Friday, April 1, 2016

Chewing Gum

The chewing gum is one of the earliest existing candies in the world. In the early days, people chewed a kind of substance (product) made from tree resin (liquid compound found in plants). They chewed this kind of gum as an after-dinner candy,either to clean their teeth or to freshen their breath.

The invention of the chewing gum began when a Mexican former general, Santa Anna, met with an American, Thomas Adams in Staten Island,New York. Anna introduced chicle (a kind of gum-like substance) to Adams,who tried to make toys,maks and main boots out of the substances,all of which failed.

One day,whilst at his workshop,feeling demotivated and exhausted. Adam decided to give a piece of the substance a taste and liked it. While chewing on the substance, he had an idea of adding flavour to it. Later, he successfully created a locorice-flavoured gum, but the gun could not hold the flavour for long.
 
In 1880,a man named William White tried adding peppermint as flavouring to the gum, and the flavour stayed during the chewing process. Other flavourings such as sugar and corn syrup were eventually added to the gum.

In the early 1950s, sugar-tree gums were introduced. These mint-flavoured and sugariess gums were often suggested for teeth-cleaning or as a means to relieve stress. Today, people of all ages continue to chew these gums.

In time, with improved methods of manufacturing packaging and advertising, modern chewing gums have increased in popularity.
.
Food for Thought :

The journey towards invention requires one to always keep an open mind, to constantly observe, be imaginative and creative, and to explore new innovative ideas.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 7-8

Ketika Dia Memilihmu

Ketika Dia memilihmu
untuk diberikan selaut ujian
selalulah melihat akan
mutiara berkilauan
yang tersembunyi di lantai lautan
diam menanti waktu
untuk menjadi perhiasan bermutu.

Palingkan sebentar pandangan
daripada mereka
yang sedang berlari perlahan
lihatlah pula
mereka yang hanya
punya sebelah kaki
dengan kepayahan mereka
tetap mampu berdiri.

Alihkan matamu
daripada mereka yang tidak
pasti mahu memilih
senarai makanan di kartu hidangan
tetapi jenguklah seketika
mereka yang menghargai sebutir nasi\
hidup gelandangan beratapkan langit
dan bertilamkan bumi.

Ketika Dia memilihmu
Dia sebenarnya
lebih tahu!

Ratna Laila Shahidin
IPGKRM Seremban
BH, 28 Feb 2016

Al-Hakam

Asma Ul-Husna 29

Al-Hakam ertinya Allah Maha menghukum atau yang Menetapkan Hukum-hukum ke atas makhlukNya sebagaimana firmanNya bermaksud:

Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.
(Al-An’aam: 57)

Maha Menghukum dan Maha Menetapkan Hukum

Al-Hakam ataupun al-Hakim mengandungi pengerti yang sama; asal-usul yang pertama bererti semakna dengan man’, larangan , yang darinya suatu kata seperti hakama, suatu bahagian dari pengekang besi yang digunakan untuk mengendalikan kuda.

Al-Hakam ertinya Zat yang kata-kataNya adalah final dalam menentukan kebenaran dan kebatilan, dalam menjelaskan antara tindakan-tindakan kesolehan dan tindakan-tindakan dosa. Dia mengaganjari setiap jiwa menurut apa yang diusahakannya, yang memutuskan di antara hamba-hambanyaNya, sebagaimana dikehendakiNya yang menerangkan antara kelompok yang binasa dan yang beruntung, menyiksa yang pertama dan mengganjar yang kedua. Al-Hakam adalah Maha Pemutus perkara yang terbaik. Hakim yang benar secara mutlak yang keputusanNya tidak seorang pun dapat membalikkannya, atau tak seorang pun yang dapat memupus titahNya.

Al-Hakam adalah Zat yang dalam janjiNya tidak ada keraguan sama sekali, yang perbuatanNya tidak mengandungi kesalahan (kekeliruan) sama sekali. Dia telah memerintahkan bahawa hati-hati harus puas dan redha kepadaNya, bahawa jiwa-jiwa harus tunduk dan taat kepadaNya. Dia memisahkan kebenaran dari kebatilan.

Diriwayatkan, Syuraih bin Hani telah mengatakan bahawa ayahnya Hani bin Yazid mengatakan, Suatu hari aku mengunjungi rasulullah saw dan baginda mendengar ada orang memanggilku Abu al-Hakam. Baginda berkata kepada mereka: Al-Hakam adalah Allah! Mengapa engkau dinamai seperti itu?

