Esei 72
Kehidupan telah
menunjukkan bahawa kesukaran akan memaksa manusia berfikir dan satu krisis
boleh memimpin manusia ke satu perspektif yang baru. Hanya orang baik yang
meninggalkan kapal yang sedang tenggelam. Mereka yang enggan itu adalah kayu
mati. Kita perlu menukar persepsi kita sebelum kita boleh mengubah diri kita
sendiri. Kita perlu menukar diri kita sebelum kita mengubah kehidupan kita. Apa
juga nasib yang menimpa anda, jangan mengalah kepada tangisan.....Seseorang
yang bijaksana tidak akan bersedih bagi perkara yang belum ada tetapi
bergembira dengan apa yang dimiliki sekarang!
Bagi minda yang lembab,
semua alam adalah muram. Bagi minda yang terang seluruh dunia terang berderang
dan berkelipan dengan cahaya. Sering masalah kita terletak bukan pada benda itu
sendiri tetapi dalam cara kita menilainya.
Apabila tidak acuh, mata
mengambil gambar-gambar tetap, apa berminat, mata menangkap gambar filem.
Marilah kita menonton filem. Tumpukan harapan kepada masa depan sementara kita
hidup dan maju dengan gembira dan optismisme sekarang. Dalam menghadapi
ketidakpastian, tidak semestinya kita silap apabila menaruh harapan. Di mana
ada kehidupan, di situ ada harapan. Apabila satu pintu ditutup akan ada satu
pintu lagi dibuka.
Perasaan lucu adalah
satu rahmat besar yang menjauhkan bermacam-macam masalah. Ketawa ubat terbaik
demikian juga jenaka.Jenaka yang baik mungkin tergolong sebagai satu bahagian
yang terbaik dalam pakaian yang boleh dipakai dalam masyarakat.
Seni perubatan termasuklah menghiburkan pesakit sementara
alam semula jadi akan memulihkan pesakit.
Dr
Maxwell Martz
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment