Penyataan Dasar
1. Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan
yang dilakukan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan al-quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke
arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
2. Mewajibkan Pendidikan Islam kepada sesuatu
institusi pendidikan yang mempunyai lima orang atau lebih yang menganut agama
Islam.
3. Pendidikan Islam hendaklah diberikan oleh
guru-guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri
4. Mengadakan pengajaran bahasa Arab di sekolah
rendah dan menengah kepada murid yang menganut agama Islam dan pilihan kepada
yang bukan Islam.
5. Semua murid Islam dikehendaki khatam al-Quran
di peringkat sekolah rendah
6. Murid tidak boleh mengikuti pengajaran agama
selain daripada agama dianutinya kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya.
7. Mengadakan kurikulum Pendidikan Islam Bersepadu
berasaskan pendekatan Islam Hadhari yang merangkumi aspek amalan dan
penghayatan.
8. Memberikan penekanan yang lebih besar kepada
penerapan akhlak dan moral di kalangan murid Islam dan bukan Islam di semua
peringkat pendidikan
9. Pendidikan Moral hendaklah diajar kepada murid
yang bukan menganut agama Islam.
Wallahu a’lam.
Dasar
Pendidikan KPM
YGM, 2008
No comments:
Post a Comment