Aku berkata kepadanya: Setiap kali kaumku berselisih satu sama lain, aku memutuskan di antara mereka yang dapat memberi kepuasan pada pihak-pihak yang bertikai. Kemudian nabi saw menyoalku apakah aku punya anak. Ya, mereka adalah Syuraih, Abdullah dan Muslim, putera-putera Hani (yakni aku).

Siapakah yang tertua dari mereka? Tanya rasulullah lagi. Aku mengatakan bahawa yang tertua adalah Syuraih. Lalu baginda berkata: Engkau adalah Abu Syuraih. Kemudian baginda berdoa kepada Allah untuk merahmatiku dan anak-anakku.
 
Sifat manusia yang keduapuluh sembilan ialah bijak menghukum

Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh sembilan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah menghukum dan pandai dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan merujuk kepada hukum Allah swt.

Imam Al-Fudhail mengatakan bahawa Al-Hakam Allah sebaik-baik hukum dan hakim yang paling bijak. Dengan bercermin pada Asma Allah ini dapat membuat kehidupan diliputi oleh keadilan hukum Allah yang selari dan sesuai dengan fitrah kejadian kita.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 68 - 70

Wednesday, March 30, 2016

Pemenang Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2006

a) Kategori Individu Sekolah Prasekolah

Johan: Abdul Ghani b Abdul Hamid
SK Tambun Tulang, 02600 Arau Perlis
Tajuk : Huruf mengikut gaya badan
Sinopsis: Bahan inovasi adalah untuk memperkenalkan dan memberi pemahaman konsep bentuk huruf besar (A-Z) dengan cara melakukan gerakan anggota badan. Pengajaran menggunakan bahan ini telah disusun secara berperingkat iaitu bermula daripada pengenalan huruf yang mudah kepada yang susah seperti:
  1. Huruf I,T,Y,X dan P – membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan sambil menyanyi.
  2. Huruf F,E,J,L dan U - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara meniru aksi robot
  3. Huruf A,B,H,R dan K - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui permainan kuiz
  4. Huruf D,C,G,O dan Q - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan secara senamrobik.
  5. Huruf N,M,W.V,S dan Z - membentuk huruf besar dengan gerakan anggota badan melalui cerita.

Naib Johan: Azlina bt Aziz
SK Kuala Sentul, 26500 Maran Pahang
Tajuk: Kad Bacaan Manja Maju
Sinopsis:. Kad Bacaan Manja Maju merupakan bahan bacaan untuk murid prasekolah. Bahan inovasi ini terdiri daripada gabungan 6 dalam satu iaitu gabungan beberapa kad iaitu:
1)      Kad gambar
2)      Kad abjad awal
3)      Kad suku kata (kv/kvk)
4)      Kad perkataan
5)      Kad frasa
6)      Kad cerita

Kesemua elemen dalam kad ini telah digabungkan menjadi bahan bacaan bergambar dengan berpandukan siri nombor. Bahan ini juga mengikut tema dan dilampirkan bersama kad penilaian bagi menilai tahap kebolehan murid.

Ketiga: Samsul b A. Wahab
Peti Surat 4, Bandar Penawar 81907 Kota Tinggi Johor
Tajuk: Kaedah Serindit
Sinopsis: Kaedah Serindit adalah satu pendekatan menggunakan ICT dalam membantu murid untuk mengenal huruf, membaca suku kata dan perkataan. Kaedah ini berdasarkan pengajaran bertema serta membantu murid dalam proses menghafal dan mengingat. Secara ringkasnya kaedah ini terdiri daripada:
1)      Mengenal huruf
2)      Membaca suku kata
3)      Membaca perkataan
4)      Pengajaran bertema
5)      Menghafal dan mengingat

Pangisian kaedah ini diprogramkan di dalam Microsoft  Power Point. Kaedah menggunakan ICT ini boleh diajar secara kelas, kumpulan dan individu. Di samping murid seronok dalam pembelajaran, guru pula boleh mengubahsuai dan menambah kandungan pengisian berdasarkan kemahiran murid.

