Saturday, September 17, 2016

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (2)

Setelah selesai, beliau melihat Khubaib menghadap pembesar Quraisyh seraya berkata: Demi Allah! Jika tidak kerana kamu akan beranggapan bahawa saya memanjangkan sembahyang kerana takut mati, nescaya saya memanjangkan sembahyang saya…….

Kemudian beliau melihat dengan kedua matakepalanya, mereka memotong anggota badan Khubaib yang masih hidup. Mereka mengerat satu demi satu seraya berkata: Adakah kamu suka jika Muhammad menggantikan tempatmu dan kamu selamat?

Khubaib berkata dengan darah berlumuran di seluruh tubuhnya. Demi Allah! Saya tidak rela sekiranya saya selamat, duduk bersama isteri dan anak-anak sedang Muhammad dicucuk duri.

Orang ramai mengangkat seraya menjerit: Bunuh dia…..bunuh dia…..!!!

Sa’id bin ‘Amir melihat Khubaib yang terikat di kayu berpalang mendongakkan wajahnya ke langit seraya berkata: Wahai Allah hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang.

Kemudian beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada tubuhnya tidak terkira berapakah tetakan pedang dan tusukan lembih yang menghujaninya.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Sorotan Al-Fatihah ( 3 )

Orang-orang yang tersesat

Saiyid Rasyid Ridha dalam al-Manar menyatakan gurunya Syaikh Mohammad Abduh membahaginya kepada 4 tingkat:

1) Yang tidak sampai kepadanya da’wah atau ada sampai tetapi hanya didapati dengan pancaindera dan akal, tidak ada tuntutan agama. Meskipun tiada kesesatan dalam soal keduniaan, tetapi mereka pasti sesat dalam mencari kelepasan jiwa dan kebahagiannya di akhirat.  Mungkin juga diberi maaf oleh Tuhan kerana Dia berbuat sekehendakNya.

2) Mati sebelum da’wah yang tertarik itu sampai dan menjadi keimanannya.

3) Da’wah sampai kepada mereka dan mereka akui tetapi tidak mereka pergunakan akal buat berfikir dan menyelidiki dari pokoknya, tetapi mereka berpegang teguh juga kepada hawa nafsu atau kebiasaan lama atau menambah-nambah.

4) Yang sesat dalam beramal atau memutar mutar hukum dari maksudnya yang sebenar.

Wallahu ‘alam.

Prof Dr Hamka
Tafsir Al-Azhar, Juzuk’ 1
Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura
ms 87

USB Flash Drive


There was a time in the past when people used floopy disks to transfer files from one computer to another. Writing and reading files using floopy disks proved to be very slow. In addition, the floppy disk could only store up to 1.44MB (megabytes) of data. This became a problem when people needed to transfer larger files.

Then came the invention of the USB flash drive. A USB flash drive refers to a data storage device which uses a type of memory called flash memory. This device uses a Universal Serial Bus (USB) as a connector to other devices.

The first commercial USB drive in the market was 8MB in size. This was equivalent to 5 floppy disks at the time. Today, you can find USB flash drives that are as large as 512GB! The size of these flash drives keep increasing  as the demand to store and transfer more and bigger files become more apparent.

Food for Thought :

Technology keeps reinventing itself. As our needs change new technology will be needed to meet this change.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015

ms 49

Dunia hanya sementara


Wahai manusia
Jangan engkau tertipu daya
Oleh dunia yang fana
Sebagai tempat ujian bagi kita
Dunia sementara
Akhirat selama-lamanya

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
\
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati

Semua pergi menghadap Ilahi

Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti


OST hati-hati dengan hati

Friday, September 16, 2016

Gerhana Bulan Penumbra Pada Malam Sabtu

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali kedua tahun ini pada Sabtu (17 September). Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut hanya akan dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada pukul 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.

"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.

"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan," menurut Angkasa dalam kenyataan di sini Khamis.

Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini adalah pada 23 Mac lepas.

Menurut Angkasa, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan teleskop," menurut agensi itu.

Menurut Angkasa, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.

Mstar online
16 September 2016

 Ya Allah anugerahkan kami kebaikan dunia dan akhirat daripada sisiMu.Lindungi kami dengan perlindungan dan kebaikan sebagaimana permohonan nabi kami Muhammad saw. Aameen Ya Rabb.

Generasi pasca merdeka

Generasi pasca merdeka
bumi warisan tergadai
kalianlah penebusnya
koloni tinggalan terjual
kalianlah pembidanya
negeri titihan terjarah
kalianlah pembebasnya.

Generasi pasca merdeka
peluang hilang terlepas
tidak akan terhidang lagi
larian cundang terbabas
tidak akan berulang kali
dosa para leluhur silam
biarkan saja terpendam
meremuk dan meredam
dalam langgam gurindam

Generasi pasca merdeka
jangan menjadi boneka
barua macai penderhaka
jangan menjadi peminta
diberanda para penguasa
jangan bertindak dalang
sekongkol bela petualang
elak menjadi penggunting
dilipatan linen muhibbah
usah terlalai disuap tutur
dongeng negeri makmur
usah terleka diusapi giur
dondang prodigi syukur.

Generasi pasca merdeka
andai ditakdirkan terusir
daripada tanah terakhir
kemana kalian musafir
menyifir suratan takdir?

Generasi pasca merdeka
inibukan musim senang
luruskan langkah pincang
ini bukan zaman lenang
santai di kerusi goyang.

Generasi pasca merdeka
bagaimana akan diagih
puding ekonomi sejuring
warga muncul menagih
banyak, saling bersaing.

Azmi Yusoff
Machang
Mingguan Malaysia
11 September 2016

Langkah akhir seorang tokoh agama

LANGKAH ulama tersohor, Datuk Dr Haron Din meninggalkan Malaysia pada minggu lalu nyata langkahnya yang terakhir di tanah air tercinta ini.Sudah tertulis, perjalanannya berakhir awal pagi Jumaat di negara Uncle Sam ketika sedang menerima rawatan bagi masalah jantung yang dihidapinya sejak sekian lama.Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 76 tahun, Haron Din meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Din dan lima orang anak.

Allahyarham lahir pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangar, Perlis dan merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik manakala ibu bapanya merupakan guru al-Quran di kampung tersebut.Beliau menerima pendidikan awal dengan kedua ibu bapanya sebelum ditempatkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan Kolej al-Islamiah, Klang, Selangor.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965) dan ditawarkan Biasiswa Persekutuan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir (1966-1968).

Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran sebelum kembali ke Mesir untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang Doktor Falsafah.Beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985).

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB; Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia; Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti; Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan; Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank; Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd; Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.

Perjalanan politik Allahyarham bermula ketika berusia 34 tahun sekitar tahun 1974 dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (1975-1983).Beliau turut  pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat; Ahli Majlis Syura Ulamak Pas; Timbalan Mursyidul Am Pas dan yang terakhir ialah sebagai Mursyidul Am Pas hingga ke akhir hayatnya.Allahyarham juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal dalam kalangan umat Islam.

Darussyifa', yang ditubuhkan pada 17 April 1988 di Bangi kini memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.Pada 2010, Allahyarham dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Selangor.Mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menulis beberapa buku ilmiah termasuk Manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam dan Hudud dalam Perundangan Islam.

Bersedihlah dengan kematian ulama Nabi bersabda:

 
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.

“Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengangkat ilmu dgn sekaligus dari manusia. Tetapi ALLAH akan mengangkat ilmu dengan mematikan para ulama. Hingga ketika tidak ada lagi seorang berilmu (di kalangan mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan” (Riwayat Bukhari).

Al-Fatihah.

Raziatul Hanum A. Razak
Sinar Harian online
16 September 2016