Showing posts with label Kata mutiara. Show all posts
Showing posts with label Kata mutiara. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 10 )


a) Seseorang yang menaruh rasa cinta kepada baginda Muhammad saw tidak pernah merasa rugi di dunia dan di akhirat.

b) Seseorang yang banyak membaca selawat kepada baginda nabi Muhammad saw akan cepat wusul (sampai) dengan baginda saw.

c) Seseorang yang sedang menuntut ilmu agama dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT lalu dia dianugerahi dapat bermimpi baginda nabi Muhammad saw, maka itu petanda dia akan dijadikan seorang yang alim.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Saturday, June 27, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 9 )


a) Jikalau engkau berdoa, lalu di hatimu terasa sesuatu (membekasnya sebuah perasaan khusyuk), maka hal itu merupakan petanda dikabulkan doa.

b) Orang-orang yang mencintai Allah dengan bersungguh-sungguh, tentu tidak akan bermaksiat kepadaNya (kerana cinta yang sebenarnya adalah berdasarkan ma’rifah atau pengenalan yang mendalam kepada Sang Pencipta seluruh alam ini. Kerana hal itu akan membuat pencinta tersebut enggan melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT).

c) Jadilah kalian sebagai ahli nur, caranya isilah hati-hati kalian dengan zikir, selawat, istighfar dan selalu berkomunikasi dengan Allah SWT.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Saturday, June 20, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 8 )

a) Budi pekerti adalah bahagian dari agama

b) Jarak penghubung antara kita dan baginda nabi Muhammad saw hanyalah kematian (kerana dengan kematian kita dapat bertemu nabi Muhammad saw di alam barzakh)

c) Bagaimana sebahagian kalian telah mencaci maki para sahabat rasulullah saw , sedangkan Allah SWT telah redha kepada mereka.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah


Tuesday, June 16, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 6 )

 
a) Darjat kewalian adalah mengikuti rasulullah saw baik perkataan mahupun perbuatan

b) Yang disebut wali adalah seseorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya

c) Cubaan dan ujian apabila diterima dengan ikhlas serta husnuzzan (bersangka baik) kepada Allah SWT akan mendekatkan seseorang tersebut kepada darjat kewalian.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah


Monday, June 15, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 5 )

a) Akal dapat menjadi tenang, hati akan menjadi lunak hanya dengan selalu ingat kepada Allah SWT

b) Perkataan seseorang itu menunjukkan bagaimana akal orang tersebut

c) Bukan dikatakan berilmu apabila tidak disertai ketaqwaan dan bukanlah dinamakan berakal bila tidak dihiasi adab serta budi pekerti.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Saturday, June 13, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 4 )

a) Di antara ciri seseorang yang hatinya bersih adalah, apabila ingat kepada Allah SWT, maka dia menangis.

b) Islam merupakan agama yang sangat rasional dan sebagai agama perjuangan

c) Seorang muslim yang sejati apabila ditimpa sesuatu apapun, maka dia tetap tenang dan redha menerima keputusannya

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Wednesday, June 10, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 2 )

a) Sebar luaskanlah ajaran agama Islam di mana pun engkau berada dengan membawa bekal ilmu.

b) Ilmu itu memerlukan amal, sedangkan amal memerlukan keikhlasan dan keikhlasan tersebut memerlukan cahaya.

c) Ilmu tidak akan berguna bagi murid pembohong (maksudnya gemar membohong Allah SWT, rasulullah saw, guru serta dirinya sendiri).

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Monday, June 8, 2015

Mutiara Kata Prof. Dr Al-Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih ( 1 )

a) Landasan yang paling ampuh dan sangat kuat adalah rasa iman kepada Allah SWT dan baginda nabi Muhammad saw.

b) Bukan dinamakan hidup bagi seseorang yang tidak memiliki  ilmu pengetahuan.

c) Bukan dinamakan hidup bagi seseorang yang tidak mengenal Allah SWT dan rasulNya, serta tidak pula mengenal ajarannya.

Wallahu a’lam.

Mutiara Habaib Nusantara
Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Saturday, March 14, 2015

Bicara hati anak (4)


16. Usah menolak pertanyaan saya. Jikalau ini berlaku, saya tidak akan bertanya lagi dan pasti memberi jawapan daripada punca lain.

17. Usah katakan bahawa ibu dan bapa serba sempurna, ataupun tidak ada cacat cela. Ini memeranjatkan saya.

18. Usah berasa terhina apabila hendak meminta maaf daripada saya. Saya pasti berasa lebih mesra dengan ibu dan bapa apabila mendengar ucapan maaf yang tulus ikhlas.

19. Usah lupa bahwa saya cepat membesar. Memang sukar untuk ibu dan bapa mengikut serta mengesan pertumbuhan saya. Walau bagaimanapun, cuba untuk berbuat demikian.

20. Usah lupa bahawa saya suka melakukan percubaan. Hati saya resah sekiranya saya tidak mencuba. Jadi, izinkan saya mencuba.

21. Usah lupa bahawa saya memerlukan kasih sayang dan persefahaman supaya saya dapat membesar dengan baik.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Friday, March 13, 2015

Bicara hati anak (3)


11. Usah lupa, saya tidak bijak dalam menyatakan hasrat saya. Itu adalah sebab mengapa saya tidak selalu betul.

12. Usah buat janji yang tergesa-gesa. Ingatlah bahawa saya akan berasa kecewa kalau janji-janji itu tidak ditepati.

13. Usah memaksa saya menunjukkan kejujuran. Ini mudah menakutkan saya sehingga saya bercakap bohong.

14. Usah selalu bertukar-tukar sikap. Ini membuatkan saya keliru dan kurang yakin terhadap ibu dan bapa.

15. Usah cuba membodoh-bodohkan saya apabila saya takut. Ketakutan saya berasas dan saya mampu mendapatkan keyakinan sekiranya ibu dan bapa memahami saya.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014


Tuesday, March 10, 2015

Bicara hati anak (1)

 
1. Usah manjakan saya, saya sedar perbuatan ini tidak patut. Saya juga tahu bahawa tidak semua permintaan saya perlu dilayan. Saya cuma mahu menguji ibu dan bapa sahaja.

2. Usah takut bersikap tegas terhadap saya, saya suka ketegasan kerana saya berasa lebih selamat.

3. Usah biarkan saya membentuk tabiat buruk. Saya berharap ibu dan bapa mengesan tabiat ini sebelum ia berlarutan dan berakar umbi.

4. Usah cuba memperkecil-kecilkan saya. Sikap seperti ini menyebabkan saya berlagak seperti orang benar dengan memperlihatkan kebodohan.

5. Usah tunjukkan kesalahan saya di hadapan orang. Saya pasti lebih memberi perhatian jikalau ibu dan bapa menasihati saya secara peribadi.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Monday, March 9, 2015

Bahagianya berlemah lembut


Sekiranya kelebihan diri seluas lautan, kerendahan hati perlu selebar bumi.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014


Friday, March 6, 2015

Bahagianya beradab sopan

 

Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak sanggup menghitungnya.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Thursday, March 5, 2015

Bahagianya berusaha


Malulah dengan semut yang tidak pernah berhenti berusaha & berkerja

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Wednesday, March 4, 2015

Bahagianya bersyukur




Mencuri yang dibenarkan adalah mencuri salam

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014


Tuesday, March 3, 2015

Bahagianya kejujuran

 

Orang cerdik berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014


Monday, March 2, 2015

Bahagianya berbaik sangka


Setiap tangisan akan berakhir dengan senyuman. Ketakutan akan berakhir dengan rasa aman.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014




Saturday, February 28, 2015

Bahagianya berakhlak mulia




Kebodohan itu membosankan & menyedihkan.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Thursday, February 26, 2015

Bahagianya memahami


Kita tidak boleh mengawal arah angin, tetapi kita boleh mengawal perasaan.

Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014

Wednesday, February 25, 2015

Bahagianya kasih sayang




Lidah tajam seperti pedang, hunuskan ia bagi mengukir kasih sayang.


Wallahu a’lam.

Padanya ada bahagia
Dr. Robiah K.Hamzah
Bahruddin Bekri
2014