Wednesday, September 2, 2015

Pendidikan Rendah


Penyataan Dasar

1. Menyediakan infrastruktur bagi pelaksanaan pendidikan wajib pada peringkat rendandah dengan pencapaian 100 peratus penyertaan kanak-kanak atau kadar penyertaan sempurna di sekolah rendah.
2. Mengurangkan kadar keciciran dan seterusnya mencapai kadar keciciran sifar di kalangan murid Tahun 1 hingga Tahun 6
3. Menyediakan kemudahan pendidikan rendah yang bersesuaian dan mencukupi untuk murid dari umur enam tahun yang direncanakan selama enam tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun.
4. Meningkatkan kemahiran 3M, kemahiran sosial dan kemahiran asas komputer.
5. Memperkukuh penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains pada peringkat rendah.
6. Menempatkan 50 peratus guru siswazah terlatih di sekolah rendah menjelang tahun 2010.

Wallahu a’lam.

Dasar Pendidikan KPM
YGM, 2008


Luka di tubuh merdeka

Ketika menatap cermin reality
kita menatap ada luka
di tubuh merdeka
yang dibelenggu peradaban gersang abad ini.

Seperti tusukan sembilu yang pedih
dari hari ke hari
sengsara tubuh merdeka
diguris kesombongan bangsaku
digarit emosi dan tindak melulu
dicalar ideology dan runtunan nafsu
dituris perpecahan angkara siasah
dicakar laku sosial
yang menyiat kulit maruah

kita tidak rela
hanyir darah luka bertakung
bersama air mata sejarah
menitisnya tiada henti

sebelum luka semakin parah
melemahkan sendi kekuatan
bangsaku yang telah lama dilentur sejarah
bangkit segera dengan wajah baru
melenyapkan khilaf merawat kepedihan
kerana saat ini
hanya kesedaran paling dalam
mampu menyembuhkan luka
di tubuh merdeka.

Nazim Mohd Subari
Endau, Johor
Mingguan Malaysia
23 Ogos 2015

Doa Ust Hj Muhamad Mustafa


Bahagian 5

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkan kesilapan kami zahir dan batin semasa kami dijalankan hisab, hisabkanlah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syufaat nabi kami Muhammad saw.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah hambaMu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan amal dengan tangan kanan.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kesempatan kepada kami meminum air kolam nabi kami al-Kauthar; selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian Siratulmustaqim.
Ya Allah Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke syurga Engkau bersama-sama orang yang memasuki ke dalamnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat nabi kami nabi Muhammad saw dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas.

Rabbana atina fiddunya hasanataw wafil akhirati hasanataw waqina azaban nar. Wasallallahu ala saiyidina Muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

Aameen.

Masjid Abu Bakar Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.

Tuesday, September 1, 2015

Pengenduran dan meditasi

Esei 70

Kejayaan, kesihatan dan kegembiraan memerlukan kita untuk melegakan diri sendiri daripada tekanan dan tegangan kehidupan harian. Hobi adalah pengganti yang baik dan menambah kepada semua latihan berehat kerana mempunyai kesan menenangkan dan memulihkan.Apapun meditasi yang berlebihan boleh memisahkan seseorang daripada kehidupan dan membawa kepada ilusi. Adalah sukar untuk melalui kehidupan sebagai individu yang sentiasa tertekan dan lesu.

Dalam Islam, ianya terjelma menerusi ibadat solat. Jom solat.

Jika anda berkawan dengan diri sendiri, anda tidak akan menjadi bersendirian
Dr M.Maltz

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar


Pendidikan Prasekolah

Penyataan Dasar

1. Menginstitusikan pendidikan prasekolah bagi menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 5+ tahun.
2. Mewajibkan penggunaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) kecuali di prasekolah ekspatriat.
3. Memantapkan mekanisme pemantauan program prasekolah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.
4. Memperluaskan kelas prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
5. Menyediakan guru terlatih yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan prasekolah.
6. Memastikan pelaksanaan dan pembekalan kemudahan prasekolah menepati dasar dan objektif KPK.

Wallahu a’lam.

Dasar Pendidikan KPM
YGM, 2008


Kita bangsa pengembara


Kita manusia
Adalah bangsa pengembara
Dari tiada kepada ada
Dari ada kepada tiada

Dan satu alam
Ke satu alam
Kita bermalam
Dari satu kawasan
Ke satu kawasan
Kita berjalan
Dari benua ke benua
Kita mengembara
Dari negara ke satu negara
Kita berkelana
Dari satu tempat ke satu tempat
Kita beristirehat
Dari daerah ke daerah
Kita berpindah
Dari detik ke detik
Kita bergerak

Bermula di alam roh
Kita disimpan kukuh
Diawasi para cahaya
Di langit terbuka
Lalu dipindah
Ke rahim yang terpilih
Berbulan-bulan dalam kegelapan
Dan kesempitan
Dihijrah pula
Ke dunia yang fana
Luas dan mencabar
Sembari mencari
Bekalan perpindahan
Ke alam barzah
Pintu akhirat
Sunyi dan bersendiri
Hanya amal dan zikir
Teman sejati
Dan distinasi terakhir
Adalah negeri abadi
Taman syurgawi terwangi
Atau lautan panas membahang
Adalah penunggu paling setia.

Abham TR
BH 23 Ogos 2015


Doa Ust Hj Muhamad Mustafa

Bahagian 4

Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada di dalam kubur, jadikanlah kubur kami salah satu taman dari taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka.
Ya Allah Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar; selamatkanlah kami Ya Allah semasa berada di Padang Mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arasy Engkau.

Aameen.

Masjid Abu Bakar Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.