Maha Mengamati atau Mengintai sebagaimana firmanNYa bermaksud:

Dan bertaqwalah kepadaAllah yang kamu selalu meminta  dengan menyebut-yebut namaNya serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisaa’:1)

Maha Pengawas yang Maha Memerhati

Ar-Raqib adalah sifat Allah. Dialah saksi yang tidak pernah jauh dari peristiwa. Dalam bahasa, seorang raqib adalah seorang yang terjaga, seorang pengawas yang berdiri untuk melindungi dan mengawal. Dalam militer, raqib adalah orang yang berada di barisan hadaan. Ar-Raqib adalah Allah yang melindungi setiap orang dan segala sesuatu, Zat yang tak sesuatu pun luput dari ilmuNya.

Menurut sebuah hadis Qudsi, Rasulullah saw bersabda: Lindungilah Muhammad dan keluarganya, ertinya lindungilah namanya dan muliakanlah.

Raqib juga bererti keturunan. Malaikat yang menulis segala sesuatu yang kita lakukan dan ucapkan juga disebut raqib seperti dalam surah Qaaf ayat 18 bermaksud: Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

Ar-Raqib, yakni Zat yang benar-benar mengawasi kita, tentu sahaja adalah Allah. Orang yang raqib tentang Allah adalah orang yang mengakui bahawa Dia mengawasi segala sesuatu yang kita lakukan dan ucapkan, maka iamelakukan tugas-tugasnya terhadapNya.

Berhati-hati dan Cermat

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keempatpuluh empat dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersifat hati-hati dan cermat dalam segala perkara.

Allah yang bersifat ar-Raqib, mengetahui keadaan kita dan menghitung nagaskita, yang tidak pernah lalai atau lupa, yang selalu hadir dan tidak pernah cuai, yang memerhati apa yang kita lakukan, yang mengenali pemikiran-pemikiran kita yang paling dalam, seharusnya menjadikan diri kita bersikap hati-hati dalam hidup ini agar tidak tersentuh dengan sebarang kemaksiatan dan perbuatan dosa.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Parachutes

During the Ming Dynasty in China, there were acrobats who created a new stunt in their performance called parachuting. For the purpose of the stunt, the acrobats would stand on a very high stage, holding a specially created umbrella while jumping down in order to gain the audiences attention. This performance later spread to Europe. The Europeans later used a wing which was made of silk for the performance.

In 1730, hydrogen balloons were created to explore the sky.However, there were many cases of explosions that were caused by these balloons. This threatened the safety of the explorers who used these balloons. Thus, numerous research projects were conducted in order to solve the problem. This indirectly led to further research in parachutes.

Between the end of the 18th and early 19th century, several countries created and produced parachutes. Airplanes in the early days were said to be dangerous as many accidents occurred. Thus, people needed a life-saving tool which then led to the creation of life-saving parachutes.

Food for Thought :
It was the urgent need of having an emergency the saving tool for pilots and passengers that lead to the constant improvement of the parachute.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 39

Jernih

Mencari wajah sendiri
perlukan cermin yang jernih

Mencari wajahNya
perlukan hati yang jernih
lebih daripada segala cermin.

ABIZAI
Sinar Benar
DBP, 2011


Thursday, September 1, 2016

Paper Umbrella

In ancient times, rainy and hot summer days interfered with people’s daily lives. They had to either stay at home or find shelter during these seasons. Lu Ban, as told in a legend in China, had built many shelters in his neighbourhood for public use. However, people were still unable to participate in outdoor activities during stormy seasons.

Lu Bab’s wife came up with an idea with reference to her husband’s shelters. She used oil paper and bamboo to make a light and easy to carry small shelter, known as a paper umbrella. She told Lu Ban: the shelter that you built is not moveable, but mine is a mobile shelter providing protection to people for all seasons, rain or shine.

Food for Thought :

Demands is the source of innovation and invention; imagination is also needed in problem solving processes.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 38

Al-Karim

Asma ul-Husna ke-43
 
Al-Karim ertinya Allah Maha Mulia yang Maha Pemurah lagi Maha Dermawan sebagaimana firmaNya bermaksud:

Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.
(An-Naml:40)

Maha Mulia yang Maha Pemurah

Para ulama mengatakan bahawa segala sesuatu yang dipandang baik, berharga, mempunyai erti besar adalah Karim.

Secara linguistik, seseorang yang gemar bersedekah juga disebut karim, dermawan. Segala sesuatu yang terdapat dalam kategorinya sendiri dalam kedudukan tinggi disebut karim. Allah disebut al-Karim, suatu sifat yang mendedahkan kasih sayang dan kemurahanNya. Allah sentiasa pemurah dan Dia akan selalu demikian. Dia jauh dari segala kerendahan. Dia memberi (sesuatu) secara melimpah ruah dan Dia memberinya sesuatu secara menawan.

Al-Karim bermakna memaafkan walaupun Dia mampu menurrunkan azab yang paling pedih. Dia memenuhi janji-janjiNya. Dia memberi lebih daripada apa yang orang mohonkan kepadaNya. Dia tidak memikir berapa banyak yang Dia berikan dan kepada siapa; Dia tidak mengizinkan siapapun yang mencari perlindungan kepadaNya mengalami kebinasaan. Tidak ada sesiapa pun selain Allah yang mempunyai sifat demikian.

Sifat manusia yang ke-43 ialah berhati mulia dan dermawan

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang ke43 dengan bercermin pada asma ul-Husna ialah memiliki hati yang mulia dan sikap dermawan.

Bangsa Arab biasa menyebut sesuatu sebagai karim jika ia memiliki kebaikan atau sifat yang patut dipuji. Rasulullah saw bersabda: Yusuf adalah yang paling dermawan di antara manusia, yang bermakna kedermawan adalah termasuk di antara sifat-sifat nabi dan rasul.

Salah satu dari tanda kebesaran dan kemurahanNya adalah bahawa Dia memberikan kurniaNya kepada orang-orang yang yang tidak berhak mendapatkannya. Dia mendermakan kemurahanNya walaupun kepada orang yang menentang perintahNya. Jika sifat-sifat ini dijadikan pengajaran dan iktibar ertinya kita wajib mempunyai sifat-sifat dermawan dan pemurah kepada semua orang.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010