Sunday, September 6, 2015

Biarkan damai berpanjangan

Bacakan aku satu puisi
riwayat cinta kasih abadi
yang melata subur di persada budi
menjadi keramat di bumi pertiwi

Alunkan aku irama kedamaian
yang menyuburkan rindu
pada ketenangan
dan menghambat resah
di medan kedaulatan
lantas menyejukkan wajah
bangsa gemilang

Lagukan aku syair nan merdu
yang menghembus kehitaman debu
moga palitan warna di halaman tanahku
membentuk lukisan jiwa bersatu

Bisikan aku amanat
Sang pahlawan
tentang nilai sebuah kebebasan
moga berganding restu
sepanjang jalan
dan jati diri pun takkan
pernah hilang

Coretkan aku bingkisan harapan
yang jernihnya tak dibayangi mimpi siang
moga impian warisku
di puncak bintang
kan bisa kugarap kemas
di genggaman

Titipkan aku doa sejauh jalan
untuk kupudarkan gusar
yang mencerlang
moga derita tak kembali bertandang
dan biarkan damai terus berpanjangan

Aidamarni Salleh
Padang Tembak, Kelantan
BH, 30 Ogos 2015

Perutusan UPSR 2015

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Anak-anak murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian

Tarikh 8,9 dan 10 September 2015 merupakan tarikh penting untuk anak-anak murid Tahun 6 menghadapinya kerana pada tarikh tersebut Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 akan berlangsung di seluruh sekolah rendah negeri Kelantan. UPSR merupakan peperiksaan utama peringkat sekolah rendahsebelum anak-anak memasuki alam persekolahan peringkat menengah. Oleh itu, saya mengharapkan agar anak-anak menjadikan UPSR ini sebagai titik permulaan mencipta kejayaan dalam pencapaian akademik peringkat sekolah rendah.

Semoga anak-anak murid Tahun 6 sentiasa tenang dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015 ini. Jadikan segala usaha dan ilmu yang telah diberikan oleh guru-guru sebagai pendorong dan pembakar semangat kepada anak-anak untuk melakukan yang terbaik sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung nanti. Selain itu, anak-anak perlu menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang masa agar anak-anak dapat menduduki peperiksaan UPSR dengan baik dan sempurna. Dalam pada itu, saya ingin menasihatkan anak-anak supaya sentiasa memperbanyakkan doa dan menjaga amalan solat dengan sempurna serta memohon restu daripada ibu bapa dan para guru.

Akhir kata, saya sentiasa mendoakan agar anak-anak calon UPSR 2015 dapat menjawab semua soalan peperiksaan UPSR dengan baik dan sempurna. Yakinlah bahawa anak-anak adalah insane yang hebat dan mampu menggapai kejayaan dalam UPSR nanti.

Sekian, terima kasih.

September 2015

Saturday, September 5, 2015

Satu pendapat baru, optimisme dan jenaka

Esei 72

Kehidupan telah menunjukkan bahawa kesukaran akan memaksa manusia berfikir dan satu krisis boleh memimpin manusia ke satu perspektif yang baru. Hanya orang baik yang meninggalkan kapal yang sedang tenggelam. Mereka yang enggan itu adalah kayu mati. Kita perlu menukar persepsi kita sebelum kita boleh mengubah diri kita sendiri. Kita perlu menukar diri kita sebelum kita mengubah kehidupan kita. Apa juga nasib yang menimpa anda, jangan mengalah kepada tangisan.....Seseorang yang bijaksana tidak akan bersedih bagi perkara yang belum ada tetapi bergembira dengan apa yang dimiliki sekarang!

Bagi minda yang lembab, semua alam adalah muram. Bagi minda yang terang seluruh dunia terang berderang dan berkelipan dengan cahaya. Sering masalah kita terletak bukan pada benda itu sendiri tetapi dalam cara kita menilainya.

Apabila tidak acuh, mata mengambil gambar-gambar tetap, apa berminat, mata menangkap gambar filem. Marilah kita menonton filem. Tumpukan harapan kepada masa depan sementara kita hidup dan maju dengan gembira dan optismisme sekarang. Dalam menghadapi ketidakpastian, tidak semestinya kita silap apabila menaruh harapan. Di mana ada kehidupan, di situ ada harapan. Apabila satu pintu ditutup akan ada satu pintu lagi dibuka.

Perasaan lucu adalah satu rahmat besar yang menjauhkan bermacam-macam masalah. Ketawa ubat terbaik demikian juga jenaka.Jenaka yang baik mungkin tergolong sebagai satu bahagian yang terbaik dalam pakaian yang boleh dipakai dalam masyarakat.

Seni perubatan termasuklah menghiburkan pesakit sementara alam semula jadi akan memulihkan pesakit.
Dr Maxwell Martz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Pendidikan Menengah

Penyataan Dasar

1. Mengubahsuai kurikulum selaras dengan keperluan semasa
2. Meningkatkan penekanan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
3. Menyediakan infrastruktur pendidikan yang lengkap
4. Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada semua peringkat sekolah
5 Mewujudkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi membolehkan pelajar cemerlang luar bandar mengembangkan potensi dan mencapai kecemerlangan akademik
6. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information Communication Technology (ICT)
7. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT
8. Mencapai 60 peratus penyertaan pelajar dalam aliran sains dan teknologi berbanding 40 peratus pelajar dalam aliran sastera.
9. Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
10. Menekankan program pembangunan insan untuk menghasilkan pelajar yang mengamalkan sikap positif.
11. Menyediakan tenaga pengajar yang mencukupi serta terlatih, berkemahiran dan berpengentahuan.

