Sunday, February 2, 2014

Makanan seorang khalifah

Pada suatu hari, sayidina Umar ra pernah bertanya kepada seorang sahabatnya dengan berkata: Wahai sahabat, adakah kamu nampak apa-apa kesalahan pada diri ku? Maka sahabat itu menjawab: Saya lihat engkau makan dua jenis lauk.

Rupa-rupanya itu yang hendak disampaikan oleh sahabatnya tadi. Bagi sayidina Umar ra, dia merasakan bahawa teguran daripada sahabatnya itu sungguh berat sehinggakan selepas itu dia tidak lagi makan dua jenis lauk.

Wallahu alam.

Hj Husseiny b Zamburi
Sejarah hidup serta perjuangan khalifah Umar b al-Khattab ra

Hubungan dengan Tuhan ( 1 )

a) Allah itu dekat, selagi kita tidah menjauh daripadaNya. Dekatilah Allah dengan berkorban untukNya.
b) Jika kita bertanya di mana kedudukan kita di sisi Allah, jawabnya mudah….sejauh mana kedudukan Allah di hati kita.
c) Ada masalah yang Allah kekalkan pada diri kita, sebagai cara Allah mengingatkan kita agar sentiasa merintih dan ingat kepadaNya. Apabila kita menyedari hakikat itu, rasa sabar dan syukur akan datang, silih berganti menghiasi hati.
d) Orang yang ingat Allah, akan ingat akhirat. Orang yang ingat akhirat, akan sentiasa sibuk di dunia.
e) Apabila dalam hati kita sentiasa ada Tuhan, selagi itu ada harapan. Harapanlah yang membakar semangat kita untuk meneruskan kehidupan, walau susah atau pun sukar.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Antara 1 dengan 10

1 lebih 10 kurang
Mengutuk mengumpat memang dilarang.

1 baik 10 jahat
Salah orang mudah dilihat.

1 sanggup 10 tolak
Beri tugas cuba mengelak

1 rajin 10 malas
Buat sedikit minta dibalas.

1 menang 10 kalah
Diri sendiri ada masalah.

1 betul 10 salah
Sangkakan menang rupanya kalah.

1 pandai 10 bodoh
Sangkakan cantik rupanya hodoh.

1 beri 10 minta
Sankakan puji rupanya dicaci nista,

1 tahu 10 tak tahu
Sangkakan keju rupanya tauhu.

1 dengar 10 tidak dengar
Sangkakan senyap rupanya hingar.

1 prihatin 10 tidak kisah
Sangkakan kering rupanya basah

1 baik 10 sakit
Sangkakan banyak rupanya sedikit.

1 cemerlang 10 malang
Sangkakan daging rupanya malang.

1 dapat 10 terlepas
Sangkakan santan rupanya hampas.

1 hebat 10 lemah
Sangkakan emas rupanya timah.

1 kritik 10 kutuk
Sangkakan jaga rupanya mengantuk.

1 baik 10 buruk
Mengata orang diri sendiri teruk.

1 beres 10 tidak selesai
Bayar hutang tetapi tidak langsai.

1 simpan 10 buang
Tidak bijak menggunakan peluang.

1 kaya 10 miskin
Cakap tidak serupa bikin.

1 jujur 10 tidak amanah
Segala kebaikan akan musnah.

1 buat 10 tidak
Sangkakan mahu rupanya tak hendak.

1 faham 10 tidak mengerti
Sangkakan sempurna rupanya tidak teliti.

1 ingat 10 lupa
Sangkakan dapat rupanya tidak jumpa.

1 jadi 10 rosak
Sangkakan berbudi rupanya perosak.

1 fikir 10 mengelamun
Sangkakan durian rupanya timun
 
1 senang 10 susah
Sangkakan tenang rupanya resah.

1 pandang 10 tidak Nampak
Sangkakan berbincang rupanya lepak.

1 manis 10 masam
Sangkakan kurma rupanya asam.

1 baik 10 jahat
Sangkakan ikhlas rupanya bersubahat.


1 benar 10 fitnah
Sangkakan membina rupanya punah.