b) Kategori Individu Sekolah Rendah

Johan: Razali bin Yahya
SK Batu Tiga,25150 Kuantan Pahang
Tajuk : Aplikasi MAS BBD (sebagai pemangkin penjanaan idea penulisan efektif)
Sinopsis: MAS BBD merupakan akronim kata tanya Mengapa, Apa, Siapa, Bila, Bagaimana dan Di Mana. Sungguh pun akronim tidak asing bagi pengajaran dan pembelajaran penulisan (karangan) guru ini telah dapat mencipta satu cara sistematik untuk mengaplikasikan akronim tersebut bagi menjana idea penulisan dengan cepat, tepat dan padat. Aplikasi ini dibahagikan kepada tiga tahap utama. Tahap pertama merujuk teknik penjanaan idea utama berasaskan sama ada sasaran isi yang umum atau sasaran isi yang khusus. Tahap kedua merujuk teknik penjanaan idea sokongan  berasaskan isi yang khusus. Tahap ketiga pula menjurus teknik penjanaan idea sokongan berasaskan  sasaran isi yang khusus. Buku latihan penulisan untuk murid Tahap dua dicipta khas untuk mengaplikasikan teknik ini. Buku latihan tersebut mengandungi panduan yang membantu murid memahami soalan karangan, membuat pelan karangan dan menulis karangan. Aplikasi ini berupaya membantu murid menjana idea karangan dengan tersusun dan memastikan isi karangan tidak terpesong daripada kehendak soalan. Aplikasi ini telah disebarkan secara luas kepada guru-guru Bahasa Melayu di negeri Pahang dan di beberapa negeri lain. Walaupun ia dicipta khas untuk peringkat sekolah rendah, aplikasi ini juga dapat membantu pengajaran dan pembelajaran penulisan sekolah menengah

Naib Johan: Ngo Boi Hung
SJK Taman Rajang, Jalan Simpoh Peti Surat 1112 96008 Sibu Sarawak
Tajuk: Line of Five
Sinopsis:. Line of Five adalah set permainan matematik yang menggabungkan idea pengajaran dan permainan. Konsep Line of Line menjurus garis lurus yang mengandungi lima nombor yang disusun berturutan secara mendatar, menegak atau melintang. Ia berguna untuk pengajaran dan

Ketiga: Khatijah bt Noordin
SK Sentul 1, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur
Tajuk: Time Ruler
Sinopsis: Time Ruler merupakan bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan pembelajaran topik Masa dan Waktu dalam Matematik. Pakej Time Ruler terdiri daripada beberapa komponen seperti dua set 12-hour, Time Ruler, dua set 24-hour Time Ruler, satu set Minutes Plate, tujuh keping kad Days of the Week, dua belas keping kad Months of the Year, empat keping kad Week of the Month dan tiga puluh satu keping kad Daily Cards. Bahan ini dapat membantu murid membuat pengiraan berkaitan tempoh masa yang abstrak secara kongkrit. Ia dapat membantu pemahaman murid tentang peredaran masa dan waktu dalam tempoh sehari atau beberapa hari.

c) Kategori Individu Sekolah Menengah
 
Johan: Norazamudin b Umar
SMK Maktab Sabah, Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu Sabah
Tajuk : e-Tuition in Arabic
Sinopsis: Perisian pengajaran ini dibangunkan untuk membantu murid mempelajari Bahasa Arab dengan lebih verkesan dan seronok. Tiga komponen utama dalam projek ini ialah Kamus Bergambar dan Animasi, Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi. Murid mempelajari perkataan Bahasa Arab melalui Kamus dan cara menulis ayat melalui Teks PowerPoint dan Modul Latihtubi. Bagi murid yang menghadapi peperiksaan PMR murid dibimbing menjawab soalan peperiksaan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam Modul Latihtubi. Setelah pelaksanaan prokek didapati motivasi murid semasa belajar Bahasa Arab sangat tinggi dan kualiti prestasi murid dalam peperiksaan PMR telah meningkat. Di samping itu guru telah meletakkan bahan pengajaran beliau dalam laman web www.e-tuitioninarabic.net dan menjalankan program OUTREACH di masjid tertentu di Kota Kinabalu. Bahan pengajaran projek ini boleh diakses oleh semua pihak yang berminat belajar Bahasa Arab.

Naib Johan: Sia Peng Yee
SMJK Seg Hwa, Jalan Tahang Rimau, 85000 Segamat Johor
Tajuk: Keelekromagnetan – Dari konsep ke aplikasi
Sinopsis: Satu pakej bahan bantu mengajar telah disediakan daripada bahan gunapakai untuk membantu murid mempelajari konsep Keelekromagnetan dan aplikasinya di makmal sains melalui eksperimen. Di setiap stesen mereka akan belajar sesuatu konsep atau satu contoh penggunaan Keelektromagnetan setelah menjalankan satu eksperiman dengan menggunakan bahan bantu mengajar serta menjawab soalan yang ditanya dalam lembaran kerja. Pakej ini terdiri daripada satu model statik untuk mengajar konsep berhubung dengan medan kemagnetan di sekeliling solenoid, satu pasangan solenoid (aktif) untuk mengajar kesan arus elektrik dan bilangan gulung ke atas kekuatan daya kemagnetan, model-model untuk kren, pembesar suara dan geganti elektrik. Setelah mengendalikan eksperimen yang disediakan murid menunjukkan mereka telah memahami konsep Keelektromagnetan dengan lebih mendalam dan mereka dapat menjawab soalan yang lebih sukar seperti soalan peperiksaan SPM.

