MEKAH
25 Sept. - Bukan mudah untuk meraih haji mabrur. Namun tidaklah sukar
memperolehnya jika jemaah haji itu meletakkan sepenuh keikhlasan dan jiwa
raganya dalam mengerjakan ibadah kerana Allah.
"Kesan
haji Mabrur itu (hanya dapat dilihat) hanya setelah enam hari selepas wukuf di
Arafah," kata pakar rujuk Tabung Haji, Datuk Fadzil Awang dalam forum
Penghayatan Haji Sepanjang Hayat di Hotel Land Premium, Mekah malam tadi.
Fadzil
mengingatkan sepanjang beribadah di tanah suci termasuk menjelang lapan hari
wukuf di Arafah, jemaah haji harus berupaya mengelak atau menangani godaan dan
ancaman mendatang.
"Ini
datang dalam bentuk yang pelbagai. Ada kalangan kita mengerjakan umrah banyak
kali, kemudian menyatakan bangga (riak) kepada jemaah lain…kata boleh khatam
al-Quran banyak kali di Masjidil Haram.
"Cuba
kita tanya hati kita, kita buat ini semua kerana apa... belum tentu kerana
Allah," kata beliau.
Fadzil
berkata, berusaha untuk memperoleh haji mabrur juga bermaksud 'memburu' haji
yang pahalanya telah dijanjikan Allah hanya syurga ganjarannya.
"Bukan
kita memburu pelanduk atau kijang, tetapi kita memburu anugerah Allah, yang
mana Allah melihat hati kita. Dalam hal ini, pastikan segala perbelanjaan ke
tanah suci ini termasuk kenderaan yang kita naik dari rezeki yang halal, bukan
syubahah," katanya.
Menurutnya,
pengertian penghayatan haji sepanjang hayat juga bermaksud bahawa apabila
jemaah kembali ke tanahair nanti, sikap untuk berubah ke arah lebih baik mesti
ada pada diri.
"Maknanya,
kecenderungan kita kepada dunia berkurangan dan kepada akhirat bertambah. Di
sini mungkin kita berlumba-lumba ke Masjidil Haram, mahu buat solat sunat,
dhuha dan lain-lain.
"Jadi,
bila balik nanti, mestilah perkara sama dilakukan.
"Jangan
nanti di tanah suci kita berlumba-lumba ke Masjidil Haram, tapi apabila balik
(ke tanah air) 'haram' ke masjid," kata beliau.
Lebih
2,000 jemaah Malaysia dari Maktab 88 dan 89 menghadiri forum berkenaan yang
dipengerusikan oleh Pengurus Ibadat Mekah Musim 1435H, Shahrul Azam Noor Zeli
dan turut menampilkan seorang lagi pakar rujuk, Prof Dr. Anisah Abdul Ghani.
Wallahu
a’lam.
Utusan
Malaysia
26
September 2014
No comments:
Post a Comment