1 puji 10 keji
Sangkakan isi rupanya biji.

1 sepakat 10 tidak sehati
Sangkakan jujur rupanya iri hati.

Wallahu alam.

Mohd Sidek b Mohd Dollah
Gurindam jiwa mengusik hati,2012

Munajat Ya Al-Mu’id


Yang Maha Mengembalikan

Ya Allah,
saat lantunan azan  maghrib
kutatap hari-hari perjalanan hidupku
kucatat hari-hari dengan suka duka
terkadang mengeluh, terkadang tertawa
namun tak jua kutemukan
hakikat kehidupan
dalam kesedaranku mendalami
memahami dan merenungi ayat-ayatMu
ada seberkas sinar menyusup dalam kalbuku
oleh itu, janganlah Engkau padamkan
cahaya itu kerana kelalaianku
aku tidak tahan hidup tanpaMu
itulah kesedaranku
wahai Tuhanku
ini bukan gombalan atau rayuan
tapi benar-benar pengakuan tulus dariku
dekatilah aku wahai Tuhan
di saat aku mendekatiMu
jangan tinggalkan daku walau sedetik pun
peluklah daku selalu
dan jangan dilepas lagi.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011

Saturday, February 1, 2014

Doa

a) Berdoa bukan memberitahu, tetapi mengaku sifat kehambaan kita kepada Allah. Akur kita miskin, hina dan jahil di hadapan keagunganNya. Apa yang telah diberiNya, lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta. Tetapi itulah kita….seorang hamba yang sentiasa rasa kurang. Kekuatan kita yang terbatas, menyebabkan kemiskinan kita tidak terbatas.

b) Terhalang hati daripada berdoa, lebih buruk daripada tidak tertunainya suatu doa. Namun apabila Allah datangkan rasa hati untuk berdoa…insya-Allah. Dia akan memberi kebaikan daripada doa tersebut. Berdoalah supaya kita diberi hidayah untuk terus berdoa.

c) Dengan doa, kita mengharap sebaik-baik takdir. Dengan usaha kita melaksanakan sebaik-baik tadbir. Tadbir yang baik akan menggamit takdir yang baik. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya.

Segala puji dan syukur kepadaMu Ya Allah.  Engkau telah memberi kesejahteraan kepada jasadku, ketika aku bangun tidur. Syukur ya Allah. Engkau kembalikan rohku kepadaku, dan Engkau pilih aku untuk mengingatiMu, seawal aku bangun daripada tidur. Ameen.

Wallahu alam.

Pahrol Mohamad Juoi
Seraut kata selaut rasa,2013

Budaya kiambang

Atas sifat pelbagai maka biaklah ia
dibiarkan tubuh bertabur di serata kota
ke mana hilang kuku penguasa
di mana badan penguat kuasa
danau dan sungai kita penuhi permukaan
disegari antara teratai dengan kiambang
ke mana cengal pohon besar berakar tunjang
ke mana tersimpan sesudah diuji masa
tiga dasawarsa cekal langkah dewasa
tidak kulihat pepucuknya ke langit persada
bumi kita kian kehilangan warna wajahnya.


Kitalah bawa diri ke jalan bercabang
lupakan kebenaran kerana pengaruh orang
walhal budaya kiambang bukan cuma pilihan
badannya terapung akar tidak mencengkam
kitalah yang akan terperlus ke pusar zaman
tanpa kubur sebuah kebudayaan kebangsaan.

A.Aziz Deraman
Zaman Baru, DBP 2006

Munajat Ya Al-Mubdi

Yang Maha Memulai

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Memulakan
tanpa contoh sebelumnya
jadikanlah daku hambaMu
yang membuka pintu kebaikan
dan menutup segala kejahatan.
Jika aku pernah memulakan
hidupku dengan kejahatan
aku sendiri tidak menyedarinya
sudilah kiranya Engkau
mengampuni kesalahanku
supaya aku dapat memulakan diriku
dengan segala kebaikan
hingga akhir hayatku.
Aameen.

Kecerdasan berasaskan Asmaulhusna
Sulaiman Alkumayi;2011