Nota : PPPSMI telah digantikan dengan MBMMBI dan akan softlanding sepenuhnya pada 2017 dan STEM dalam penyertaan murid mengikut aliran.

Wallahu a’lam.

Dasar Pendidikan KPM
YGM, 2008

Kalau kau sibuk kapan kau sempat

Kalau kau sibuk berteori saja
Kapan kau sempat menikmati mempraktikkan teori?

Kalau kau sibuk menikmati praktik teori saja
Kapan kau memanfaatkannya?

Kalau kau sibuk mencari penghidupan saja
Kapan kau sempat menikmati hidup?

Kau kau sibuk menikmati hidup saja
Kapan kau hidup?

Kalau kau sibuk dengan kursimu saja
Kapan kau sempat memikirkan pantatmu?

Kalau kau sibuk memikrkan pantatmu saja
Kapan kau menyadari joroknya?

Kalau kau sibuk membodohi orang saja
Kapan kau sempat memanfaatkan kepandaianmu?

Kalau kau sibuk memanfaatkan kepandaIanmu saja
Kapan orang lain memanfaatkannya?

 Kalau kau sibuk pamer kepintaran saja
Kapan kau sempat membuktikan kepintaranmu?

Kalau kau sibuk membuktikan kepintaranmu saja
Kapan kau pintar?

Kalau kau sibuk mencela orang lain saja
Kapan kau sempat membuktikan cela-celanya?

Kalau kau sibuk membuktikan cela orang saja
Kapan kau menyedari celamu sendiri?

Kalau kau sibuk bertikai saja
Kapan kau sempat merenungi sebab pertikaian?

Kalau kau sibuk merenungi sebab pertikaian saja
 Kapan kau akan menyedari sia-sianya?

Kalau kau sibuk bermain cinta saja
Kapan kau sempat merenungi arti cinta?
Kalau kau sibuk merenungi erti cinta saja
Kapan kau bercinta?

Kalau kau sibuk berkhutbah saja
Kapan kau sempat mentedari kebijakan khutbah?
Kalau kau sibuk dengan kebijakan khutbah saja
Kapan kau akan mengamalkannya?

Kalau kau sibuk berzikir saja
Kapan kau sempat menyedari keagungan yang kau zikiri?
Kalau kau sibuk dengan keagungan yang kau zikiri saja
Kapan kau kan mengenalNya?

Kalau kau sibuk berbicara saja
Kapan kau sempat memikirkan bicaramu?
Kalau kau sibuk memikirkan bicaramu saja
Kapan kau mengerti erti bicara?

Kalau kau sibuk mendendangkan puisi saja
Kapan kau sempat berpuisi?
Kalau kau sibuk berpuisi saja
Kapan kau memuisi?

Kalau kau sibuk dengan kulit saja
Kapan kau sempat menyentuh isinya?
Kalau kau sibuk menyentuh isinya saja
Kapan kau sampai intinya?
Kapan kau memakrifatinya?
Kalau kau sibuk memakrifatinya saja?
Kapan kau bersatu denganNya?

Kalau kau sibuk bertanua saja
Kapan kau mendengar jawapan

K.H.A Mustofa Bisri
1987

Doa cepat tanggap dalam memahami ilmu

Ya Allah, ilhamlah daku dengan ilmu yang dapat menjadi alat untuk mengetahui semua suruhanMu
Dan dapat pula mengetahui semua laranganMu
Berikanlah kepadaku Ya Allah kefahaman yang mendalam dari para nabi
Dan kefasihan hafalan para rasul
Dan cepatnya ilham para malaikat Muqarrobin
Dan kurniakanlah kefasihanku Ya Allah dengan cahaya ilmu dan cepat menanggap kefahaman
Dan keluarkanlah daku dari kegelapan keraguan
Dan bukalah untukku semua pintu rahmatMu
Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahMu Ya Tuhan semesta alam.

Aameen.

Amalan harian sepanjang zaman
Al-Ust Dato’ Hj Ismail Kamus


Wednesday, September 2, 2015

Kuasa Doa

Esei 71

Pada tahun 1986, Dr Randy Byrd melaporkan eksperimen dalam The Medical Tribune: Pesakit hospital yang sama usia dan keadan di bahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan yang kedua tidak, Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 yang memerlukan antibiotik, 6 orang menderita pulmonari edema berbanding dengan 18 orang dan tidak ada yang perlukan rawatan pengintubatan berbanding dengan 12 orang dalam kumpulan kedua.Alexis Carrel, pakar bedah yang juga ahli biologi Perancis yang menang hadiah Nobel faham bahawa dengan bersembahyang, kita menghubungkan diri kita dengan kuasa tidak terhad yang memutarkan alam semesta.

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Kuasa, kami  berterima kasih dengan sedalam-dalamnya bagi segala-galanya yang telah Engkau berikan  kepada kami. Berikan kami perlindungan dan kesihatan yang baik dan berterusan agar kami boleh melakukan kerja-kerja yang baik di dunia. Kami memohon restu dan rahmatMu dengan penuh harapan, jiwa dan raga kami. Limpahi kami dengan nurMu, kasih sayang, kebenaran, kebijaksanaan, ketenangan, kurnia dan keamanan.....agar kami dapat menyampaikan yang sama kepada sesama manusia. Aameen Ya Rabb.

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar