Assalamulaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Selamat Sejahtera
Anak-anak murid Tahun 6 yang
dikasihi sekalian
Tarikh 8,9 dan 10 September 2015
merupakan tarikh penting untuk anak-anak murid Tahun 6 menghadapinya kerana
pada tarikh tersebut Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 akan
berlangsung di seluruh sekolah rendah negeri Kelantan. UPSR merupakan
peperiksaan utama peringkat sekolah rendahsebelum anak-anak memasuki alam
persekolahan peringkat menengah. Oleh itu, saya mengharapkan agar anak-anak
menjadikan UPSR ini sebagai titik permulaan mencipta kejayaan dalam pencapaian
akademik peringkat sekolah rendah.
Semoga anak-anak murid Tahun 6
sentiasa tenang dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015
ini. Jadikan segala usaha dan ilmu yang telah diberikan oleh guru-guru sebagai
pendorong dan pembakar semangat kepada anak-anak untuk melakukan yang terbaik
sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung nanti. Selain itu, anak-anak perlu
menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang masa agar anak-anak dapat
menduduki peperiksaan UPSR dengan baik dan sempurna. Dalam pada itu, saya ingin
menasihatkan anak-anak supaya sentiasa memperbanyakkan doa dan menjaga amalan solat
dengan sempurna serta memohon restu daripada ibu bapa dan para guru.
Akhir kata, saya sentiasa
mendoakan agar anak-anak calon UPSR 2015 dapat menjawab semua soalan
peperiksaan UPSR dengan baik dan sempurna. Yakinlah bahawa anak-anak adalah insane
yang hebat dan mampu menggapai kejayaan dalam UPSR nanti.
Sekian, terima kasih.
September 2015
No comments:
Post a Comment