Esei 71
Pada tahun 1986, Dr
Randy Byrd melaporkan eksperimen dalam The Medical Tribune: Pesakit hospital
yang sama usia dan keadan di bahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan
yang kedua tidak, Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita
sakit; hanya 3 daripada 16 yang memerlukan antibiotik, 6 orang menderita
pulmonari edema berbanding dengan 18 orang dan tidak ada yang perlukan rawatan
pengintubatan berbanding dengan 12 orang dalam kumpulan kedua.Alexis Carrel,
pakar bedah yang juga ahli biologi Perancis yang menang hadiah Nobel faham
bahawa dengan bersembahyang, kita menghubungkan diri kita dengan kuasa tidak
terhad yang memutarkan alam semesta.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Kuasa, kami berterima kasih dengan sedalam-dalamnya bagi
segala-galanya yang telah Engkau berikan
kepada kami. Berikan kami perlindungan dan kesihatan yang baik dan berterusan
agar kami boleh melakukan kerja-kerja yang baik di dunia. Kami memohon restu
dan rahmatMu dengan penuh harapan, jiwa dan raga kami. Limpahi kami dengan
nurMu, kasih sayang, kebenaran, kebijaksanaan, ketenangan, kurnia dan
keamanan.....agar kami dapat menyampaikan yang sama kepada sesama manusia.
Aameen Ya Rabb.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment