Friday, July 3, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 10 )


a) Seseorang yang menaruh rasa cinta kepada baginda Muhammad saw tidak pernah merasa rugi di dunia dan di akhirat.

b) Seseorang yang banyak membaca selawat kepada baginda nabi Muhammad saw akan cepat wusul (sampai) dengan baginda saw.

c) Seseorang yang sedang menuntut ilmu agama dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT lalu dia dianugerahi dapat bermimpi baginda nabi Muhammad saw, maka itu petanda dia akan dijadikan seorang yang alim.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Menganalisis

Tahap operasi kognitif : Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.

Tahap
Huraian
I
Membanding beza sesuatu perkara dan membuat hubung kait tentang pengentahuan, kemahiran dan nilai asas
II
Mencerakinkan sesuatu perkara yang asas dan membuat hubung kait untuk membuat kesimpulan
III
Mencerakinkan dengan mendalam sesuatu perkara dan membuat hubungkait untuk membuat kesimpulan
IV
Mencerakinkan dengan mendalam sesuatu perkara dalam situasi yang kompleks untuk membuat kesimpulan
V
Mencerakinkan dengan mendalam sesuatu perkara dalam situasi yang kompleks dan mendalam serta membuat kesimpulan

Wallahu a’lam.

Kemahiran berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di sekolah
BPK, KPM 2014

Ramadhan bersamaku

Kembali memesraiku
Semusim mewah yang barakah
Engkaulah Ramadhan

Sejujurnya engkau
Memimpin sebahagian waktuku
Berikhtikaf di saf masjid
Sebelumnya jarang tertunai

Engkau memandu rohaniku
Mencintai aneka ibadah
Selain solat yang lima
Dan sering semput waktu

Mengapakah ya Ramadhan
Masih tidak dapat kuusaikan
Nafsu berbuka
Dengan juadah melambak
Tetap tidak tertelan
Semuanya?
Namun, Ramadhan
Engkau bersamaku
Seketika hanya.

Suhaimi Mohd Salleh
Dungun, Terengganu
Mingguan Malaysia
21 Jun 2015

Saturday, June 27, 2015

Satu analisis lanjutan tentang bahan-bahan kejayaan

Esei 63

Bagi mereka yang tidak lahir dalam keadaan serba mencukupi, penentuan besar adalah keupayaan berubah dan bebas daripada rantai kemiskinan serta kekosongan harapan. Perubahan mungkin datang sebagai satu inspirasi, satu pantulan daripada suasana kesukaran, satu tekad melarikan diri daripada penderitaan atau satu jalan terakhir. Jadi halangan tidaklah seburuk yang disangkakan akhirnya. Malangnya manusia sering terhasil sebagai satu produk tabiat; orang yang terperosok dalam kegagalan mungkin payah hendak menerima perubahan.

Ini seumpama permasalahan ayam dan telur ayam, satu pasir jerlus dan satu lingkaran jahat, kerana tabiat lama akan melemahkan keupayaan untuk berubah, kemiskinan dan persaingan dalam perniagaan melambatkan sebarang peluang untuk merubah keadaan. Mereka yang dapat melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan dan berusaha untuk mencari kekayaan sesungguhnya bernasib baik. Jangkaan untuk mencapai kejayaan adalah hebat; lebih hebat lagi apabila kejayaan menjadi milik kita. Mudahnya menjumpai jalan. Imej kendiri, berdikari dan keupayaan untuk berfikir merupakan satu bantuan besar jua!

Wallahu a’lam.

Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 9 )


a) Jikalau engkau berdoa, lalu di hatimu terasa sesuatu (membekasnya sebuah perasaan khusyuk), maka hal itu merupakan petanda dikabulkan doa.

b) Orang-orang yang mencintai Allah dengan bersungguh-sungguh, tentu tidak akan bermaksiat kepadaNya (kerana cinta yang sebenarnya adalah berdasarkan ma’rifah atau pengenalan yang mendalam kepada Sang Pencipta seluruh alam ini. Kerana hal itu akan membuat pencinta tersebut enggan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT).

c) Jadilah kalian sebagai ahli nur, caranya isilah hati-hati kalian dengan zikir, selawat, istighfar dan selalu berkomunikasi dengan Allah SWT.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Mengaplikasi

Tahap operasi kognitif : Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu

Tahap
Huraian
I
Menggunakan sesuatu perkara yang berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai asas
II
Menunjuk cara sesuatu perkara yang berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang asas dalam situasi yang berlainan.
III
Menunjuk cara sesuatu perkara dengan sedikit penerangan atau contoh berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, konsep, prinsip dan strategi yang asas dalam situasi yang berkaitan.
IV
Menunjuk cara sesuatu perkara dengan penerangan atau contoh yang berkaitan dengan pengetahuan, teori, kemahiran, nilai, konsep, prinsip dan strategi yang asas dalam situasi yang berlainan.
V
Menunjuk cara sesuatu perkara dengan penerangan atau conth yang berkaitan dengan pengetahuan, teori, kemahiran, nilai, konsep, prinsip-prinsip dan strategi yang kompleks dalam situasi yang berlainan.

Wallahu a’lam.

Kemahiran berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di sekolah
BPK, KPM 2014

Berguru dengan Ramadhan

Ramadhan mengingatkan
mereka yang makan debu
berkuahkan airmata
yang bermalam diselimutkan awan
anak-anak yang kehilangan
peta dan identity
dalam kembara meredah hutan duri
rumah yang sunyi ditawan sepi
sedangkan kita sibuk mengumpul selera
menulis dan melukis hidangan senja
mereka masih ada yang dikoyak lukanya
berpuasa dalam himpitan nasib
yang rentung
siang tanpa mentari
waktu menjadi panjang dan kejang.

Ramadhan yang menginsafkan
hadir untuk menewaskan nafsu kendiri
menkoreksikan imaginasi peribadi
menyucikan kemampuan hakiki
merefleksikan cerminan
perjuangan
bahawa hidup ini adalah
anugerah kehidupan
dan kasih dan cintanya
Maha Suci Tuhan.

Solihin Osman
Bandar Puncak Alam, Selangor
Mingguan Malaysia
21 Jun 2015