Ya Allah, daku meminta rahmat
dariMu yang dapat menjadi petunjuk dalam hatiku, iaitu rahmat yang dapat
menghimpunkan ingatanku dan menyatukannya kembali pada diriku, mengembalikan
kelembutanku, membetulkan zahirku, mengukuhkan agamaku, menjaga ketika aku
tidak hadir, mengangkat kesaksianku, mensucikan amalanku, yang membuat wajahku
putih, membuatku menjadi dewasa dan melindungi dari seluruh keburukan.
Ya Allah, berikanlah aku iman
yang benar, keyakinan yang tidak berakhir dengan kekufuran, rahmat yang dapat
dipakai meraih kemuliaan keramahanMu di dunia dan di akhirat. Ya Allah, aku
memohon kejayaan ketika menghadapi keputusan,darjat para syuhada, kehidupan
orang-orang bahagia, berteman dengan para nabi dan mampu mengalahkan musuh.
Ya Allah, daku mengadukan
keperluanku kepadaMu, walaupun fikiranku sangat pendek dan amalku sangat
sedikit. Daku sangat memerlukan rahmatMu, maka aku memohon kepadaMu, wahai Zat yang
memutuskan segala perkara dan menyembuhkan penyakit di dalam dada. Sebagaimana
Engkau menjaga satunya air laut, jagalah aku dari seksa neraka Sa’ir, dari doa
yang tidak bererti dan fitnah kubur.
Ya Allah, apa yang tidak
terjangkau oleh fikiranku, tidak tercapai oleh kelemahan amalku, tidak teraih
oleh niat dan angan-anganku, berupa kebaikan yang Engkau janjikan kepada salah
seorang makhlukMu atau Engkau berikan kepada salah seorang hambaMu, aku sangat
ingin memperolehinya dariMu, aku memintanya kepadaMu, wahai Tuhan seluruh alam.
Ya Allah, jadikanlah kami sebagai
orang yang selalu menunjukkan dan ditunjukkan, bukan orang yang tersasar dan
menyasarkan orang lain, yang dapat memerangi musuh-musuhMu serta pemberi
kedamaian kepada para kekasihMu. Buatlah kami mencintai manusia kerana
kecintaan kami kepadaMu, dan buatlah kami memusuhi orang yang menentangMu dari
makhluk-makhlukMu.
Ya Allah, inilah doaku dan kabulkanlah, kerana hanya Engkaulah yang dapat mengabulkannya. Ya Allah, inilah sebuah usaha keras, dan hanya kepadaMulah kami menyerahkan segala-galanya. Kami semua adalah milik Allah dan hanya kepadaNya kami kembali. Tidak ada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah Pemilik tali yang kukuh dan keputusan yang lurus.
Aku memohon kepadaMu rasa aman pada hari dibuktikannya ancaman dan syurga pada hari yang abadi, bersama-sama dengan orang-orang yang didekatkan kepada Allah, orang yang selalu rukuk, sujud dan suka memenuhi janji. Sesungguhnya Engkau Maha Kasih dan Pencinta.Engkau dapat melakukan segala yang Engkau kehendaki. Maha Suci Zat Yang lemah-lembut dengan keperkasaanNya dan berfirman: Maha Suci Tuhan Yang Memakai Pakaian Keagungan dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Zat yang tidak layak disucikan selain Dia. Maha Suci Zat Yang Mempunyai keutamaan dan pelbagai nikmat. Maha Suci Zat Pemilik Kekuasaan dan Kemuliaan. Maha Suci Zat yang meliputi segala sesuatu dengan ilmuNya.

Ya Allah, berilah cahaya pada kalbuku, cahaya pada kuburku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada mataku,
cahaya di rambutku, cahaya pada kulitku. Cahaya pada dagingku, cahaya pada
darahku, cahaya pada tulangku, cahaya di hadapanku, cahaya di belakangku,
cahaya di kananku, cahaya di kiriku, cahaya di atasku, cahaya di bawahku.
Ya Allah, tambahkan padaku cahaya, berikanlah aku cahaya.
Ya Allah, tambahkan padaku cahaya, berikanlah aku cahaya.
Aameen.
Syeikh Abu Talib al-Makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah
Santapan kalbu bermu’amalah dengan kekasih (Allah)
jalan murid menuju maqam tauhid
2013
No comments:
Post a Comment