Ketiga:  Pang Sin Nan
Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah, Lorong Siol Kandis 1, Petra Jaya 93050 Kuching Sarawak
Tajuk:  Penghasilan Klip Video dan Foto Yang Asli Secara Spontan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Yang Efektif dan Afektif
Sinopsis: Satu kaedah pengajaran yang melibatkan penghasilan klip video secara spontan telah diperkenalkan untuk mengajar tajuk yang rumit difahami dalam pengajaran Fizik seperti keseimbangan daya. Murid dilibatkan secara aktifnya dalam proses pengajaran dan tindakan mereka dirakam dalam kamera digital dan dimainkan semula untuk mencetuskan perbincangan. Melalui kaedah ini murid dapat memahami konsep dengan lebih jelas serta memahami konsep yang sukar dikonsepsikan. Oleh kerana kaedah memerlukan penglibatan pelajar dengan aktifnya mereka merasa seronok dan puas dalam pelajaran Fizik.Untuk menggunakan kaedah ini dalam pengajaran, guru-guru perlu mempunyai kemahiran yang cekap dalam penggunaan kamera digital dan peralatan elektronik yang berkaitan seperti komputer riba dan projektor LCD. Kaedah pengajaran ini berpotensi digunakan dalam pengajaran mata pelajaran yang lain juga.

d) Kategori Kumpulan

Johan:  Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk :  MyCard
Sinopsis: MyCard adalah satu permainan kad yang dihasilkan khusus untuk membantu murid sederhana dan lemah menguasai dan menghafal fakta-fakta penting dalam mata pelajaran seperti Sains (Tingkatan 5), Ekonomi Asas (Tingkatan 4) dan Ekonomi (Tingkatan 6). Bahan ini digunakan dalam minggu ulangkaji antara bulan Julai hingga Oktober setelah sukatan pelajaran siap diajar. MyCard menerapkan ciri-ciri Pembelajaran Kendiri, Kecerdasan Pelbagai dan Pembelajaran Koperatif bagi memastikan penglibatan kapasiti belajar dan kepuasan murid dimaksimumkan semasa aktiviti ulangkaji dijalankan. Lembaran kerja, Buku Modul serta CD pembelajaran juga disertakan bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Inovasi ini juga disebarkan melalui laman we di alamat http://mycardstmary.blogspot.com
 
Naib Johan   Sri Ram A/L Bilangwaty & Mohamed Ayub b Ghose Mohamed
SMKA Al Mashoor (L) Jalan Air Itam, 10460 Pulau Pinang
Tajuk:  Kit Aslie
Sinopsis:  Bahan inovatif ini bukan sahaja membantu murid untuk menguasai tajuk Aset, Liabiliti, Hasil, Belanja dan Ekuiti tetapi juga tajuk lain iaitu imbangan Duga, Penyata Kewangan dan Komuter (Excel) dalam mata pelajaran Perakaunan. Ia merupakan penggeak dan pelengkap kepada murid menguasai tajuk-tajuk penting dalam Perakaunan dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Hasil keputusan peperiksaan SPM 2003,2004 dan 2005 menunjukkan sekolah mencatat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Perakaunan. Kit ini boleh digunakan sebagai modul latihan sendiri secara manual atau secara interaktif dengan komputer.

Ketiga:  Wong Siew Chai
SJKC Kwan Chien Sarikei, Jalan Kubu 96100 Sarikei Sarawak



Tajuk:  Pakej Fleksi Permainan Pengajaran dan Pembelajaran Sains 3R
Sinopsis:  Inovasi ini merupakan satu permainan yang telah dibangunkan unrtuk menimbulkan minat dan motivasi murid-murid tahun 3 untuk mempelajari mata pelajaran sains. React,Refresh dan Reflect merupakan 3 aspek yang diutamakan dalam permainan ini. React merujuk kepada rangsangan atau reaksi kepada grafik-grafik atau masalah-masalah yang ditujukan kepada murid. Refresh pula menekankan pengalaman yang sedia ada dan konsep-konsep yang perlu diingat kembali bagi menyelesaikan masalah yang ditujukan. Reflect adalah lebih kepada kesimpulan atau konsep yang diperolehi daripada pengalaman yang diingat kembali. Permainan ini telah memudahkan murid mempelajari danh mengingati topik-topik sains dan juga membantu mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Pemenang Keseluruhan:
Johan:  Salina Abdullah Sangguro, Liew Fui Byn & Mohd Nazri b Abd Rahman
SMK St Mary Peti Surat 482, 90705 Sandakan Sabah
Tajuk :  MyCard

Wallahu ’’alam

Direktori Pemenang
Pertandingan Anugerah Guru Inovatif
Peringkat Kebangsaan 2002-2013

KPM, 2013 ms 33-39

Maulid Daiba’i ....bahagian 19

Pernah juga dikatakan orang wajah baginda seperti bulan purnama, bahkan lebih terang dari bulan purnama yang tidak dilindungi awan.Baginda diliputi oleh sifat-sifat kebesaran dan kepada baginda terhenti segala sifat kesempurnaan. Setengah orang yang cuba menerangkan sifatnya berkata: Aku tidak pernah melihat orang yang seumpamanya sebelumnya dan sesudahnya. Seindah mana bahasa seseorang yang fasih berbahasa juga akan lemah jika cuba menggambarkan atau mengira keutamaannya. Maha Suci Tuhan yang telah mengutamakan baginda dengan kedudukan yang tinggi.

DiisrakkanNya baginda hingga ke tempat yang paling hampir laksana antara dua busur panah atau lebih dekat lagi, DisokongNya baginda dengan beberapa mukjizat yang banyak. DisempurnakanNya baginda dengan sifat-sifat kesempurnaan yang sukar hendak dihuraikan. DiberiNya baginda lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada sesiapapun sebelumnya. DikurniakanNya baginda Jawami’ulkalim. Pendeknya tidak ada siapa yang dapat mencapai keutamaaannya. Bagi baginda tiap-tiap tempat ada percakapannya. Tiap-tiap kesempurnaan berasal dari kesempurnaannya. Baginda tidak pernah bingung dalam menyoal atau menjawab dan lisannya tidak pernah berkata melainkan yang benar.

Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.

Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008

Layang-layang

Kuterbangkan sebuah layang-layang
ke negeri paling jauh
merentasi benua
angin menghantarnya pulang
ke daerah lahirku

kuterbangkannya ke angkasa pula
menggapai mimpi indah
ke langit paling tinggi
bintang mencampaknya jatuh
di telapak kakiku.

Mungkin aku bukan pemain handal
menerbangkan layang-layang
aku hanya anak petani
mahir menyemai benih
di batas tanah ini
tak mampu menawan
harapan dan impian
di dada awan

Kata seorang temanku
jadilah saja dirimu
petani berbakat
yang berbudi pekerti.

Sani La Bise
WP Labuan
BH, 28 Feb 2016

Al- Basir

Asma Ul-Husna 28

Al-Basir ertinya Allah Maha Melihat tanpa adanya sekatan ataupun hijab sebagaimana firmanNya bermaksud:

Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Hadid:4)

Zat Yang Maha Melihat

Dari segi bahasa, melihat diperolehi melalui daya penglihatan; ia merupakan pantulan cahaya atas objek yang dilihat dan kesannya pada mata. Melihat juga suatu insight, suatu kebijaksanaan, suatu keyakinan yang paling dalam. Orang yang bashir adalah ia yang melihat secara mendalam, yang berilmu, yakni seorang ahli atau pakar.

Juga malihat dalam kaitan ini bererti tidak terburu-buru, melainkan merenungkan (terlebih dulu), mengetahui perkara-perkara dan teguh dalam menganut satu keyakinan.

Allah bersifat dengan al-Basir, ertinya melihat segala sesuatu, yang nyata mahupun yang ghaib, tanpa menggunakan daya penglihatan.

Al-Basir sepenuhnya mengetahui segala sessuatu yang terlihat dan yang tidak terlihat oleh pandangan biasa. Dia melihat dan mengawasi tanpa menggunakan sebarang alat. Tidak sesuatupun yang ada di langit tinggi ataupun di dasr bumi, ataupun segala sesuatu yang ada di antara keduanya, ataupun yang ada di bawah tanah, yang terselubung dari penglihatanNya.

Sifat manusia yang keduapuluh lapan ialah melihat kebenaran
 
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang keduapuluh lapan dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah bersikap melihat segala kebenaran untuk menaikkan darjat dan nilai-nilai insaniahnya.

Siapapun yang mengetahui bahawa Allah Maha Melihat akan mempunyai sikap disiplin dengan menjaga tingkahlakunya secara benar. Siapapun yang menjaga pendengaran dan penglihatannya di jalan yang benar, tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama. Orang yang menjaga penglihatannya di jalan Allah, niscaya akan dicintai oleh Allah dan ia akan diberkati kehidupannya.

Wallahu a’lam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma Ul-Husna,2010

ms 66 – 67